umrah

Musim cuti sekolah ramai yang membawa anak pergi jalan-jalan baik dalam negara mahupun luar negara. Nak bawa anak-anak perlukan persediaan yang rapi agar segala urusan menjadi mudah. Namun jika mak-mak berhasrat nak bawa anak-anak terutamanya yang masih kecil, menunaikan umrah di tanah suci boleh baca tips yang dikongsikan oleh Yatt Hamzah ini.

Ramai mengetahui Yatt Hamzah atau nama sebenarnya Haryati Hamzah, ketika ini sedang mengerjakan umrah bersama suami, Mohammad Zulfadhli Khairuddin dan membawa bersama 3 orang puteri kesayangan mereka.

Berikut perkongsian daripada Yatt Hamzah sebagai rujukan;

“Ok, siapa ibu bapa yang bakal menunaikan umrah bersama anak-anak kecil tak lama lagi angkat tangan sikit”.

Yatt Hamzah Kongsi 10 Tips Barang Keperluan WAJIB Ada Bila Umrah Bawa Anak Kecil!

Please take note, 10 THINGS MUST BRING, WAJIB NECESSITIES FOR YOUR TODDLERS & BABIES;

1. PAKAIAN MUSIM SEJUK (Jaket, Topi, Stokin, Kasut, Sarung Tangan, Bedung, Selimut, bantal, towel, etc) untuk kekalkan rasa panas, jika pergi cuti sekolah Nov-Dec sebab sejuk sangat up to 8 C.

2.UBAT-UBATAN untuk anak-anak dan ibu bapa juga & Termometer.

3. Makan Sejuk Beku Bayi & Susu Ibu
(Simpan dalam Coleman dan minta pramugari simpan dalam peti sejuk jika tempoh perjalanan panjang.

4.Warmer untuk memanaskan makanan dan susu. Thermos WAJIb juga! Dalam flight minta je air panas nanti depa bagi.

IKLAN

5.Baby Wipes sebab perbersihan dimana-mana dan bila-bila masa. Pencuci pakaian bayi untuk cuci muntah, sisa makanan bayi dan penyangkut baju kecil untuk menyidai.

6.Nursing Cover atau Nursing Jubah & tudung.

7. Stroller kecil, jika boleh yang boleh angkut dibahu, senang nak bawa masuk masjid. Yang besar tak lepas (masuk) masjid.Niuntuk yang anak ramai macam Bonda sebab tak mampu nak dukung semua.

Yatt Hamzah Kongsi 10 Tips Barang Keperluan WAJIB Ada Bila Umrah Bawa Anak Kecil!

IKLAN

8.Wrist bands untuk pastikan keselamatan dan pastikan dekat dengan kita. Ni WAJIB!

9.1 bag bayi saiz sederhana yang boleh masukkan semua benda, susu, makanan, diapers, toiletteries, etc.

10.Permainan dan buku cerita untuk pastikan anak-anak sibuk, dan mereka takkan kacau kita dan orang lain solat. Trust me this really gives a lot of relief.

Percayalah. Semua diatas ini memang wajib dibawa. Tak pe je khaskan 1 luggage untuk segala keperluan ini. Korang akan rasa sangat lega bila bawa semua ini.Insya Allah.

IKLAN

Selamat menunaikan Umrah dan selamat berjuang dengan anak-anak syurga.

View this post on Instagram

Bonda dan anak2 #theSucis pada malam terakhir kami di Madinah. Ya Allah janganlah jadikan gambar ini yg terakhir dpt ku ambil bersama anak2 ku..☹️?TQ suami ambilkan gambar. . Ok siapa ibu bapa yg bakal menunaikan Umrah bersama anak2 kecil tak lama lagi angkat tangan sikit??? . Please take note, 10 THINGS MUST BRING, WAJIB NECESSITIES FOR YOUR TODDLERS & BABIES ; 1. WINTER CLOTHES (Jacket, Hat, Socks, Shoes, Gloves, Bedung, blanket, bantal, towel, etc) to keep them warm if pergi cuti sekolah Nov – Dec sbb sejuk sgt up to 8°C 2. UBAT2AN for kiddos & parents too & THERMOMETER! 3. FROZEN BABY FOOD & MOM'S MILK (Store in Coleman and minta flight attendants keep it refgirated if long hours flight) TQ @bebetummy 4. WARMER to warm food & milk & Thermos WAJIB juga! Dlm flight minta je hot water nanti depa bg 5. Baby Wipes sbb cleaning is everywhere everytime also Baby clothes detergent to cuci muntah & sisa baby food & small hangers to hang them dry 6. Nursing cover or wear NURSING JUBAH & TUDUNG LIKE @SUCIBYYATTHAMZAH (sempat lg promote ??) 7. SMALL STROLLER IF possible YG BOLEH CARRY DI BAHU SENANG NK BW MASUK MASJID. Yg besar x lepas masjid. Ni utk yg anak ramai mcm Bonda sbb x mampu nak dukung semua.. ? 8. Wrist bands to keep them safe, secured & close to us always. NI WAJIB! 9. 1 medium Baby Bag yg boleh masukkan all benda, milk, food, diapers, toiletteries, etc 10. TOYS TOYS & STORY BOOKS to keep them BZ so they won't kacau kita and others solat. Trust me this really gives a lot of relief . Trust me.. All above ni mmg WAJIB BAWA. TAKPE JE KHASKAN 1 LUGGAGE JUST FOR ALL THESE NECESSITIES. Korang akan rasa sangat lega bila bawa semua ni..In shaa Allah. Selamat menunaikan Umrah dan Selamat berjuang DG anak2 Syurga??♥️? . #bondaYattshare #yattmengayat #fromtheheartofamujahidah #darihatiseorangmujahidah #yatthamzah #babyYH #LilSuci #lilMujahidah #sucihayfaamedina #sucihumairaiqlima #sucihananiamalika #anak2BondaYH #bondaberanak3 #theSucis #TheSucispergiUmrah #TheSucisUmrah2018 #MADINAH #UMRAH #UTUS #UMRAHTARBIYAHUSRAHSUCI #UTUS2018

A post shared by Yatt Hamzah (@yatthamzah_suci) on

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Terdahulu, Yatt bernikah dengan juruvideo, Mohammad Zulfadhli Khairuddin pada 2016 dan dikurniakan cahaya mata Suci Humaira Iqlima,2, dan Suci Hayfa Medina 7 bulan. Daripada perkahwinan lalu, Yatt memiliki anak perempuan, Suci Hanania Malika, 8.

Yatt Hamzah Kongsi 10 Tips Barang Keperluan WAJIB Ada Bila Umrah Bawa Anak Kecil!

MW: Jadi buat mak-mak yang berhasrat bawa anak-anak kecil untuk mengerjakan umrah, boleh ceduk tips yang dikongsikan oleh Yatt Hamzah ini sebagai panduan. Semoga dipermudahkan segala urusan di tanah suci dan mendapat umrah yang mabrur.

Sumber: Yatt Hamzah

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI