Tergamak seorang ayah yang sepatutnya menjadi pelindung, namun mendera anak sendiri sehingga maut malah selamba menanam mayat anak sendiri di tepi jalan untuk menutup jenayah yang dilakukan.

Seorang bapa ditahan kerana disyaki mendera anaknya hingga meninggal dunia sebelum menanam mayat kanak-kanak itu berhampiran sebuah tempat riadah, di sini bagi menyembunyikan perbuatannya, semalam.

Perbuatan kejam suspek itu terbongkar selepas polis menerima aduan isteri suspek pada Jumaat lalu memaklumkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun didera oleh suaminya.

Anak Keadaan Lemah & Keluar Darah

Isteri suspek yang juga seorang warga asing berusia 41 tahun membuat laporan selepas mendapati anak yang berusia sembilan tahun dalam keadaan lemah dan darah keluar dari mulutnya sebaik pulang bekerja kira-kira jam 7 malam, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku di kediaman keluarga itu di Jalan Pudu di sini, dan pengadu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan mendakwa suaminya ada memukul anaknya itu kira-kira jam 12 tengah malam pada hari kejadian.

Sebaik menerima aduan, sepasukan anggota polis bersama pengadu ke rumah suspek untuk mengambil anaknya yang ditinggalkan namun anak serta suaminya tiada di rumah.

Berikutan itu, pihak polis menjalankan usaha mengesan suspek sebelum dia berjaya dikesan dan ditangkap di Jalan Pasar Pudu di sini, semalam.

Mengaku Tanam Mayat Anak Tepi Jalan

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya,, hari ini mengesahkan kejadian dan memaklumkan suspek, seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun ditahan kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Katanya, hasil soal siasat ke atas suspek yang juga seorang penganggur, mengaku menanam mayat anaknya di tepi jalan Taman Dusun Bandar, Jalan Bellamy di sini.

Suspek kini direman tujuh hari dan siasatan yang dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Dalam pada itu, Noor Dellhan meminta orang ramai terutama ahli keluarga atau jiran supaya sentiasa peka dan segera melaporkan sebarang kes dera yang berlaku dalam kalangan ahli keluarga atau jiran masing-masing.

Mesti Baca:Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!
Baca Lagi Di Sini:Enggan Rujuk Semula Dengan Bekas Suami, Wanita Mati Dibunuh!

Mingguan Wanita: Semoga ayah ini mendapat pembalasan yang setimpal atas jenayah yang dilakukan.

Sumber: Hmetro

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI