Pengasuh di penjara 40 tahun, bayi 7 bulan meninggal selepas didera kejam.
Seorang bayi berusia tujuh bulan yang sepatutnya dibesarkan dalam suasana penuh kasih sayang menjadi mangsa penderaan kejam sehingga meragut nyawanya. Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun terhadap seorang wanita selepas didapati bersalah menyebabkan kematian bayi angkat yang berada di bawah jagaannya.
Mengikut fakta kes, polis menerima laporan daripada suami tertuduh yang memaklumkan anak angkat mereka tidak sedarkan diri. Sebaik tiba di rumah berkenaan, polis menemui mangsa dalam keadaan terlentang dan tidak bernyawa di atas katil bayi di sebuah bilik.
Ads
Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada muka serta hampir seluruh badan mangsa. Siasatan turut mendedahkan bayi itu dipercayai berulang kali didera dengan cara dicubit, ditampar dan digigit.
Lebih mengejutkan, tertuduh juga didakwa menghisap dadah jenis syabu sebelum menghembuskan asap ke dalam mulut bayi berkenaan.
Ads
Pengasuh Dipenjara 40 Tahun, Bayi 7 Bulan Meninggal Selepas Didera Dengan Kejam
Pendakwaan turut mengemukakan perbualan WhatsApp yang dihantar tertuduh kepada suaminya sebagai antara bukti kes. Dalam mesej itu, tertuduh menulis, “Aku kasi lebam budak itu separuh mati.”
Timbalan Pendakwa Raya, Wafa Zainal Abidin, ketika memohon hukuman berat berkata mangsa yang baru berusia tujuh bulan bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa untuk mendapatkan perlindungan, kasih sayang dan penjagaan.
“Pada usia itu, mangsa bergantung sepenuhnya kepada orang dewasa untuk mendapatkan perlindungan, kasih sayang dan penjagaan. Namun individu yang sepatutnya menjaga dan melindungi mangsa menjadi punca kepada penderitaan dan kematiannya.
“Hukuman yang dijatuhkan hendaklah memberi mesej jelas bahawa penderaan terhadap kanak-kanak sehingga mengakibatkan kematian tidak akan dipandang ringan oleh mahkamah,” katanya.
Sementara itu, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon hukuman diringankan dengan alasan mempunyai seorang anak orang kurang upaya (OKU) yang menghidap penyakit jantung selain mendakwa telah ditinggalkan suaminya.
Mahkamah bagaimanapun menjatuhkan hukuman penjara 40 tahun selepas mengambil kira keseluruhan fakta kes serta tahap kekejaman yang dilakukan terhadap mangsa. Kredit :- Sinar Harian / Bernama
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengawal keselamatan meninggal ketika tahiyat akhir, anak kongsi baap sangat cintakan rumah Allah. Pemergian seorang pengawal keselamatan ketika sedang menunaikan solat Isyak berjemaah di surau Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Taman Daya, Johor Bahru, Isnin lalu mengundang rasa sebak dalam kalangan masyarakat.
Allahyarham Abdul Malik Zakaria dilaporkan rebah dalam solat ketika berada dalam tahiyat akhir sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
Detik terakhir Allahyarham turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) surau berkenaan sebelum rakaman itu dikongsikan oleh anak saudaranya menerusi akaun TikTok, Snower Rewons.
Video tersebut kemudiannya tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi daripada warga maya yang tersentuh melihat pemergian Allahyarham ketika sedang menunaikan ibadah.
Menurut perkongsian keluarga, Allahyarham keluar bekerja seperti biasa pada hari kejadian demi mencari rezeki halal buat keluarga tercinta.
Tiada sebarang petanda yang menunjukkan hari tersebut bakal menjadi hari terakhir buat dirinya bersama insan-insan tersayang.
“Keluar bekerja mencari rezeki halal untuk keluarga, dan akhirnya kembali kepada Pencipta dalam keadaan yang sangat dicemburui ramai.
