
Berita baik untuk rakyat! Subsidi yuran pembelajaran autisme adalah satu langkah daripada pihak kerajaan yang ini membantu meringankan beban ibu bayah dalam menyediakan terapi dan pendidikan awal untuk anak-anak autisme.
Ibu Ayah Boleh Mohon Subsidi Yuran Pembelajaran Autisme

Menurut info daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), permohonan subsidi bagi Yuran Pembelajaran Autisme 2026 kini dibuka bermula 15 Mei hingga 15 Julai 2026.
BACA ARTIKEL: Ibu Terkilan Anak Autisme Dilarang Hadir Ke Sekolah Tanpa Alasan Kukuh
Menerusi Facebook, JKM berkata bantuan berbentuk “one-off” sebanyak RM1,000 itu diberikan khusus untuk meringankan kos pembelajaran setiap anak Autisme layak.
Selain itu juga, inisiatif ini dilaksanakan melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Ini Syarat Kelayakan

Kongsi JKM lagi, syarat utama kelayakan ialah pemohon mestilah warganegara Malaysia dan kanak-kanak autisme tersebut mempunyai kad OKU serta berusia bawah 18 tahun.
Selain itu, pendapatan per kapita isi rumah juga mestilah tidak melebihi RM5,000 sebulan. Untuk mengira pendapatan per kapita, anda boleh bahagikan jumlah pendapatan isi rumah dengan bilangan isi rumah.
Seterusnya, pemohon mestilah mengikuti pembelajaran di pusat pembelajaran bertauliah, iaitu Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA) yang memberi perkhidmatan terapi atau Program Intervensi Awal (EIP) kepada kanak-kanak autisme.
Cara mohon

Berikut adalah cara untuk memohon:
- Isi borang permohonan
2. Dapatkan borang melalui laman web JKM atau Pejabat Kebajikan Masyarakat berhampiran.
3. Hantar ke Pusat Pembelajaran Autisme (PUSPA)
4. Serahkan borang ke PUSPA anak anda.
5. Pengesahan pihak PUSPA & serahkan ke JKM
Anda mungkin berminat dengan
6. PUSPA menghantar borang yang lengkap ke Pejabat Kebajikan Masyarakat terdekat.
7. Proses kelulusan
8. Tunggu proses semakan dan kelulusan rasmi daripada pihak JKM.
Setakat ini, berdasarkan statistik sehingga April 2026, seramai 99,459 individu autisme telah berdaftar dengan JKM di seluruh negara.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi atau hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berdekatan atau boleh imbas kod QR untuk muat turun borang permohonan dan senarai semak dokumen.
Sumber: Berita RTM
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

