Dalam hubungan keluarga, biasanya seorang emak memang lebih sayangkan menantunya.
Akan nampak perbezaan ketara layanan emak pada menantu dan anaknya sendiri. Bukan tidak sayang tetapi ada sebabnya.
Haaa… nak tahu kenapa?
Ini Punca Emak Lebih Sayangkan Menantu
Pertama kena beli jiwa dulu. Sebab anak kalau sudah bergaduh dengan emak, dia tetap akan balik ke rumah emaknya kerana itu emak dia.
Tetapi menantu kalau sudah bergaduh dengan mertua, dia tidak akan balik, malah dengan cucu-cucu sekali tidak akan balik.
Ads
Tunjuk Contoh Yang Baik
Dan sebab lain adalah untuk tunjuk contoh yang baik kepada anak-anaknya sendiri. Maklumlah, menantu dididik dan dibesarkan dari keluarga berbeza.
Jadi pastinya akan ada ujian yang Allah hantar, dari segi perbezaan pemikiran dan cara. Bab ini, masing-masing kena saling menghormati dan pandai bawa diri.
Ads
Maka sebab itu mertua yang baik, dia akan lebihkan menantu. Ya, berat untuk emak bertindak begitu tetapi hanya emak yang berfikiran jauh sahaja sanggup buat macam ini.
Yang pernah lalui dia akan faham situasi ini, jadi raikan cara seorang emak lebihkan menantunya ya. Jangan cari pasal!
Hilang kata-kata, tidak layak menasihati mak ayah kepada adik Khairil Izani untuk bersabar dalam situasi ini. Namun macam mana pahit pun sebuah kenyataan, tetap kena kuat menghadapi dugaan kehilangan anak sulungnya.
Selepas tiga hari operasi mencari, akhirnya adik Khairil Izani Khaizalullinudin, 10, yang dipercayai lemas selepas dihanyutkan arus deras di Bandar Puncak Alam terungkai apabila mayatnya ditemukan di tebing sungai, Sungai Buloh pada Khamis.
Menerusi portal Sinar Harian, mayat mangsa ditemui terapung sebelum disedari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Saujana Utama yang melakukan pencarian di lokasi terbabit.
Ketua Zon 7 Selangor Utara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Samsol Maarif Saibani berkata, mangsa yang dilaporkan hilang pada Selasa ditemukan pada jam 1 tengah hari.
“Pasukan bomba PPDA bersama PBS Saujana Utama telah menemui mangsa di Sungai Buloh menghala ke Ijok selepas memulakan pencarian dari pusat kawalan bomba (PKB).
“Pencarian bermula dari parit berhampiran Masjid Taman Alam Jaya sebelum bergerak kira-kira lima kilometer sehingga ke sungai berkenaan,” katanya .
Beliau berkata, secara keseluruhan, jarak dari lokasi mangsa dilaporkan jatuh dianggarkan sekitar 10 kilometer.
“Mangsa ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian, masih berbaju cerah dan memakai seluar hitam,” katanya.
Beliau berkata, mayat mangsa akan dibawa ke Unit Forensik Hospital UiTM bagi tujuan bedah siasat.
“Kes telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.
Bukan mudah untuk terima berita ini, namun sekurang-kurangnya jasad ditemui. Apa pun, semoga mak ayah adik Khairil Izani tabah hadapi ujian Allah dan arwah di tempatkan di kalangan orang beriman.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
51 keping emas selain beg berjenama antara dirampas dari pendakwah bebas, disyaki seleweng dana Ngo RM12.3 juta.
Jika sebelum ini tiga individu dana zakat diseleweng sebuah individu dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (Ngo) bernilai RM230 juta, semalam seorang lagi pendakwah yang popular di platform Tik Tok antara ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas dipanggil memberi keterangan semalam.
51 keping emas, wang tunai, barangan kemas, mata wang asing dan antara yang disita SPRM susulan penahanan pendakwah bebas yang disyaki terbabit penyelewengan dana Ngo RM12.3 juta.
Pendakwah ini dikatakan sering membuat perkongsian agama di Tik Toknya saban hari direman lima hari hingga 26 April untuk siasatan penyelewengan dana sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mana dia adalah pengerusinya.
Menurut sumber, SPRM menyita wang tunai sebanyak RM6,576; mata wang asing 95,568 Riyal dan SGD795; tiga unit jam tangan bernilai RM5,000 dan tiga unit beg tangan berjumlah kira-kira RM3,000.
“Turut disita adalah lima unit gelang tangan berjumlah kira-kira RM26,000; sebentuk cincin berjumlah kira-kira RM2,000; satu unit rantai berjumlah kira-kira RM7,000 dan 51 keping emas seberat 1 gram berjumlah kira-kira RM31,000.
Memetik laporan Harian Metro, pendakwah ini dipercayai menyalahgunakan jawatannya dan bersubahat bersama dua ahli jawatankuasa yang lain dengan memindahkan wang berjumlah kira-kira RM12.3 juta ke dalam akaun bank miliknya dan lapan lagi syarikat yang juga miliknya,” katanya.
Terdahulu, kebenaran tahanan reman dikeluarkan Majistret Sara Afiqah Zulkifli selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Seremban hari ini selepas menerima permohonan SPRM.
Lelaki berusia 30-an itu ditahan 8 malam semalam, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Negeri Sembilan.
Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awgkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail dilapor berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.
Masalah sakit belakang bukan sekadar mengganggu rutin harian, malah boleh menjejaskan hubungan suami isteri.
Ramai pasangan memilih menahan diri kerana bimbang kesakitan bertambah, sedangkan dengan pendekatan yang betul, hubungan intim masih boleh dilakukan dengan selesa.
Menurut pakar, memilih posisi hubungan suami isteri yang sesuai sangat membantu mengurangkan tekanan pada tulang belakang dan otot.
Paling penting, setiap pasangan perlu memahami keadaan tubuh masing-masing kerana tiada satu posisi sesuai untuk semua.
Lelaki Bangladesh kahwini wanita lumpuh berusia 69 tahun sebelum dipercayai mempergunakan isterinya untuk mendaftarkan tiga syarikat yang dikaitkan dengan kegiatan menyediakan permit kerja palsu kepada warga asing.