Betty Banafe luah kebimbangan, anak lelaki dihasut membenci ibu setiap kali balik dari rumah bekas suami. Kemelut berpanjangan antara pelakon Betty Banafe dan bekas suami sekali lagi menjadi perhatian apabila Betty tampil berkongsi situasi anak lelakinya, Bruce Dean Dargus, 10 tahun yang memberontak kerana telefon bimbitnya “disimpan” olehnya.
Terkini dalam hantaran video di facebooknya, jelas kelihatan Dean memberontak yang mahukan telefonnya semula termasuk mahu menghantar Betty ke penjara kerana keengganan ibunya itu memulangkan kembali telefon dibeli bapanya.
Betty Banafe Luah Kebimbangan
Tulisnya, inilah trauma dilalui oleh anak depression atas hasutan bekas suami untuk membenci ibunya.
Dalam video sama, Julia Claire Dargus, 13 dilihat membela ibunya termasuk menyuruh adiknya itu meminta maaf kepada ibu mereka ekoraan kata-kata dilemparkan ketika memberontak.
Kata Betty, tujuan dirinya berkongsi situasi anak-anak kerana konflik antara dirinya dan bekas suami termasuk hak jagaan sudah berlanjutan terlalu lama.
“Sekadar pengajaran bukan untuk membuka aib. Ada banyak lagi video sebegini. Moga ini dapat memberi pengajaran dan kesedaran perkara baik dan buruk yang dilakukan oleh kita sebagai orang dewasa kepada anak anak. Dari seawal umur 3 tahun umur lagi Dean dan Julia 5 tahun diasak dengan cerita-cerita negatif tentang kami sekeluarga.
Ads
“Apa yang anak-anak pinta hanya kasih sayang yang tulus dan perhatian yang baik. Bukan di eksploitasi dan dimanipulasi. Cukup-cukup la. Kesian Dean yang mengalami delay of speech dan hanya baru bertutur dengan baik ketika darjah 1. Dan tahun tersebut baru boleh bertutur dengan jelas,” katanya dalam hantaran terbarunya.
Menerusi hantaran sama, Betty menegaskan situasi yang berlaku bukan perkara baharu, sebaliknya sudah berulang kali terjadi hingga melibatkan tindakan undang-undang dan rawatan pakar.
“Perkara begini sudah berulang kali berlaku. Laporan polis atas hasutan dan mental health anak sudah berkali-kali. Aduan ke mahkamah juga sudah dibuat.
Kami turun naik hospital untuk bertemu dengan doktor psikologi dan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur untuk Julia dan Dean. Anak-anak ini mengalami gangguan emosi dan depresi yang teruk,” luahnya.
Konflik hak penjagaan anak-anak antara Betty Banafe dan bekas suami masih berlarutan hingga ke hari ini
Menurut Betty, perubahan emosi kedua-dua anaknya didakwa berlaku setiap kali mereka pulang daripada bertemu bapa atau dari rumah keluarga sebelah.
“Setiap kali pulang dari rumah atuk nenek, juga ketika bertemu bapanya ataupun bertelepon bapanya, pasti jadi rosak ketenangan mereka untuk hidup normal seperti kanak-kanak lain,” kongsinya lagi.
Dalam masa sama, Betty turut membangkitkan isu melibatkan telefon bimbit yang didakwanya dibeli oleh bekas suami, yang menurutnya menjadi antara punca perubahan sikap anak-anaknya.
Ads
“Telefon itu bapa dia beli… bila kasi telefon, saya rasa sedih, seperti simpan musuh dalam rumah. Jadi mata-mata bapa dia, hantar information tentang saya… lepas itu nanti saya terima saman syariah dari bapanya,” katanya.
Luahan itu diakhiri dengan persoalan yang mencerminkan kegusaran seorang ibu terhadap masa depan anak-anaknya.
“Sampai bila nak rosakkan minda mereka dengan negativity? Rosakkan hati mereka dengan dendam kesumat juga keegoan?” soal Betty.
Anak sulung pertahankan dirinya
Sebelum ini, konflik antara Betty dan bekas suami turut mencetuskan perhatian umum apabila anak sulungnya, Julia, dilaporkan enggan pulang mengikut bapanya dalam satu insiden yang tular di media sosial.
Dalam rakaman yang mendapat perhatian ramai, Julia dilihat meluahkan keletihan emosi selepas berdepan konflik keluarga yang berpanjangan selain menyatakan keinginan untuk menjalani kehidupan yang lebih tenang.
Ads
Perkongsian tersebut memberi gambaran awal mengenai tekanan emosi yang dialami oleh anak-anak dalam situasi konflik ibu bapa yang berlarutan.
Berdasarkan luahan terbaharu ini, kebimbangan Betty jelas tertumpu kepada keadaan mental kedua-dua anaknya yang didakwa semakin terkesan.
Walaupun konflik antara ibu bapa masih berlanjutan, isu yang lebih besar kini adalah kesan jangka panjang terhadap emosi anak-anak yang sedang membesar dalam situasi penuh tekanan.
Dalam hal ini, persoalan yang dibangkitkan Betty menggambarkan keresahan seorang ibu tentang sampai bila anak-anak perlu berdepan keadaan yang menurutnya menjejaskan kestabilan emosi mereka.
Dalam diam, konflik orang dewasa ini dilihat terus meninggalkan kesan kepada dua jiwa yang masih membesar.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Raih 11A+ SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), anak penjual pisang goreng dan laksa buat ramai rasa bangga dengan kejayaan yang dicapai sebagai seorang pelajar.
