
YB Syed Saddiq tak akan sekat impian Bella Astillah selepas berkahwin, “saya ada impian, tunang saya juga begitu. Terus mempamerkan sikap sebagai lelaki budiman, Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq dalam satu siaran podcast Lebih Masa yang dikendalikan oleh Nik Nazmi dan Nani Roslan memaklumkan dirinya tak akan menyekat sama sekali impian Bella Astillah sebagai wanita berkerjaya di masa depan.
Jelasnya adalah tidak adil, impian seseorang perlu disekat hanya kerana status perkahwinan yang bakal dilalui mereka di mana dirinya ahli politik berbanding Bella sebagai anak seni.
Tidak adil sekat impian Bella kerana pendapatannya jauh lebih besar dari saya – Syed Saddiq

“Memang ada banyak perbincangan tentang masa depan. Tapi saya tak nak hanya saya seorang yang mengejar impian tetapi demi impian tersebut saya mengorbankan impian pasangan saya pula.
“That’s not right, that’s not fair. Saya tak naklah kerana mahu mengejar impian maka terkuburlah impian Bella kerana sebagai seorang wanita bekerjaya yang boleh dikatakan jauh lebih baik dari saya, jadi tidak adil. Sebab ada mengatakan selepas kami berkahwin, Bella tak boleh berlakon, tak boleh menyanyi, tak boleh ada di depan umum kecuali event-event rasmi. Saya tidak bersetuju.
“It’s not fair kerana impian saya, impian kamu perlu dikorbankan. Jadi dalam bab ini kejarlah impian kita. Saya lebih risau dengan kelantangan saya dalam politik akan menyekat kemaraan tunang (Bella) dalam mengejar impiannya.
https://www.threads.com/@alexsandrakong/post/DXXwEmPk8N4?xmt=AQF0OJhTQYclrfd_aTdy4cvCmyqnmlqebhyf_N2rSoBW9O02OUrDUrmAeRjyoSnvUUpIziQ&slof=1
Dalam pada itu, dirinya turut memaklumkan tidak sama sekali akan “mengajar” Bella cara berpolitik dan biarlah dirinya sahaja dalam dunia politik.
“Dia boleh ajar saya menari tapi saya tak akan ajar Bella cara berpolitik. Saya cuma ajar Bella bersukan kot. Tarik dia naik Gunung Kinabalu, siapa tahu gunung-gunung yang lain,”katanya.
Ditanya adakah Bella juga akan kekal lasak sepertinya menyertai pertandingan Ironman, jelas Syed Saddiq biarlah masa menentukan tetapi buat masa ini, dirinya bersama-sama dengan “anak i” (dirinya menyebut Ayden sebagai anaknya) yang mana kata YB Syed Saddiq, Ayden sudah boleh berenang sendiri dan agak kerap mengikuti sukan-sukan lasak yang lain.

Apa pun caranya berbicara, penuh kematangan, sentiasa memberi sokongan penuh termasuk mengatakan gaji Bella jauh lebih banyak darinya.
Gaji Bella buat show adalah lebih besar daripada gaji sebulan Ahli Parlimen. Kalau event seharian, bayaran lebih besar dari gaji MP 2-3 bulan makah dirinya turut menyebut kerjaya Bella jauh lebih baik darinya.
Sudah pasti, Allah menghadirkan insan yang lebih baik buat Bella selepas dirinya melalui episod duka dalam perkahwinan terdahulu dan didoakan agar pasangan ini melangkah ke alam perkahwinan dan kekal hingga ke syurga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!




