ulser mulut

Sakitnya bila ada ulser atau ‘mata ikan’ di mulut. Pedihnya tak terkata, serba serbi rasa tak kena. Banyak sebab yang boleh menjadi punca ulser ini malah cara rawatannya pun pelbagai. Namun perkara yang perlu diambil berat, rupanya jika kerap mengalami ulser di mulut dan tak sembuh-sembuh lebih dari 3 minggu merupakan antara petanda simptom hidap kanser lidah. Perkara ini dijelaskan oleh Doktor Abdul Rahim sebagai panduan.

ILMU KESIHATAN. Artikel 714.

“Pernah anda kena penyakit “MATA IKAN” dalam mulut anda? ulser mulut / sawan mulut/aphthous ulcer? Apa rawatannya? bahaya tak?

Kena ulser dimulut, lidah, pipi atau bibir teramat pedih. Ulser dalam rongga mulut ni orang kampung panggil sebagai “Mata Ikan” atau kudis mulut. Orang macam doc panggil ulser mulut / sawan mulut/aphthous ulcer.

Ia kerap jadi diusia 10 tahun keatas. Ulser ni bentuk tompokan bulat kecil 2-5mm putih/kuning pucat cam nanah. Bordernya merah & bengkak. Ia jadi berulang kali samada sebiji, dua atau lebih. Teramat menyakitkan.

Kesakitan bila nak bercakap, gelak, senyum,berus gigi, berkumur, makan & minum. Rasa macam nak tendang korang je, walaupun korang tak berdosa sikitpun dengan doc. Selera makan minum…habis OUT!! Allah je yang tau.Kesakitan berkurangan selepas 3-4 hari tapi ambil masa 7-14 hari untuk sembuh sendirinya. Takde tinggalkan parut. Ia tak berjangkit. Sat ada, Sat takde. Cam chipsmore. Ada Ulser ni yang jenis ganas memakan berminggu untuk baik & tinggalkan parut.

Waspada Jika Punyai Ulser & Tak Sembuh-Sembuh Lebih Dari 3 Minggu, Antara Petanda Kanser Mulut

Doc Kongsi Punca Ia Terjadi:

*Punca utama tak diketahui.
*Kecederaan / tergigit.
*Kurangan zat besi, asid folik dan vitamin B12.
*Punyai alahan.
*Jangkitan kulat, virus, bakteria.
*Kesan samping radioterapi & chemoterapi.
*Kecederaan dgn berus gigi atau gigi palsu.
*Perubahan tahap hormon sebelum haid atau menopause.
*Genetik keturunan.
*Stress, Tension.
*Kesan samping ubat-ubatan seperti ibuprofen, aspirin, Alendronate, Nikotik, kokain dll.
*Ada pada insan yang ada penyakit Crohn, syphilis atau jangkitan HIV.

Doc nak kongsi pula rawatan orang tua-tua dulu:

1. Depa advice rajin-rajin minum air suam banyak-banyak.
2. Letakkan garam kat ulcer tu ataupun kumur dengan air garam. Sakit gila, macam nak jerit tapi baik cepat.
3. Kalau nak sedap sikit letak garam di jagung dekat pasar malam tu..makan je. Berkesan tau.
4. Sapu marjerin atau ubat gigi je.

IKLAN

Apakah rawatan untuk ulser mulut aphthous yang selalu doc bagi pada patient?

i. Kalau ia kecil & tak sakit tak perlu rawatan. Ia hilang sendirinya oleh antibodi diri sendiri. Tapi ia kerap jadi semula.

ii.Kalau kena ulser, ini yang perlu dibuat supaya tak melarat:

a) Elak makan pedas/masin, minuman panas/ buah-buahan berasid yang buat kesakitan lebih teruk.
b) Guna berus gigi yang lembut.
c) Guna gigi palsu yang sesuai. Rajin-rajin cuci gigi palsu anda atau rendam dalam air suam. Jaga hyginenya.
d) Rajin-rajin berkumur air garam yang cair (saline), Listerine untuk cuci mulut. Ia bantu kurangkan kesakitan & percepatkan kesembuhan ulser.
e) Lozenges steroid / Defflam boleh kurangkan kesakitan & bantu ulser untuk sembuhkan lebih cepat.
f) Orabase membantu menutupi ulser & kurangkan kesakitan.
g) Choline salisilat gel (Bonjela), Oral Aid ada ejen kebas anesthetic lidocaine boleh digunakan.
h) Makan pain killer,Ponstan.
i) Antiinflamatory Betamethasone Steroid.
j) Makan antibiotik seperti doxycycline bila ada infeksi kuman.

IKLAN

Pesanan Doktor:

1. Kalau tak nak dapat penyakit MATA IKAN ni, pastikan jaga kebersihan mulut & gigi tu. Berus gigi selalu.

2. Penting ni: Kanser mulut kadang-kadang boleh bermula sebagai ulser mulut yang tak sembuh. Anda perlu berjumpa doktor jika anda punyai ulser mulut yang telah lebih dari 3 minggu tanpa tanda penyembuhan, atau berbeza saiz & tumbuh mengganas!! Waspada ya!!.

IKLAN

**Peringatan:
Jangan promosi produk anda di artikel kesihatan ni. Anda akan di dakwa KKM.

Daripada Dr. Abdul Rahim.
Klinik Abdul Rahim

Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Sumber: Dr. Abdul Rahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI