Malangnya nasib wanita, Mahkamah Pakistan bebaskan perogol selepas kahwini mangsa. Kes rogol agak sukar untuk didakwa di Pakistan, di mana wanita sering dianggap sebagai warganegara kelas kedua.

Begitulah yang berlaku di Peshawar apabila Mahkamah Pakistan membebaskan seorang perogol selepas dia mengahwini mangsanya dalam satu penyelesaian yang diurus oleh majlis orang tua, kata peguamnya.

Malangnya Nasib Wanita, Mahkamah Pakistan Bebaskan Perogol

Seperti mana yang dipetik menerusi laporan AFP, keputusan tersebut juga telah menimbulkan kemarahan aktivis hak asasi manusia, yang mengatakan ia menghalalkan keganasan seksual terhadap wanita di negara di mana majoriti kes rogol tidak dilaporkan.

Sebelum ini seorang lelaki, Dawlat Khan, 25, dijatuhi hukuman penjara seumur hidup pada Mei oleh Mahkamah Rendah di daerah Buner di wilayah Khyber Pakhtunkhwa kerana merogol seorang wanita pekak.

Dawlat dibebaskan dari penjara baru-baru ini selepas Mahkamah Tinggi Peshawar menerima penyelesaian di luar mahkamah yang dipersetujui oleh keluarga mangsa rogol.

Menurut peguam Khan, Amjad Ali;

“Perogol dan mangsa adalah daripada keluarga besar yang sama.

“Kedua-dua keluarga telah berbaik semula selepas persetujuan dicapai dengan bantuan jirga (majlis tradisional) tempatan,” katanya seperti mana dilaporkan AFP.

Sebelum ini, Khan ditahan selepas mangsa yang belum berkahwin melahirkan bayi awal tahun ini, dan ujian paterniti membuktikan dia adalah bapa kandung bayi berkenaan itu.

Malangnya Nasib Wanita, Mahkamah Pakistan Bebaskan Perogol Selepas Kahwini Mangsa

Wanita Dianggap Warganegara Kelas Kedua

Hakikatnya, kes rogol sukar untuk didakwa di Pakistan malah  wanita juga sering dianggap sebagai warganegara kelas kedua.

Menurut Sel Bantuan Guaman Asma Jahangir — kumpulan yang menyediakan bantuan guaman kepada wanita — kadar sabitan adalah lebih rendah daripada tiga peratus kes yang dibawa ke perbicaraan.

Beberapa kes dilaporkan kerana stigma sosial yang berkaitan, manakala kelengahan semasa penyiasatan, amalan pendakwaan yang buruk, dan penyelesaian di luar mahkamah juga menyumbang kepada kadar sabitan yang teruk.

“Ini secara tidak langsung menunjukkan kelulusan mahkamah terhadap rogol dan bantuan kepada perogol dan mentaliti rogol.

“Ia bertentangan dengan prinsip asas keadilan dan undang-undang negara yang tidak mengiktiraf pengaturan sedemikian,” kata Imaan Zainab Mazari-Hazir pula yang juga seorang peguam dan aktivis hak asasi manusia mengenai keputusan Mahkamah Peshawar.

Menurut Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan di Twitter, rogol adalah kesalahan yang tidak boleh dikompaun yang tidak boleh diselesaikan melalui perkahwinan ‘kompromi’ yang lemah.

Untuk pengetahuan, di luar bandar Pakistan, majlis kampung yang dikenali sebagai jirgas atau panchayat terdiri daripada orang tua tempatan yang memintas sistem keadilan, walaupun keputusan mereka tidak mempunyai nilai undang-undang.

Baca Sini : ‘Budak 14Tahun DiRogol Penceramah Bebas.” Manusia Jenis Apa, Sanggup Ambil Kesempatan Atas Kanak-Kanak

Baca Disini : Digelar Switzerland Of Pakistan, SWAT Lokasi Pelancongan Cantik Di Dunia Musnah Dalam Banjir Besar

Sumber : AFP . Harian Metro

Sumber Foto : CANVA

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI