Ads

Irene Sofiya ‘Diambil Nyawa’ Kerana Cinta Ditolak, Ibu Ayah Tolong Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini

Irene Sofiya
Irene Sofiya

Hari ini pihak polis tidak menolak motif Irene Sofiya Khairool Faisal, 16, di sebuah sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, dibunuh kerana perasaan dendam termasuk berkaitan penolakan cinta.

Sedih. Tetapi inilah realiti yang telah berlaku. Cinta tidak semestinya berakhir dengan memiliki. Namun, penolakan juga tidak sepatutnya berakhir dengan kematian.

Irene Sofiya ‘Diambil Nyawa’ Kerana Cinta Ditolak

Irene Sofiya 'Diambil Nyawa' Kerana Cinta Ditolak, Ibu Ayah Tolong Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini

Memetik laporan Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad menerusi portal Sinar Harian, motif berkenaan masih diperhalusi menerusi siasatan yang sedang dijalankan.

“Polis percaya motif pembunuhan adalah akibat perasaan dendam suspek terhadap mangsa termasuk berkaitan penolakan cinta suspek dan menjalinkan hubungan dengan kawan baik sendiri.

“Bagaimanapun, perkara ini akan diperhalusi dalam siasatan yang masih dijalankan,” katanya.

Beliau berkata suspek lelaki berusia 16 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan merupakan rakan sekelas mangsa dan setakat ini tiada individu lain dikenal pasti terlibat.

Polis Rampas Batang Besi

Irene Sofiya 'Diambil Nyawa' Kerana Cinta Ditolak, Ibu Ayah Tolong Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini

Beberapa siri rampasan dan penemuan barang kes di sekitar Yong Peng, termasuk sebatang besi sepanjang kira-kira 96 sentimeter yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa.

Katanya, batang besi itu dibaluti tali leher berwarna biru pada bahagian hujung, dipercayai dijadikan sebagai pemegang untuk memukul mangsa.

“Berdasarkan laporan bedah siasat, kita percaya pukulan mengenai bahagian kepala, tetapi terdapat juga kesan pukulan pada badan, tangan dan beberapa anggota tubuh mangsa,” katanya.

Lagi ‘menyakitkan’, polis juga percaya berlaku pergelutan antara mangsa dan suspek berdasarkan keadaan di lokasi kejadian yang menemukan meja dan kerusi terbalik selain sebuah pasu pecah, serta terdapat kesan menunjukkan mangsa cuba mempertahankan diri.

Boleh bayangkan bagaimana seorang anak perempuan berdepan dengan situasi itu seorang diri? Hampa.

Ads

Tiada Cubaan Rogol

Irene Sofiya 'Diambil Nyawa' Kerana Cinta Ditolak, Ibu Ayah Tolong Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini

Selain batang besi, antara barang kes dirampas ialah iPhone 13 Pro, baju jersi Mizuno, seluar panjang hitam, sepasang selipar Adidas, satu set dekoder jenama Alhua Technology, seluar sukan berwarna hitam serta baju sukan putih dan merah bernombor 27 yang mempunyai kesan dipercayai darah.

Dan polis turut merampas sebuah beg kanvas mengandungi peralatan tulis, beg galas mengandungi buku Matematik Tambahan dan kertas soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tertera nama Irene Sofiya, sepasang cermin mata, anak kunci berlambang Yamaha, botol minuman Owala, tiga helai kertas kehadiran pelajar serta sebuah kalkulator Casio berwarna merah jambu.

Ditanya sama ada terdapat cubaan merogol mangsa dalam kejadian itu, setakat ini siasatan tidak mengesan perkara berkenaan. Suspek juga tidak mempunyai rekod masalah disiplin di sekolah, manakala isu berkaitan keadaan mental remaja berkenaan akan diserahkan kepada mahkamah sekiranya dia didakwa dan perlu dirujuk untuk pemeriksaan psikiatri.

