Ads

Cara Brisk Walk Untuk Kurus, Pastikan Konsisten 4-8 Minggu

Cara Brisk Walk
Cara Brisk Walk

Ambil peduli cara brisk walk dulu sebelum mula! Kalau nak tahu, brisk walk atau berjalan pantas memang antara senaman paling mudah tetapi sangat bermanfaat untuk wanita.

Bagus untuk turun dan kawal berat badan, menguatkan kaki dan bahagian bawah badan, malah cukup bagus untuk membantu tidur lena dan baiki mood swing.

Tetapi masih ramai yang kurang tahu macam mana cara brisk walk yang sepatutnya untuk jadi kurus.

Cara Brisk Walk Untuk Kurus

Cara Brisk Walk Untuk Kurus, Pastikan Konsisten 4-8 Minggu
Screenshot

Jom baca dan amalkan tip yang dikongsi oleh saudari Razowa ini, yang penting betulkan mana yang salah…

1. Jalan 30-45 Minit Sehari

Tempoh ini paling ideal untuk masuk “fat-burning zone”.
Kalau boleh buat minimum 5 hari seminggu (selang sehari kalau penat).

2. Gunakan Teknik

“Speed Up-Slow Down” iaitu teknik interval ringkas:
• 2 minit brisk walk laju
• 1 minit jalan perlahan
Ulang selama 30 minit

Ads

Kesan:
Tingkatkan pembakaran kalori & lemak

Cara Brisk Walk Untuk Kurus, Pastikan Konsisten 4-8 Minggu

3. Brisk Walk Sebelum Sarapan (Optional)

Brisk walk pagi sebelum makan bantu badan guna lebih lemak sebagai tenaga (kalau tak pening/gastrik)

4. Hayun Tangan, Tegakkan Badan

Ads

Postur betul = lebih otot digunakan = lebih kalori terbakar

5. Pantau Makanan Harian

Jangan brisk walk saja, tapi mash makan berlebihan

• Guna konsep: “Kalori keluar > kalori masuk” untuk kurus

Ads

6. Minum Air Secukupnya

Anda mungkin berminat dengan

• Air bantu kawal selera & bakar lemak
• Elak minuman manis lepas brisk walk!

Pastikan Konsisten 4-8 Minggu

Cara Brisk Walk Untuk Kurus, Pastikan Konsisten 4-8 Minggu

7. Konsisten 4-8 Minggu

• Lemak tak hilang dalam sehari, tapi usaha berterusan akan nampak hasil

• Ambil gambar dan ukur lilit badan setiap minggu, bukan timbang semata-mata.

Haaa.. dapat sesuatu? Selepas ini boleh usahakan untuk brisk walk dan betulkan cara kalau masih kurang tepat. Barulah berat badan akan berkurang!

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Ice Facial

Wanita Ini Kongsi Tip Buat Ice Facial, Bantu Masalah Pori Terbuka...

Selesa sebenarnya pilih ice facial untuk jaga kecantikan kulit, ini lebih selamat dan sedikit sebanyak membantu masalah kulit awal remaja dan mak-mak yang suka guna bahan alami.