
Isi Kandungan
ToggleRupanya banyak kelebihan kalau si ayah rajin baca buku untuk anak, walau anak masih kecil kena mulakan.
Malah ada sesetengah mak ayah, tak suka belikan buku untuk anak sebab nampak anak cuma pandai rosakkan. Nak bacakan pun tak ada masa.
Hah, itu rugi. Cuba semak kebaikan baca buku pada anak, perkongsian saudara Najmi Nawani ini. Kalau rasa berat, mungkin boleh gilir-gilir dengan isteri. Yang penting anak suka dengar.
5 KEBAIKAN BACA BUKU SEBELUM ANAK TIDUR
Alhamdulillah Maryam Deen dah tidur. Jadi aku pun nak berkongsi satu lagi nota ringkas dan padat malam ini. Kenapa baca buku sebelum anak tidur bagus dijadikan amalan.
1. Bantu kembangkan daya imaginasi
Membaca dan bercerita kepada anak pastinya membantu untuk perkembangan imaginasi sihat. Kita akan membantu anak untuk berfikir dan berimaginasi dengan baik. Bantu anak berfikir jalan solusi kepada masalah yang dihadapi dan ini sebenarnya turut membuatkan kehidupannya akan lebih berwarna-warni.
2. Cipta saat-saat indah
Ianya ialah memori yang tenang dan pasti tidak akan dapat dilupakan. Menjadi ibu bapa pastinya kita mahu anak kita ingat bahawa kita sudah curahkan sepenuh perhatian dan kasih sayang kepada mereka. Saat-saat seperti inilah akan memautkan hati anak kepada kita.

3. Kebolehan berbahasa akan lebih mantap
Apabila kita membaca untuk mereka, kita sebenarnya sedang menanam benih-benih perkataan dan membantu untuk mereka lebih mudah untuk ingat. Lagi banyak ulang lagi bagus.
4. Merangsang otak anak
Dalam penceritaan penuh perasaan yang kita sampaikan. Pastinya akan terbit pelbagai persoalan dalam fikiran anak-anak. Lagi banyak kita membaca, lagi banyak soalan yang mereka ada. Maka lagi banyak jawapan yang akan mereka tahu dan ini buat otak mereka berkembang dengan baik.
5. Pandai dalam akademik
Pastinya teknik ini secara tidak langsung akan membentuk anak untuk jadi sangat pandai dan bijak. Mereka cinta dan suka untuk membaca. Maka ketahuilah membaca ialah jambatan kepada ilmu.
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Daripada Kekurangan Suami, Persiapkanlah Anak Lelaki Menjadi IMAM Yang Lebih Baik

Isi Kandungan
TogglePersiapkanlah Anak Lelaki
Didik Anak Lelaki Menjadi Imam Yang Baik
Daripada Kekurangan Suami, Tambah Baik Anak Lelaki
Jangan Layan Anak Lelaki Sebagai Raja
JOM SERTAI GRUP TELEGRAM BANGKIT WANITA MW
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita
Telegram : https://t.me/bangkitwanitaMW
Youtube : https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial

MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nak Cakap & Peluk Anak Pun Ada Caranya, Barulah Anak Senang Dengar Kata!

Isi Kandungan
ToggleRupanya nak bercakap dan memeluk anak pun ada cara dan teknik tertentu yang mak ayah boleh amalkan. Malah, cara memeluk serta bercakap dengan anak lelaki juga berbeza dengan anak perempuan.Jika selama ini, anak agak kurang mendengar kata dan ambil sambil lewa dengan apa yang kita cakap, teknik yang dikongsikan oleh Puan Rehan Sidik ini mungkin boleh membantu.
Berikut antara perkongsian menarik tersebut;
Salam Mama semua.
K.Rehan nak kongsikan Teknik Bercakap & Memeluk Anak, menggunakan Islamic NLP (Neuro Languistic Programme);
1) Teknik Bercakap Dengan Anak Perempuan & Lelaki
–> Dengan ANAK PEREMPUAN, kita bercakap terus muka kepada muka
Itu cara yang terbaik. Mata kita pula ‘memandang ke tengah antara kening’ tu ya. Haa.. di situlah fokus percakapan yang terbaik. Mungkin anak perempuan ni, lebih dominasi jenis yang visual kan..Mama, ambillah kesempatan untuk melayan anak-anak bercakap jika ada ruang masa ya. Banyak yang nak diluahkan tu.. santai-santai saja, sambil makan-makan petang. Ok kan?
–> Dengan ANAK LELAKI pula, lebihkan percakapan kita ke aras ‘telinga kirinya’
Mereka yang jenis audiotory memang cepat tangkap la ni..Zuuppp.. Insya Allah, setiap butiran percakapan kita akan masuk dengan baik. Sentiasa bagi kata-kata perangsang tau. Anak lelaki ni, ada egonya sendiri. Saya pun kadang-kadang kalah dengan anak lelaki ni.. aduhh.
2) Teknik Memeluk Anak Perempuan & Lelaki
–> Lihat pelukan pada ANAK PEREMPUAN ya. K.Rehan tepuk dan gosok-gosokkan di atas belakangnya
Tempat tu namanya Qalbu. ANCHOR POINTnya. Semoga bila Mama gosokkan di situ, bagi nasihat apa pun, Insya Allah, dia akan PASAK DAN INGAT sampai bila-bila. Best kan..bila tahu tekniknya ni.
–>Bagi ANAK LELAKI, ANCHOR POINTnya adalah di belakang kepala bahagian atas