Namun baru-baru ini anak muda ini terharu apabila ada pihak yang sudi memberikan dua biasiswa kepadanya untuk melanjutkan pelajaran.
Fakhrul Iman Zainudin, 18, berkata, dia sangat menghargai tawaran itu sekali gus dapat mengurangkan beban ibu dan bapanya untuk meneruskan pengajian ke menara gading bagi mengejar cita-citanya sebagai pensyarah.
Katanya, dia belajar bersungguh-sungguh sejak tingkatan tiga selepas merasai pengalaman pembelajaran di rumah selama dua tahun akibat Covid-19.
“Perkara paling penting yang saya amalkan ialah adab dengan guru haruslah dijaga. Semasa cikgu ajar di depan, jangan berbual di belakang,” kongsinya.
Menurut Fakhrul Iman, dia terus membantu bapanya, Zainudin Abdul Latif, 63, dan ibunya, Zarina Sood, 54, selepas mengambil slip keputusan SPM di Sekolah Menengah Agama Telok Kemang semalam.
Sementara itu, Zainudin berkata, perasaannya bercampur baru selepas mendapati anaknya mendapat A+ dalam kesemua mata pelajaran walaupun ia tidak begitu ketika peperiksaan percubaan.
“Itu yang saya bangga serta sebak lihat keputusan Ayoi (Fakhrul Iman). Ikutkan, sejak dari kecil lagi, Ayoi ni memang cepat belajar seawal usia empat tahun. Kalau di tadika pun, guru tadika selalu minta Ayoi bantu rakan-rakan seusia belajar,” katanya.
Apa pun, ini satu kejayaan bukan biasa-biasa memandang kehidupannya bukan berasal dari golongan orang berada. Semoga adik Fakhrul Iman berjaya dalam bidang yang akan diceburi dan tidak melupakan jasa kedua ibu bapanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Berat untuk seorang suami tempuh ujian isteri pergi secara tiba-tiba, raya Aidilfitri mengadu sakit kemudian jatuh pada hari lahir anak sulungnya, orang rumahnya kembali kepada Sang Pencipta selepas disahkan menghidap kanser perut.
Perkongsian itu dimuat naik Shahrizal Mahadi menerusi Threads, yang mengakui tidak menyangka kesakitan dialami isterinya sejak Mac lalu berakhir dengan pemergian insan tersayang.
Lebih memilukan, isterinya, Nurul Afiqah Rahman, menghembuskan nafas terakhir pada 17 April, iaitu tarikh sama dengan hari lahir anak sulung mereka.
“Sekejap sahaja rasa kehidupan keluarga sempurna semula selepas rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI), Johor Bahru selesai. Lebih kurang sebulan.
“Pada Aidilfitri tahun ini, dia (isteri) mula mengadu sakit perut. Kami sudah pergi ke beberapa klinik, tetapi kesakitan itu tidak berkurang.
“Akhirnya kami ke (hospital pakar) KPJ untuk mendapatkan keputusan dengan lebih cepat. Sekali lagi kami diuji dengan berita yang sangat berat apabila doktor mengesahkan dia menghidap kanser di bahagian perut,” katanya.
Ujar Shahrizal, meskipun bersedih dengan pemergian pasangan, namun dia tetap bersyukur kerana segala urusan pengebumian isterinya dipermudahkan.
“Percaturan ALLAH itu sangat indah walau berat. Di saat terakhirnya, diberikan peluang yang tidak ternilai untuk berada di sisi (isteri) menemani detik sakaratul mautnya.
“ALLAH hadirkan insan-insan hebat yang membantu menguruskan segalanya. Dipermudahkan pemergiannya pada hari yang paling mulia, penghulu segala hari,” luahnya di medsos.
Dalam pada itu, Shahrizal turut berkongsi video sambutan hari lahir isterinya yang sempat dirakam pada 25 Mac lalu.
“Video kegembiraan terakhir sempat rakam masa hari lahir isteri, 25 Mac dan 17 April tahun ini, isteri pergi buat selamanya, pada hari lahir anak sulung kami,” katanya.
Rumahtangga pelakon wanita, Syida Melvin bergolak apabila dia memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember tahun lalu.
Perkara itu disahkan oleh peguam mewakili Syida iaitu Nurul Jamaliah yang memaklumkan bahawa prosiding berkaitan rumah tangga pasangan itu kini sedang berjalan di mahkamah.
“Syida yang failkan cerai pada Disember tahun lalu, tapi sebutan pertama baru dijalankan pada 2 April lalu,” katanya.
Dalam pada itu, Nurul Jamaliah turut memaklumkan perbicaraan kes berkenaan juga pernah ditangguhkan sebelum ini sebagai usaha untuk berdamai.
“Kalau ikutkan perbicaraan pernah ditangguhkan sekali kerana dengan niat ingin berdamai tetapi Syida nekad untuk teruskan (penceraian) juga,” ujarnya.
Untuk rekod, Syida atau Nur Syifa Assyidda Amirol Melvin, 29, mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Safa Safeera, Sara Sajedda dan Serhan Isa.
Untuk info, Syafiq Azim merupakan anak kepada Iron Lady Malaysia, Allahyarham Datuk Dr Maznah Hamid.
Tak payah simpan duit banyak-banyak, anak cucu ada rezeki masing-masing.
Bertahun-tahun bekerja, kita terbiasa menyimpan. Ada duit lebih, simpan. Ada rezeki lebih, fikirkan anak-anak. Bila...