“Arwah rebah ketika tahiyat akhir solat Isyak, saat hati dan jasadnya sedang menghadap ALLAH SWT.
“Tiada siapa menyangka, sujud dan doa pada malam itu menjadi detik terakhir perjalanan hidupnya di dunia,” menurut perkongsian ahli keluarga.
Perkongsian itu pantas mendapat perhatian ramai yang turut menzahirkan rasa simpati dan mengirimkan doa buat Allahyarham.
Di sebalik pemergian yang menyentuh hati ramai itu, anak Allahyarham turut berkongsi sisi peribadi bapanya yang mungkin tidak diketahui ramai.
Menerusi ruangan komen, Noramalina mengucapkan terima kasih kepada semua yang menitipkan doa buat Allahyarham.
Baginya, pemergian bapanya meninggalkan seribu satu kenangan yang sukar dilupakan.
“Terima kasih kepada semua yang mendoakan arwah ayah saya. Semoga Allahyarham Abdul Malik Zakaria ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan bertakwa,” tulisnya.
Menurut Noramalina, antara perkara yang paling melekat dalam ingatannya ialah kecintaan bapanya terhadap rumah Allah.
Katanya, selagi diberikan kesihatan, Allahyarham akan berusaha untuk menghadirkan diri ke masjid atau surau berhampiran.
Bukan sekadar datang menunaikan solat berjemaah, malah arwah juga gemar membantu sekiranya ada perkara yang memerlukan tenaga atau sumbangannya.
“Antara perkara yang paling saya ingat tentang ayah ialah kecintaannya kepada rumah ALLAH. Selagi diberikan kesihatan, dia akan berusaha hadir ke masjid atau surau terdekat dan membantu sekadar termampu,” katanya.
Bagi Noramalina, bapanya juga merupakan seorang insan yang sangat mementingkan nilai hormat kepada ibu bapa serta sentiasa mendahulukan keluarga dalam apa jua keadaan.
“Ayah juga seorang yang suka membantu tanpa mengharapkan balasan, menghormati ibu bapa dan sentiasa mengutamakan keluarga,” katanya lagi.
Perkongsian itu mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen yang menyifatkan Allahyarham sebagai seorang insan yang meninggalkan kenangan baik kepada ahli keluarga dan masyarakat sekeliling.
Ruangan komen hantaran tersebut turut dipenuhi ucapan takziah serta doa daripada orang ramai.
Ada yang mengakui mereka tersentuh selepas menonton rakaman berkenaan, manakala ada juga yang mendoakan agar Allahyarham ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang beriman.
“Penutup cerita yang sempurna,” tulis seorang pengguna media sosial.
Seorang lagi berharap agar dirinya juga dikurniakan pengakhiran yang baik apabila tiba masanya nanti.
Pemergian Allahyarham Abdul Malik Zakaria bukan sahaja meninggalkan kesedihan buat keluarga, malah turut menyentuh hati ramai yang mengikuti kisah tersebut.
Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman serta dikurniakan rahmat dan keampunan Allah SWT.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Spekulasi mengenai hubungan penyanyi dan pelakon terkenal Bella Astillah bersama tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi perhatian ramai sejak mereka mengumumkan pertunangan pada Mac lalu.
Terbaharu, timbul pula dakwaan di media sosial yang mengatakan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2026, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan netizen.
Bagaimanapun, Bella Astillah tampil menjelaskan perkara sebenar dan menafikan khabar angin tersebut.
Menurut Bella Astillah, buat masa ini tiada sebarang persiapan perkahwinan dilakukan kerana fokus utama mereka ketika ini adalah menunggu keputusan rayuan akhir melibatkan Syed Saddiq yang dijadualkan pada 30 Jun ini.
Penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu berkata, soal perkahwinan bukan keutamaan pada masa sekarang kerana terdapat perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian terlebih dahulu.
