Bahagianya jiwa mak ayah bila anak-anak dapat hafal Al Quran. Nak bagi usaha bantu anak menghafal jadi mudah sebenarnya ada cara dan tipnya.
Ini yang dikongsikan Motivator Al Quran, Ustaz Khairul Anuar Basri, apa yang mak ayah boleh buat dalam mendidik anak-anak kecil menghafaz Al Quran.
Ini 9 Tip Didik Anak Kecil Hafal Al Quran
1. Bagi anak-anak yang sudah tahu membaca Al-Quran, betulkan bacaan mereka mengikut tajwid. Ini sangat penting kerana hafazan yang pertama kali dibuat mengikut tajwid yang betul akan menyebabkan hafazan mereka tepat setiap saat dan tidak perlu usaha untuk memperbetulkannya lagi.
2. Setelah dibetulkan tajwid bacaan mereka, mula menghafal menggunakan teknik yang pelbagai. Mungkin mereka membaca sendiri berulang kali, atau mereka juga boleh dibantu oleh audio bersama-sama.
Ads
3. Peruntukkan masa dan target berapa ayat yang mesti dihafaz oleh anak-anak dalam sehari. Ibu bapa boleh memantau secara santai proses menghafaz mereka.
4. Uji hafazan (tasmik) anak-anak setiap kali selesai setiap sesi untuk memastikan mereka berjaya menghabiskan tugasan yang diberi.
Lagi Mudah Hafal Dengan Pasang CD Al Quran Dalam Kereta
5. Sebelum berpindah ke ayat yang baru, uji hafazan mereka yang terdahulu untuk memastikan mereka masih ingat. Ujian ini boleh diselangseli juga ketika perlu.
Ads
6. Untuk ulangkaji, gunakan juga CD dan pasang bila mana menaiki kereta. Biasanya, anak-anak secara automatik akan terus membaca bersama kerana mereka telah hafaz.
7. Bagi anak-anak yang belum mahir membaca, boleh gunakan CD sebagai alat bantuan menghafaz. Pastikan CD itu mempunyai bacaan yang standard panjang pendek harakatnya demi menjamin kualiti hafazan anak-anak.
Ads
8. Guna kaedah ulangan dan semakan (i’adah) yang sama seperti di atas untuk mengukuhkan hafazan.
9. Kaedah di atas akan lebih berkesan jika anak-anak turut didedahkan dengan pertandingan hafazan. Jadi, galakkan anak-anak untuk menyertainya walaupun bukanlah menjadi target untuk mendapat nombor teratas.
Luka jahitan bersalin memang perlu dijaga dengan betul agar ia cepat sembuh sekaligus mengelakkan risiko ia terbuka semula. Bahagian Miss V juga akan kembali cantik. Sebab tu, mak-mak yang baru lepas bersalin dinasihatkan agar menitikberatkan pemakanan, kebersihan dan cara berjalan.
Jururawat terlatih ini, Noor Shafinah Mamat terdetik berkongsi cara sebenar jaga luka bersalin, setelah jahitan pesakitnya terbuka pada hari ke 9 berpantang.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Disebabkan jahitan patient saya terbuka pada hari ke 9 berpantang, saya rasa baik saya share benda yang patut ibu-ibu jaga untuk make sure jahitan betul-betul sembuh pada waktunya, harap-harap tak jadi macam patient saya ni, ada gap pada benang tu. Tak kena jahit balik tapi seram la, dah tak lawa cik bunga kita ??”
1. Cuci Luka
Silalah baring. Lepas settle mandi/buang air, lap kering-kering pakai tisu gulung/tuala, lepas tu ambik masa baring dan anginkan luka sebelum letak ubat kuning dalam 5min. Lepas letak ubat kuning, anginkan lagi 5min. Saya beli kipas kecik senang nak keringkan tempat jahitan. Hair dryer boleh tapi bising sangat bunyi dia.
2. Spray Bottle
Beli dekat kedai 2 hinggit je botol spray kecik. Isi ubat kuning, nak guna spray je. Spray banyak, biar bahagian dalam lipatan jahitan tu pun kena. Ubat kuning kalau habis boleh mintak lagi dekat Klinik Kesihatan. Kalau pakai kapas dab dab, kadang-kadang tak kena tempat luka tu, macam saya la mula-mula. Beriya letak rupanya tak kena pun tempatnya. Tahu-tahu benang atas dah hilang.