Lihat tangan akak tu. Ok kan? Kita gosok-gosoklah beberapa saat. Bagi lah se’das dua’ nasihat. Tak boleh cakap banyak-banyak pun. Sibuk nak gi main sana sini. Jadi, gunakan peluang dan ilmu ni tau. Insya Allah, sama-sama kita hasilkan anak2 yang mendengar kata.
Selamat mencuba Teknik Islamic NLP.
Semoga bermanfaat dan menambah lagi ilmu keibu bapaan kita semua.
Sumber: Rehan Sidik
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bukan Sekadar Satu Amalan Budaya, Ini Penjelasan Hukum Berkhatan Bagi Bayi Perempuan

Isi Kandungan
ToggleMenjadi kelaziman dan amalan kebiasaan bayi perempuan yang baru lahir akan dikhatankan. Namun demikian, baru-baru ini timbulnya kritikan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) berhubung isu berkhatan bayi perempuan di Malaysia sebagai satu amalan budaya.
Menjawab segala persoalan, berkhatan buat bayi perempuan bukanlah sekadar satu amalan budaya, ini penjelasan hukum amalan ini yang dipetik daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan sebagai panduan;
AL-KAFI #419 : HUKUM BERKHATAN BAGI KAUM WANITA
Perbuatan berkhatan bagi wanita sudah menjadi amalan kebiasaan sebahagian masyarakat termasuk masyarakat Arab sejak dahulu kala. Pada zaman Rasulullah SAW, amalan ini berlaku dan Rasulullah SAW mengiktirafnya di samping meletakkan beberapa kaedah. Allah berfirman di dalam al-Quran:
ثُمَّ أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ أَنِ اتَّبِعْ مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا ۖ وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ
Maksudnya: Kemudian Kami wahyukan kepadamu (wahai Muhammad): Hendaklah engkau menurut ugama Nabi Ibrahim, yang berdiri teguh di atas jalan yang benar; dan tiadalah ia dari orang-orang musyrik.
Surah al-Nahl, (16:123)
Telah sabit daripada hadis bahawa Nabi Ibrahim melaksanakan khatan seperti mana yang diarahkan oleh Allah. Daripada Abu Hurairah SAW bahawa Rasulullah SAW bersabda:
اخْتَتَنَ إِبْرَاهِيمُ عَلَيْهِ السَّلاَمُ وَهُوَ ابْنُ ثَمَانِينَ سَنَةً بِالقَدُّومِ
Maksudnya: Nabi Ibrahim AS berkhatan menggunakan qaddum (alat seperti beliung, kapak kecil) pada umur beliau 80 tahun.
Hadis riwayat Imam al-Bukhari (no. 3356) dan Imam Muslim (no. 2370) dalam al-Sahihain.
Sabitnya pensyariatan khatan ini juga dikuatkan dengan hadis daripada Humaid bin Bilal, bahawa Rasulullah SAW bersabda:
وَمَسَّ الْخِتَانُ الْخِتَانَ فَقَدْ وَجَبَ الْغُسْلُ
Maksudnya: Dan apabila bertemu dua khitan (kemaluan lelaki dan wanita, ertinya jimak) maka wajiblah mandi.
Hadis riwayat Imam Muslim dalam al-Sahih (no. 349).
Hadis ini menunjukkan bahawa wanita juga berkhatan, dan bukan sahaja lelaki. Dalam mazhab al-Syafie, hukum berkhatan bagi wanita adalah WAJIB mengikut pendapat yang masyhur dan seperti mana yang diputuskan oleh Imam al-Syafie. Imam al-Rafie daripada Syafieyyah ada menyebutkan suatu wajah (pendapat) dalam mazhab Syafie bahawa hukumnya sunat ke atas wanita, tetap pendapat ini dianggap syadz (ganjil).
Imam Ahmad turut menyatakan kewajipannya tetapi Imam Abu Hanifah, Imam Malik dan majoriti ulama menyatakan ianya sunat.
Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/300-301) oleh Imam al-Nawawi
