
Hilang kata-kata membaca kisah tragedi ambil bola dalam longkang, gelak tawa sekumpulan anak yang riang bermain bertukar menjadi episod duka paling meruntun jiwa seluruh warga Taman Desa Kayangan, Sungai Karangan apabila empat kanak-kanak ditemui meninggal dunia selepas mereka dikatakan mahu mengambil bola yang terjatuh.
Tragedi Ambil Bola Dalam Longkang

Menerusi laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Syamsul Sinring berkata, hasil temu bual dengan ibu mangsa mendapati kesemua mangsa keluar bermain bola sebelum bola tersebut terjatuh ke dalam longkang.
“Kesemua mangsa dipercayai cuba untuk mengambil bola sebelum terjatuh ke dalam longkang dan lemas. Anggaran kedalaman longkang tersebut kira-kira 3.05 meter dan lebar 1.83 meter.
“Semasa kejadian tidak ada saksi yang melihat kejadian itu berlaku,” katanya.
Ibu Luluh Melihat Jenazah Anak Dinaikkan

Suasana hiba menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Kulim malam tadi apabila tangisan dan ratapan waris mangsa memecah keheningan malam menyusuli pemergian mengejut Muhamad Aeril Aziz Muhamad Zafis, 12, adik tirinya Muhammad Arif Naufan Abdullah, 8, serta dua rakan mereka, Muhammad Zafril Arsyad Muhamad Azrin, 12, dan Muhammad Iman Nuruddin Khairol Anuar, 10.
Difahamkan, dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi menghembuskan nafas terakhir ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim. Kesemua jenazah mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar untuk urusan bedah siasat.
Hasil temubual ibu mangsa mendapati kesemua mereka telah keluar dari rumah untuk bermain bola. Selepas itu, dipercayai bola melantun ke dalam longkang di tempat kejadian dan kesemua mangsa cuba mengambil bola tersebut sebelum tergelincir ke dalam longkang.

Anda mungkin berminat dengan
Apa yang menyedihkan, kejadian itu turut tular menerusi beberapa gambar dan video di media sosial yang memaparkan mangsa dibawa naik dari longkang dan kawasan kolam tadahan oleh beberapa individu dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Hati ibu mana yang tidak luluh dan remuk, ujian ini sangat berat untuk dipikul apabila empat anak kecil yang penuh harapan pergi serentak dalam sekelip mata. Semoga ahli keluarga mangsa tabah dengan ujian kehilangan orang tersayang dan arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.
Al Fatihah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

