'Terkejut Suami Bila Isteri Tak Kerja Boleh Beli Kereta Cash’ Semua Ini Sebab Handalnya Orang Rumah Simpan Duit

Serius, bab simpan duit sepatutnya dipegang oleh isteri. Sebab isteri ini Menteri Kewangan dalam keluarga. Sayangnya ada isteri, yang selalu beranggapan, dia tidak cukup duit untuk menyimpan. Lagi-lagi suri rumah sepenuh masa. Salah sebenarnya cara itu.

Apa yang dikongsikan oleh Bonda Nor ini sangat-sangat bermanfaat untuk isteri baik yang bekerja mahupun suri rumah sepenuh masa. Cerita bab simpan duit sendiri. Dan bagaimana caranya. Bacalah sampai hadam. Moga tahun ini mak-mak boleh letak azam, ada duit simpanan sendiri.

Perempuan Memang Perlu Ada Duit Simpanan Sendiri

Walaupun tidak bekerja. Sebab apa?

Sebab senang kalau tiba-tiba terasa nak makan itu, nak makan ini. Senang kalau terasa nak beli baju, nak beli beg dan kasut sendiri. Senang kalau terasa nak beri mak duit atau nak bantu kawan-kawan yang sakit. Ah, kalau sesekali terasa nak manjakan diri di spa dan saloon pun, apa ada hal! Kita bukan minta duit sesiapa! Duit kita!

Isteri memang perlu ada duit simpanan sendiri. Apatah lagi jika ada anak-anak. Sesekali tentu terasa nak bawa anak-anak pergi bercuti. Nak gembirakan hati mereka bawa main kolam renang dan shopping barang. Tapi yelah, kosnya bukan kecil juga. Kalau ada duit sendiri, apa ada hal! Suami pun tidak ada sebab nak halang hasrat kita. Bukan kita guna bajet dia!

Ya! Saya sangat tekankan setiap perempuan, wanita dan isteri perlu ada duit simpanan sendiri!

Duit yang ada sekarang pun tak cukup. Macam mana nak menyimpan!”

Okey, daripada kita berbalah tentang soal tak cukup, cuba beritahu – berapakah jumlah yang dikatakan cukup itu? Kalau ada lebihan duit RM1000, cukup tak nak menyimpan? Kalau ada duit lebihan RM500 sebulan boleh tak nak menyimpan?

Duit lebihan? Percayalah, ini satu pencapaian yang satu dalam seribu!

Hakikatnya, kebanyakan daripada kita struggle dengan kehidupan masing-masing. Maka betul kata awak, puan! Duit yang ada sekarang pun tak cukup, macam mana nak menyimpan!

 

'Terkejut Suami Bila Isteri Tak Kerja Boleh Beli Kereta Cash’ Semua Ini Sebab Handalnya Orang Rumah Simpan Duit

Ini Petua Yang Saya Terima Daripada Orang Lama

Paksa diri menyimpan. Kena kerat duit yang kita dapat. Kalau kita dapat duit RM1000, anggap je kita dapat RM900. Guna yang RM900 tu je. Yang baki RM100 tu, simpan. Buat tak tahu je. Jangan guna! Bila dapat duit lagi, ulang lagi hal yang sama.

“Simpan duit. Kalau boleh suami pun jangan tahu kita ada simpan duit. Kalau dia tahu pun, jangan beritahu dia jumlahnya. Kita bukan berkira dengan dia. Tapi kita nak jaga hak kita. Suami kalau tahu, mudah-mudah saja duit tu dia pinjam. Lepas tu, selalunya burn macam tu je!”

Mereka benar! Inilah sebabnya mengapa saya menulis tentang hal ini. Kerana terlalu banyak aduan daripada isteri-isteri yang bekerja mengatakan suami menggunakan wang mereka. Pedih. Tapi inilah kenyataannya!

Aduhai para suami, jika isteri tidak redha, maka haram hukumnya ya. H A R A M! Suami tidak boleh menggunakan duit hasil titik peluh isteri kecuali kalau isteri tersebut memang rela dan redha nak bagi.

Suami tengah terdesak. Takkan tak nak tolong? Tak sampai hati pula!”

Eh, memanglah! Itu kan suami kita. Bukan orang lain. Tolonglah apa yang mampu. Tapi laraskan niat dengan strategi. Kena faham, ada orang boleh ditolong dengan pemberian. Ada yang perlu ditolong dengan pinjaman. Ada yang perlu ditolong dengan menahan segala bantuan!

