Ads

Suri Rumah Kalau Tiba-tiba Rasa Kosong & Cepat Penat, Wajib Ubah Rutin Segera Sebelum Parah!

Suri Rumah
Suri Rumah

Kalau anda suri rumah dan tiba-tiba rasa selalu kosong, otak cepat penat, serabut 24 jam dan benda simple pun cepat lupa, ini boleh jadi mental anda sudah overload.

Suri Rumah Kalau Tiba-tiba Rasa Kosong & Cepat Penat

Suri Rumah Kalau Tiba-tiba Rasa Kosong & Cepat Penat, Wajib Ubah Rutin Segera Sebelum Parah!

Haaa… nak bagi pulih semula, cuba buat 17 rutin seperti yang dikongsikan Puan ikin ini untuk hidupkan balik diri anda dan rasa lebih baik.

BACA ARTIKEL: Wanita Bekerja VS Suri Rumah, Ada Kurang, Ada Lebih, Janganlah Bandingkan

Ads

1. Bangun pagi jangan terus scroll phone.
2. Minum air kosong dulu sebelum buat kerja rumah.
3. Jemur diri kena cahaya matahari pagi 10-15 minit.
4. Makan on time, jangan asyik skip makan.
5. Jalan kaki walaupun dalam kawasan rumah. Bagus pijak rumput pagi dengan kaki. Bagi kaki rasa fresh air embun.

Wajib Ubah Rutin Segera Sebelum Parah!

Suri Rumah Kalau Tiba-tiba Rasa Kosong & Cepat Penat, Wajib Ubah Rutin Segera Sebelum Parah!

Itu sahaja ke? Tidak, anda ada lagi beberapa cara lain yang mungkin cukup membantu, jom sambung baca:

Ads

6. Kurangkan overstimulate diri dengan terlalu banyak konten media sosial.
7. Dengar lagu yang tenangkan fikiran & mood.
8. Tidur cukup walaupun susah nak tidur awal.
9. Jangan simpan semua benda dalam kepala. Tulis dekat buku.
10. Ambil masa bersiap walaupun duduk rumah. At least pakai liptink & perfume.
11. Kurangkan multitask terlalu banyak benda serentak.
12. Berborak dengan orang yang buat anda rasa selesa.
13. Rehat tanpa fikirkan orang lain sekejap.
14. Buat benda yang anda suka walaupun 10 minit sehari.
15. Makan lebih banyak real food dan kurangkan junk food.
16. Berhenti bandingkan hidup anda dengan orang dekat media sosial.
17. Doa dan bagi diri sendiri ruang untuk heal perlahan-lahan.

Suri Rumah Kalau Tiba-tiba Rasa Kosong & Cepat Penat, Wajib Ubah Rutin Segera Sebelum Parah!

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Nampak benda ini kecil tetapi kalau anda biarkan, suri rumah boleh kena anxiety dan kurang yakin nak bersembang dengan orang ramai.

Paling penting, suami kena mainkan peranan dan jangan buat-buat tidak tahu macam mana nak selesaikan masalah yang isteri alami. Semoga rumah tangga kalian lebih harmoni dan kembali bahagia walau sudah lebih 10 tahun berkahwin.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain