
Simpati dengan apa yang berlaku, niat murni pencinta haiwan nak selamatkan kucing jadi tragedi apabila dia terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 meter dalam kejadian di Taman Melaka Perdana, Ayer Keroh, Melaka.
30 Minit Dalam Longkang

Apa yang menyedihkan, mangsa lelaki berusia 32 tahun mengalami cedera kaki kanan dan terperangkap hampir 30 minit ke longkang sebelum disedari orang awam.
Menerusi portal Sinar Harian, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.58 pagi sebelum sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil bersama bantuan Balai Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.
Niatnya Nak Selamatkan Kucing Tapi Jadi Tragedi

Menurutnya, dipercayai mangsa cuba menyelamatkan seekor kucing yang berada di kawasan semak berbukit di belakang rumahnya ketika cuaca mendung dan hampir hujan.
“Bagaimanapun, mangsa dikatakan terpijak penutup longkang konkrit sebelum terjatuh ke dalam longkang berkenaan.
BACA ARTIKEL: Isteri Heret Suami Ke Mahkamah, Terlampau Lebihkan Kucing
“Operasi menyelamat segera dijalankan sebelum mangsa berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mangsa dibawa naik menggunakan teknik hauling dengan bantuan Sked Stretcher untuk proses mengangkat mangsa.
Ujarnya, operasi berjaya dikawal pada jam 12.41 tengah hari sebelum tamat sepenuhnya kira-kira 25 minit kemudian.
UPDATE: Menurut cerita mangsa yang dikenali sebagai Naim, dia bukan nak selamatkan kucing tetapi mahu ambil barang dan tiba-tiba penutup longkang pecah.
Anda mungkin berminat dengan

Tulisnya lagi, “Bomba dan doktor pelik, macam mana aku boleh survive jatuh this deep. Masa kat dalam tu memang I thought it was my last day coz nobody heard me. And stuck sampai at least 3 jam sebab aku tinggi dan longkang ni dalam untuk keluarkan. Dan benar lutut aku terbelah on top of other injuries!
Kadang-kadang begitulah, musibah singgah tanpa diduga. Apa pun, didoakan semoga lelaki itu cepat baik dan boleh bergerak seperti biasa semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