Ibu Ayah Tolong Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini

Sedih membaca kisah ini tetapi ini sebenarnya satu teguran ‘halus’ untuk semua ibu bapa dalam mendidik anak. Ibu bapa, tolong ajar anak tentang rasa kecewa.

Kalau sebelum ini kita selalu ajar anak perempuan macam mana nak lindungi diri daripada lelaki yang bahaya, cuba pula ajar anak lelaki untuk jadi lelaki yang tidak bahaya.

Irene Sofiya 'Diambil Nyawa' Kerana Cinta Ditolak, Ibu Ayah Tolong Ajar Anak Lelaki 5 Perkara Ini

Ads

Ya, kena juga ajar anak bagaimana nak terima penolakan. Biar anak tahu cara untuk urus emosi negatif dan rasa kecewa.

Seperti yang pernah dikongsi oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari, jangan tunggu anak sudah masuk umur remaja, baru kita kelam-kabut cari cara nak betulkan perangai dia.

1. Beritahu dia marah boleh, tapi jangan mengamuk.

Ajar dia bila marah, jangan terus pukul adik, jangan campak barang atau hempas pintu. Marah itu memang satu perasaan. Tapi cara kita bertindak waktu marah, itu yang anak kena belajar untuk kawal.

2. Biasakan dia bercerita apa yang dia rasa.

Anak lelaki pun ada perasaan sedih. Dia pun boleh kecewa. Dia pun boleh menangis. Jangan sampai dia membesar jadi lelaki yang bila ada masalah, semua benda dia simpan seorang diri.

3. Ajar dia supaya faham keadaan orang sekeliling.

Ads

Nampak ibu tengah sibuk, pergi bantu. Bila adik menangis, jangan buat keadaan makin serabut. Nampak ayah balik kerja penat, dia tahu nak faham keadaan ayah.

Anda mungkin berminat dengan

Simple sahaja. Tetapi kita sebenarnya sedang mengajar anak tentang empati.

4. Jangan malu ajar anak lelaki supaya lembut hati.

Ada rasa belas kasihan tak akan menjadikan anak lelaki kita lemah. Kita nak dia sayang keluarga, hormat orang tua, baik dengan adik-beradik dan tahu jaga hati orang lain.

5. Jangan manjakan sampai semua benda kita buatkan.

Lepas makan, suruh dia bawa pinggan sendiri ke dapur. Bilik sendiri, biasakan dia kemas. Nampak ibu tengah angkat barang banyak, jangan tunggu disuruh. Pergi bantu.

Biasakan dia ringan tulang dari kecil. Anak lelaki kita bukan selamanya akan duduk bawah ketiak kita. Satu hari nanti dia akan masuk ke dunia luar.

Dia mungkin akan jadi suami orang. Ayah kepada anak-anaknya nanti. Ketua kepada sebuah keluarga. Jadi tugas kita sebagai mak ayah, bantu dia bersedia dari sekarang.

Berbalik kepada kisah kematian Irene Sofiya, ramai yang simpati dengan keluarga arwah. Sekelip mata kehilangan sebutir permata dalam keluarga. Dalam masa yang sama tidak dapat membayangkan apa perasaan ibu dan ayah si pelaku. Mereka juga tidak mahu kejadian seperti ini berlaku kerana tiada ibu ayah yang mahu anak-anaknya jadi pembunuh.

Semoga ibu ayah boleh ajar anak-anak dari peringkat awal untuk mengurus rasa kecewa, marah dan ditolak tanpa menggunakan keganasan terhadap wanita.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Belanjawan 2027

Belanjawan 2027: Gaji Minimum Graduan RM2,500, PTPTN Bayar Serendah RM50 Sebulan

Kerajaan akan memperkenalkan gaji minimum RM2,500 bagi graduan dan pekerjaan separa mahir. Peminjam PTPTN berpendapatan rendah turut diberi kelonggaran.