3. Kurangkan Berjalan Tetapi Boleh Bersenam
semestinya. Kalau perlu sangat, tolonglah kepit macam tak bagi emas terlepas dari kepitan kaki. Lagi rapat kepit, lagi cepat daging cantum elok.Senaman kegel pun menggalakkan peredaran darah ke tempat luka ,luka lagi cepat sembuh~ uolss tau tak senaman kegel camane?? Tak tau pm tepi..hihihi
4. Tukar Pad 2-4 Jam Sekali
Kira dapat lagi selalu anginkan jahitan tu. Kalau anak meragam, buatlah kerap mana yang mampu. Tapi jgn tunggu 5-6 jam, cepatlah melecet nanti, tak masuk kuman lagi apa semua. Please elak.
5. Vitamin C, Zinc
Ambiklah extra Vitamin C. Macam saya tak boleh makan oren sunkist tu sebab perut meragam, saya ambik vit c tambahan untuk bantu pulih luka. Beli je ,asalkan kita cepat baik. Yang boleh makan oren, lagi baik. Cepat kering.
6. Air Garam
Ada kata garam ni cepatkan benang reput, ada kata cepatkan cantum luka, macam orang kata. So buatlah at least sekali sehari. Air garam pun saya masuk spray bottle senang terus spray je lepas buang air. Kalau dapat buat sitz bath lagi better.berendam ~
7. Buang Air – Elak Sembelit
Minum air cukup, makan buah & sayuran hijau & kalsium juga boleh mengelakkan sembelit ~ kalau susah nak minum susu,ambik je OSTEOMATRIX kalsium . Sembelit memang akan kacau tempat jahitan tu, takut terbuka. Jangan teran-teran sangat ye.
Ni je basic penjagaan luka jahitan yang misi boleh share. Yang tambah manjakani, asam keping etc tu optional, ikut keyakinan diri. Saya tak buat & tak sarankan sebab tahap kebersihan bahan-bahan tersebut diragui juga & sebab takut jadi jangkitan jugak. Sekian.
Ketika berdepan ujian rumahtangga, baik suami mahupun isteri bacalah wirid Al Mathurat pagi dan petang sampai doanya yang terakhir. Sebab rahsia hubungan mesra itu ada pada doa akhir Al Mathurat.
Setiap himpunan doa yang disusun oleh al-Imam As-Syahid Hasan Al-Banna berdasar dalil-dalil sahih ini adalah wirid dan doa harian yang menjadi amalan Rasulullah SAW.
Doa-doa yang terkandung dalam indah untuk melembutkan hati-hati yang sedia keras dan selalu saja berbolak balik. Bukankah manusia memang begitu sifatnya, sebab itu doa adalah senjata kita.
Untuk melindungi diri dari terpedaya dengan nafsu sendiri.
Dan ketika hati sedang PANAS dengan sikap suami atau isteri yang tak mengikut apa yang kita bayangkan, amalkanlah wirid ini untuk ketenangan hati diri sendiri.
Moga jiwa kita lebih lembut, lebih lunak menerima apa juga ujian yang tuhan berikan kepada kita.
Kenapa Doa Akhir Itu Rahsia MESRA Melekat Suami Isteri
√ Bacalah Sampai Doa Terakhir
Sebaiknya bacalah sampai doa terakhir dalam Al Mathurat. Kadangkala kerana mahu cepat, kita elakkan dari dari membaca wirid dan doa ini sampai habis. Terjemahan doa ini saja membaca makna yang cukup besar dalam menyatukan hati-hati insan yang dekat dengan pengamalnya.
√ Doa Untuk Satukan Hati Dan Saling Berkasih Sayang
Andai anda sedang berselisih dengan suami atau isteri, bacalah doa akhir ini kerana ia mampu menyatukan hati, mengeratkan lagi hubungan kasih sayang antara pasangan malah anak-anak.
√ Ini Terjemahan Doa Akhir
Dalam doa akhir yang suami isteri baca kelak, terjemahannya bermaksud begini :
Doa akhir al mathurat / Kredit foto : shafiqolbu.wordpress.com
* Masa baca bayangkan wajah suami atau isteri masing-masing. Jangan lupa sebut namanya dalam doa akhir ini.
Indahnya Bila Konsisten Baca Al Mathurat
Buat suami isteri yang masih belum biasa dengan wirid Al Mathurat ini sedikit keterangan untuk anda mudah faham.
√ Terdapat dua jenis yang boleh dibaca iaitu Sughra dan Kubra. Andainya anda diburu waktu, sudah memadai membaca jenis Sughra kerana surah pilihan dan doanya lebih ringkas.
√ Zikir, wirid dan doa yang terkandung di dalamnya menjadi senjata kekuatan jiwa seorang Muslim. Amalkan penuh konsisten di waktu pagi dan petang, insya-Allah akan ada perubahan yang besar dalam diri. Baik cara kita bertingkah laku, mahupun cara kita menyelesaikan satu-satu masalah.
