
Suami Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar Mohd. Nazir masih ditidurkan dan kini berada di bawah pemantauan doktor di unit rawatan jantung (CCU), Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Suami Amyza Aznan Masih Ditidurkan

Menurut Amyza, 50, doktor sudah mengurangkan sedikit bantuan extubate (mengeluarkan tiub penafasan) pada suaminya dan menunjukkan perkembangan positif dengan sedikit pergerakan tangan.
“Keadaan dia masih ditidurkan lagi, cuma doktor dah kurangkan extubate dia sikit. Jadi, dia boleh buka mata dan juga ada pergerakan tangan.
“Cuma doktor tak boleh nak extubate 100 peratus lagi sebab jantung dia lemah. Itu saja,” katanya.
Cuma Dah Kurangkan Extubate Sikit

Amyza bagaimanapun memaklumkan suaminya masih belum dipindahkan ke wad biasa dan masih dirawat di CCU.
“Belum masuk wad biasa lagi, dia masih berada unit rawatan jantung HKL, di bawah pemantauan doktor.
“Tiada orang jaga dia, sebab di CCU tak dibenarkan. Kalau nak melawat pun ada waktunya iaitu tengah hari dan petang.
“Jururawat dan doktor yang mandikan dia, tukar pampers serta lakukan semuanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Amyza berkata, jadualnya kini agak padat termasuk perlu menguruskan hal-hal berkaitan keluarga, latihan untuk Kilauan Emas dan sesi rawatan buat anak keduanya, Adrian Adam yang kini menghidapi kanser tulang.
“Sekarang ini jadual memang terlalu padat dengan Adrian punya rawatan selain nak fokus hal-hal di rumah dan kerja-kerja lain.
“Macam Kilauan Emas ini tak ada masalah, kelas sekejap saja pun. Tapi urusan lain, rawatan Adrian semua itu yang mengambil masa banyak, jadi tak berkesempatan sangat untuk lari ke hospital,” ujarnya lagi.
Anda mungkin berminat dengan
Sebelum ini, Amyza berkongsi khabar duka tentang keadaan suaminya yang sedang berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan di HKL akibat paru-paru berair dan tekanan darah tinggi.
Untuk info, Khairil pernah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) pada Disember 2017 akibat serangan jantung. Kemudian pada Disember 2023, Amyza berkongsi dia terpaksa membuat keputusan sukar untuk menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas.
Sumber: Kosmo!

download sekarang!