Cara Yang Betul & Tidak Menyebabkan Kecacatan
Timbul isu dalam kalangan masyarakat bahawa khatan wanita mencacatkan anggota dan tafsiran bahawa khatan wanita itu tidak disyariatkan di dalam Islam. Sebenarnya kami berpendapat isu ini berpunca daripada pengamalan budaya yang bukan Islam dan kejahilan sebahagian orang yang mengendalikan khatan yang melampau sehingga mencacatkan fungsi kemaluan wanita.
Berkata Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi: “Dan wajib dipastikan tidak berlaku pencacatan oleh mereka yang mengendalikan urusan khatan anak perempuan mereka berdasarkan cara yang datang daripada hadis. Dan tidak boleh dilabelkan perbuatan khatan itu sebagai satu bentuk jenayah yang dilakukan dalam kurun ke 21, melainkan dalam kes-kes yang melanggar had-had yang disepakati dalam Syarak, iaitu al-isti’sal (pemotongan / pengembirian kemaluan), berlebihan dalam memotong, dan dikendalikan oleh orang-orang yang jahil daripada kalangan bidan dan selainnya, dan janganlah ubatan yang digunakan itu memandulkan.”[1]
Berkata Prof. Dr. Wahbah al-Zuhaili: “Berkhatan itu disyariatkan, dan tidak ada pendapat yang boleh menidakkan perkara ini sama ada bagi lelaki mahupun wanita. Yang penting adalah hendaklah ianya disempurnakan oleh doktor yang dipercayai. Jika seorang wanita tidak melakukan khatan, tidak ada dosa ke atasnya kerana itu merupakan haknya dan satu bentuk penghormatan atas qaul yang rajih dan ianya bukanlah wajib dan tidak perlulah kamu mewajibkannya.” [2]
Tarjih dan Kaifiat Berkhatan
Kami mentarjihkan pendapat bahawa wajib hukumnya berkhatan bagi lelaki dan perempuan. Adapun bahagian yang wajib untuk dibuang ketika berkhatan ialah:
- Bagi lelaki, bahagian kulit yang menutupi hasyafah (kepala zakar).
- Bagi perempuan, bahagian kulit diatas saluran kencing (klitoris), yang seperti balung ayam jantan.
Bagi perempuan disunatkan agar dinipiskan atau dikemaskan sahaja, dan jangan melampau-lampau dalam memotong seperti amalan female genital mutilation yang mana sehingga merosakkan dan mencacatkan klitoris. Bahkan perbuatan seperti itu diharamkan dalam Islam.

Ini berdalilkan hadis daripada Ummu Atiyyah al-Ansariyyah bahawa perlaksanaan khatan berlaku dalam kalangan kaum perempuan di Madinah, lalu Rasulullah SAW berpesan kepada beliau:
لَا تَنْهِكِي فَإِنَّ ذَلِكَ أَحْظَى لِلْمَرْأَةِ، وَأَحَبُّ إِلَى الْبَعْلِ
Maksudnya: “Janganlah engkau potong semuanya, kerana itu menguntungkan bagi wanita dan disukai oleh suami.”
Hadis riwayat Imam Abu Daud dalam Sunan (no. 5271). Beliau mendaifkannya. Ini dipersetujui oleh Syeikh Syuaib al-Arnaut, tetapi disahihkan oleh Syeikh al-Albani.
Rujuk Majmu’ Syarh al-Muhazzab (1/301-302) oleh Imam al-Nawawi.
Begitulah cara mengkhatan lelaki dan wanita yang betul. Hendaklah dalam urusan ini kita bersikap adil, tidak cenderung kepada masyarakat yang menzalimi wanita dan tabiatnya, dan tidak pula cenderung kepada mereka yang memperlekehkan Syariat Islam dan pengamalannya.
Wallahua’lam.
Nota hujung:
[1] http://www.qaradawi.net/new/Articles-4379
[2] http://www.umatia.org/ftawa12.html
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Sumber: Astro Awani, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI