Ads

Gara-Gara Isteri Muat Naik Video Lama, Bongkar Suami Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux

Gara-gara isteri muat naik video lama, bongkar suami warga Pakistan guna logo JIM pada Hilux.

Seorang lelaki warga Pakistan ditahan selepas sebuah kenderaan menggunakan logo Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) serta dilengkapi lampu mata arah yang digunakan warga asing tular di media sosial.

Lelaki terbabit dipercayai individu dalam video tular berkenaan dan berjaya dikesan menerusi Operasi Khas JIM pada Ahad lalu.

Gara-Gara Isteri Muat Naik Video Lama, Bongkar Suami Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Inilah Hilux menggunakan logo JIM milik warga asing

Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux

Susulan maklumat mengenai video tersebut, satu Operasi Khas dilaksanakan Pasukan Taktikal Khas (PASTAK), Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya pada Ahad lalu.

Menariknya, hasil siasatan awal JIM mendapati video tersebut sebenarnya dirakam pada April 2025 sebelum dimuat naik ke status WhatsApp oleh isteri individu terbabit pada 7 Ogos lalu ketika wanita itu berada di Indonesia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, operasi kira-kira jam 4.30 petang itu dijalankan di PV3 Platinum Hill Condominium, Setapak dan Jalan Kuching, Kuala Lumpur.

Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Gara-gara isteri memuat naik gambar di media sosial, membongkar warga Pakistan ini memasang logo JIM pada Hilux dinaikinya
Lelaki Pakistan Ditahan Di Setapak

Hasil pemeriksaan dan serbuan di sebuah premis di Setapak, pasukan operasi berjaya menahan lelaki Pakistan yang dipercayai individu dalam video tular berkenaan.

Ads

Pemeriksaan lanjut di premis sama turut menemukan seorang wanita warga Indonesia yang didapati tinggal lebih masa di negara ini.

Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Kes ini turut membawa penahanan warga Indonesia dan Pakistan yang tinggal lama di negara ini
Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Imigresen turut menahan warga asing di kondominium tersebut yang tinggal tanpa permit sah

JIM turut menemukan dua naskhah pasport Indonesia yang dipercayai milik individu lain dalam milikan lelaki Pakistan terbabit.

Menurut Zakaria, lelaki itu ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 12(1)(f) Akta Pasport 1966 dan Akta Imigresen 1959/63, manakala wanita Indonesia berkenaan ditahan di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Hilux Dikesan Di Kedai Cuci Kenderaan

Susulan tangkapan tersebut, pasukan operasi kemudian mengesan Toyota Hilux bernombor pendaftaran VLH8773 yang dipercayai digunakan dalam video tular itu.

Ads

Kenderaan tersebut ditemukan di sebuah kedai cuci kenderaan di Jalan Kuching, Kuala Lumpur sebelum pemilik sebenarnya yang juga seorang lelaki warga Pakistan ditahan.

Hasil siasatan awal mendapati pemilik kenderaan mengakui memasang logo JIM dan lampu mata arah pada Hilux tersebut sekadar untuk kegunaan peribadi tanpa sebarang tujuan rasmi.

Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Inilah kenderaan Hilux yang memaparkan logo pada kenderaan dimiliki warga asing

Dia turut mendakwa tidak mengetahui perbuatannya merupakan satu kesalahan di sisi undang-undang dan memaklumkan logo JIM serta lampu mata arah berkenaan telah dibuang sebelum video itu kembali tular.

Ads
Lapan Pekerja Warga Asing Turut Ditahan

Anda mungkin berminat dengan

Pemeriksaan di kedai cuci kenderaan itu turut membawa kepada penahanan lapan lelaki warga asing yang bekerja di premis berkenaan, terdiri daripada empat warga Bangladesh, tiga warga Pakistan dan seorang warga India.

Pemilik Hilux ditahan kerana dipercayai melakukan kesalahan di bawah Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, manakala lapan pekerja berkenaan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta sama.

Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Lapan warga asing turut ditahan hasil serbuan di lokasi kejadian
Warga Pakistan Guna Logo JIM Pada Hilux
Warga asing ditahan tidak memiliki permit tinggal sah di negara ini

Kesemua individu yang ditahan bersama kenderaan terbabit dibawa ke Pejabat Imigresen untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Zakaria menegaskan JIM tidak akan berkompromi terhadap sebarang penyalahgunaan logo atau identiti jabatan yang boleh mengelirukan orang ramai atau menjejaskan imej dan integriti jabatan.

 

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

TOMEI

Wanita dan TOMEI Tidak Dapat Dipisahkan, Bukan Sekadar Hiasan Tetapi Lambang...

Ternyata wanita dan TOMEI memang tidak dapat dipisahkan, terletak elok apabila digayakan menjadikan seseorang penampilan tampak mempersonakan dan lebih manis dengan rekaan eksklusif.