√ Doa akhir ini dinamakan doa wirid rabitah (ikatan) yang dibaca untuk memohon dipereratkan jalinan hati. Bila dibaca beramai-ramai mohonlah agar ikatan hati menjadi lebih teguh. Jadi, bacalah bersama suami dan isteri serentak.
√ Ada banyak kelebihan bagi anda yang mengamalkan Al Mathurat. Jika anda berada di sebelah suami yang memandu, bacakanlah wirid dan doa harian ini. Biar suami di sebelah mendengar bacaan anda. Ikut tertibnya, jika perlu membaca tiga kali langsung habiskan seperti arahan pada buku Al Mathurat itu.
√ Ada bahagian wirid dan doa yang perlu diperhatikan dengan teliti. Terutama ketika membaca sebelah pagi atau petang kerana ada beberapa bahagian ayat perlu diubah ikut masa membacanya. (boleh rujuk pada buku Al Mathurat).
√ Suami isteri boleh membacanya sebaik selesai solat dhuha untuk sebelah pagi. Dan membacanya selepas solat asar untuk bacaan petang. Ini sekadar panduan mudah, apa pun terpulang pada kelapangan waktu suami isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Suami mesti jalankan tanggungjawab jadi pemimpin rumah tangga, jangan biar isteri jadi ‘nakhoda kapal.’ Dalam institusi perkahwinan, suami diberi tanggungjawab sebagai pemimpin rumah tangga. Peranan ini bukan sekadar gelaran, tetapi amanah besar yang memerlukan kebijaksanaan, tanggungjawab, dan keadilan.
Suami Mesti Jalankan Tanggungjawab Jadi Pemimpin Rumah Tangga
Namun, dalam realiti kehidupan moden, terdapat situasi di mana isteri terpaksa mengambil peranan sebagai ‘nakhoda kapal’ akibat kelalaian atau kelemahan suami dalam menjalankan tanggungjawab mereka. Keadaan ini boleh menimbulkan ketidakseimbangan dalam rumah tangga dan memberi kesan buruk kepada keluarga.
Tahun ini kita melihat terlalu banyak perceraian..atas sebab curang..atas sebab culas nafkah…..
Merisaukan kerana pasangan yang satu ketika seperti burung merpati terbang sejoli..kini memilih untuk membawa haluan masing-masing.
Lelaki..itu pemimpin…perempuan itu peneman…itu fitrahnya…sunyilah seorang pemimpin kalau hilang penemannya…tetapi kalau lelaki itu hilang sifat kepemimpinan…maka akan hilang juga penemannya…
Kerana yang mengikat antara pemimpin dan peneman adalah tanggungjawab..bukan cinta..bukan anak…tanggungjawab ke atas keluarga hadir bila seseorang itu tahu tanggungjawab dirinya terhadap Allah…
Suami perlu bangkit..memimpin..jangan biarkan isteri yang menjadi nakhoda kapal…dan isteri…belajar bersabar dan melepaskan segalah nafsu untuk mengemudi kapal kerana kalau kamu berterusan menjadi nahkoda akhirnya kamu akan lelah …
Bila suami lemah..isteri mula mengambil alih tugas suami..dan tanpa sedar kamu yg mengajar suami menjadi lemah..
Wahai lelaki dan perempuan…masing-masing ada roles ..jangan sesekali mengambil tugas masing-masing… tapi belajar cara membantu tanpa melepaskan tugas masing-masing..
Child Trauma seseorang akan membentuk sifat seseorang..dengan perkahwinan sebenarnya akan membantu berhadapan dengan trauma yang lepas..dua insan yang masing-masing mempunyai child trauma..berjumpa,,lalu berkahwin dan hidup bersama…masing-masing akan menjadi ‘defensive’ kerana mereka ini dalam survival mode.. maka belajarlah tentang trauma..memahami tentang child trauma sebenarnya akan membantu anda mengharungi hidup ini..terutama bila kita berpasangan..
Tahukan kamu kenapa isteri terlalu independent?..tahukah kamu kenapa suami terlalu dependant?
Ibu bapa sendiri mengajar..anak lelaki mencari pasangan yang berkarier…manakala anak perempuan di ajar supaya tidak bergantung dengan suami…bila asas hidup berumah tangga telah ‘sesat’..agak sukar untuk pasangan mempertahankan..
Nanti kita tengok berapa ramai perempuan akan tidak setuju dengan statement saya.dan berapa ramai lelaki trigger bila ditegur tentang sifat kepimpinan yang semakin pudar,.siapa yang tidak setuju ini sebenarnya ada child trauma yang masih tidak settle.. survival mode tinggi ..
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bayi 3 bulan maut dipercayai tertindih lengan bapa yang tidak bernyawa. Allahu isteri mana tidak sedih apabila mendapati bayi bongsu dan suaminya telah meninggal...