Ketika ditemui pada Konsert Bintang Universe: The Dimension di UiTM Shah Alam, Bella Astillah menjelaskan bahawa segala perancangan berkaitan majlis perkahwinan akan dibincangkan selepas keputusan mahkamah diketahui.
Menurut Bella Astillah, beliau dan Syed Saddiq sepakat untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan kes yang sedang dihadapi oleh tunangnya itu.
“Persiapan kahwin? Tunggu selepas 30 hari bulan nanti baru saya fikirkan. Sekarang ini kami lebih fokus tentang keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq. Jadi sama-sama kita doakan.
“Kita fokus mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Biarlah semua kes mahkamah berakhir dulu baru kita fikirkan tentang persiapan perkahwinan.
“Saya percaya ramai orang di luar sana yang mendoakan. Doa-doa kalian itu jauh lebih penting,” katanya.
Kenyataan Bella Astillah itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Dalam masa sama, Bella Astillah turut menafikan dakwaan yang mendakwa beliau dan Syed Saddiq memilih tarikh 26 Jun sebagai hari pernikahan mereka.
Menurut Bella Astillah, tiada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis pada tarikh tersebut seperti yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan berkaitan perkahwinan hanya akan dibuat selepas segala urusan mahkamah melibatkan Syed Saddiq selesai sepenuhnya.
“Tiada istilah nak kahwin ikut tarikh yang cantik. Seperti saya katakan, kita semua menunggu kes mahkamah YB Syed Saddiq selesai dulu,” jelas Bella Astillah.
Penjelasan tersebut disambut baik oleh peminat yang rata-ratanya memahami situasi yang sedang dihadapi pasangan berkenaan.
Ramai turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan berakhir dengan baik.
Untuk rekod, Mahkamah sebelum ini menetapkan 30 Jun sebagai tarikh keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada beberapa pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
Kes tersebut melibatkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Sebelum ini, pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Syed Saddiq dan mengetepikan sabitan serta hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada November 2023.
Keputusan tersebut menyaksikan Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan daripada hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.
Bagaimanapun, sehari selepas keputusan itu diumumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Disebabkan itu, keputusan yang bakal diumumkan pada penghujung Jun ini menjadi tumpuan ramai termasuk penyokong, ahli keluarga dan sahabat rapat beliau.
Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq sering menjadi perhatian sejak kedua-duanya mula dilihat rapat dalam pelbagai program dan kempen sebelum ini.
Kemuncak hubungan mereka apabila pasangan itu mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.
Berita pertunangan tersebut disambut gembira oleh ramai peminat yang mengikuti perkembangan mereka sejak awal.
Malah, ramai melihat hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq sebagai satu pasangan yang saling menyokong antara satu sama lain ketika berdepan cabaran hidup masing-masing.
Atas sebab itu, tidak hairanlah setiap perkembangan berkaitan pasangan ini sentiasa menjadi perhatian netizen.
Walaupun sering dihimpit spekulasi mengenai perkahwinan, Bella Astillah dilihat memilih pendekatan yang lebih tenang dan matang dalam menguruskan perhatian umum terhadap hubungan mereka.
Bagi Bella Astillah, perkara paling penting ketika ini ialah memastikan segala urusan yang melibatkan Syed Saddiq dapat diselesaikan terlebih dahulu.
Beliau juga menghargai setiap doa dan sokongan yang diberikan oleh peminat sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Apa yang pasti, buat masa sekarang, fokus utama pasangan tersebut bukanlah persiapan majlis perkahwinan, sebaliknya menantikan keputusan penting yang bakal menentukan perjalanan hidup mereka pada masa hadapan.
Bukan sesuatu yang baharu kalau cerita soal naluri isteri, jangan mengelak dan tak perlu beriya nak sorokkan sebab suatu masa tetap akan diketahui. Inilah kisah yang segelintir isteri lalui, bermula dengan rasa tak sedap hati dan membawa kepada kebenaran yang cukup berat untuk ditelan.