
Kanak-kanak perempuan 3 tahun positif dadah, termakan gula-gula ganja di rumah pengasuh. Seorang kanak-kanak perempuan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah pengasuhnya di mana ia kemudian membongkar bahawa kanak-kanak kecil itu positif ganja.
Kejadian ini terjadi selepas dirinya termakan gula-gula ganja milik pempengaruh media sosial yang membelinya di negara jiran dan memakannya sebelum ditemui tidak sedarkan diri.
Kanak-Kanak Perempuan 3 Tahun Positif Dadah

Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar berkata, hasil siasatan awal mendapati gula-gula itu dibeli oleh suspek lelaki berusia 39 tahun yang tinggal bersama ibunya yang juga pengasuh kepada mangsa.
“Suspek mendakwa membeli gula-gula itu dari negara jiran sebelum menyimpannya di dalam peti sejuk di rumah ibunya.
“Bagaimanapun, tanpa disedari kanak-kanak berkenaan yang gemar memakan gula-gula telah mengambil dan memakannya sebelum mangsa didapati tidak sedarkan diri,” katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Termakan Gula-Gula Ganja Di Rumah Pengasuh

Dzulkhairi berkata, mangsa tidak sedarkan diri walaupun telah beberapa kali dikejutkan, menyebabkan kanak-kanak itu segera dibawa ke hospital untuk rawatan.
Beliau berkata, semasa serbuan yang dijalankan di rumah suspek, gula-gula yang dimaksudkan tidak ditemui.
Pada Rabu, media melaporkan seorang lelaki yang juga pempengaruh media sosial ditahan bagi membantu siasatan kes seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang positif dadah jenis tetrahydrocannabinol atau ganja.
Anda mungkin berminat dengan
Dzulkhairi dilaporkan berkata suspek yang juga anak kepada pengasuh kanak-kanak berkenaan direman tujuh hari bermula 16 April sebelum disambung lima hari lagi hingga Isnin ini bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