Jadi nak buat apa?

Bila suami susah hati nak pakai duit, jangan terus bagi walaupun kita ada duit tu. Tunggu dulu. Buat-buat ikhtiarkan nak pinjam daripada siapa. Then masa bagi, pesan pada dia – ‘Duit orang ni, bang. Abang jangan lupa pulangkan balik tau.’ Suami ni, kalau dia tahu itu duit isteri dia, peluang nak dapat balik duit tu memang tipis. Tapi kalau dia anggap itu duit orang, dia serius sikit usaha nak bayar balik.”

Ini bukan menipu, inilah strategi. Ini muslihat seorang isteri demi membantu suaminya agar punya rasa tanggungjawab yang tinggi,

Perempuan yang bekerja, bolehlah ada duit sendiri. Yang surirumah sepenuh masa ni, mana nak dapat duit untuk menyimpan?”

Okey, ini juga memang alasan yang benar. Apatah lagi bagi suami yang tidak memberi duit belanja pada isteri. Tapi, cuba fikirkan situasi ini. Walau macam mana susah pun hidup, walau pun suami tidak memberi sejumlah duit secara khusus kepada isteri, rasanya hal ehwal berkaitan barang-barang dapur dan keperluan rumah masih diuruskan oleh isteri. Maka, pandai-pandailah isteri bermain dengan strategi di sini.

Terkejut Suami Bila Isteri Tak Kerja Boleh Beli Kereta Cash

Saya masih ingat perkongsian cerita seorang wanita yang menjadi surirumah sepenuh masa.

Tiap-tiap bulan, bila suami bagi duit dapur, akak tak gunakan semua. Akak jimat-jimat. Sesekali saja beli udang atau ikan yang mahal-mahal. Duit lebih akak simpan. Pernah sekali tu, akak beritahu suami nak beli kereta. Suami kata, tak ada bajet. Akak keluarkan duit simpanan akak, bayar cash. Terkejut dia!”

Nah, siapa kata suri rumah tidak boleh menyimpan? Sesuatu yang mustahil pun boleh menjadi kenyataan. The power of intention and strategy!

Betullah tu kata orang – duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya perlukan duit. Ramai yang stress dengan masalah ekonomi. Hutang banyak, tapi nafsu mahu beli itu ini juga menggebu-gebu. Sebagai isteri, pandai-pandailah kita memasang strategi untuk mengendalikan semua itu.

Zaman sekarang ni, semua isteri perlu ada duit sendiri. Dan saya sebenarnya sangat menyokong para isteri bekerja dari rumah. Boleh cari duit sambil jaga anak saja. Ada macam-macam cara untuk tambah duit poket sendiri. Boleh menjahit, bisnes online, buat kelas tuisyen di rumah dan sebagainya.

Kalau kita adalah seorang surirumah sepenuh masa, fikirkan sesuatu untuk membuat simpanan kita. Penting. Sangat penting!

Mengapa saya katakan begini? Kerana ia bukan soal berbelanja untuk dunia saja bahkan untuk akhirat kita.

Abang pergi masjid karang, nak kirim duit ya.”

Takpe. Abang memang selalu masukkan duit dalam tabung tu, niat untuk abang, untuk sayang dan untuk anak-anak semua.”

Mana sama! Bersedekah dengan ikhtiar daripada suami dengan ikhtiar daripada kita sendiri tentulah tak sama nilainya.

Wahai Kaum Wanita, Bersedekahlah!

Maka inilah SEBAB PALING UTAMA mengapa wanita perlu ada duitnya sendiri. Kerana Rasulullah telah pun berpesan kepada kita dengan satu pesanan yang sangat penting ini.

Wahai sekalian kaum wanita, bersedekahlah. Kerana telah diperlihatkan kepadaku bahawa sebahagian besar penduduk neraka adalah kalian.” (HR. Al-Bukhari no. 304)

Allahu Akbar! Semoga kita sama-sama boleh mengambil peringatan.

Carilah duit sendiri. Belajarlah berdikari. Kerana sesungguhnya wanita yang punya simpanan sendiri dan mampu berdikari hidupnya lebih mudah gembira dan dihargai oleh suami.

Carilah duit sendiri. Bersedekahlah. Kerana wanita yang selalu bersedekah pasti akan menempuh laluan hidup yang lebih mudah dalam meraih rahmat Allah.

Sumber/Foto : Nor

Jangan Lupa Komen

komen