
Siapa sangka, latihan berbasikal untuk menyertai acara Powerman Malaysia dan Lekas Ride 2026 bertukar jadi sebuah tragedi selepas dirempuh kereta di Kilometer 9.0 Jalan Persiaran Selatan.
Latihan Berbasikal Bertukar Jadi Tragedi

Dalam kejadian kira-kira 10.15 malam itu, Mohd Hilmi Tahar, 48, dan Syazwan Zharif Abdul Karim, 30, disahkan maut di lokasi kejadian.
Shaqira berkata, suaminya Syazwan Zharif dan Mohd Hilmi adalah rakan sekerja serta selalu berbasikal bersama.
“Suami selalu berbasikal dengan rakannya itu (Mohd Hilmi) dan pada hari kejadian sepatutnya ramai (rakan lain) tetapi ada yang tidak boleh (sertai) jadi mereka berdua saja (berbasikal semalam).
Menurutnya, suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang ceria, periang, peramah dan mempunyai ramai kawan itu memang minat berbasikal.
Sedih dengan apa yang berlaku namun Shaqira menyerahkan siasatan kes kemalangan menimpa suaminya itu kepada pihak polis.
Itu Malam Terakhir Isteri Mangsa Jumpa Suaminya

Menurut isteri salah seorang daripada dua lelaki berbasikal yang maut, Shaqira, 30, kali terakhir dia jumpa suaminya pada 8.30 malam (sebelum mangsa keluar untuk berbasikal).
Jenazah Syazwan Zharif akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Kuching, Sarawak dengan urusan membawa pulang jenazah dibantu Rumah Anak Sarawak melalui penerbangan. Jenazah Syazwan Zharif dituntut waris pada 2.08 petang tadi selepas selesai proses bedah siasat.
Terdahulu media melaporkan, dua penunggang basikal maut akibat kecederaan parah di bahagian muka dan kepala selepas dilanggar sebuah kereta dalam kejadian di Persiaran Selatan.

Anda mungkin berminat dengan
Siasatan awal mendapati pemandu kereta terbabit dipercayai mengubah haluan dari lorong tengah ke lorong kiri sebelum melanggar kedua-dua mangsa.
Hilang kata-kata dengan apa yang berlaku, sekelip mata hilang insan tersayang. Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman dan soleh.
Info kemalangan: Media Sosial
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

