Ads

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah, Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Sakit Mental
Sakit Mental

Sakit mental bukan tanda lemah. Mereka ini bukan gila, bukan juga mencari perhatian, dan bukan sengaja mahu menjadi begitu. Kadang-kadang senyuman yang dipamer hanya untuk menutup perjuangan yang orang lain tidak nampak.

Hari ini, berapa ramai yang sedang menderita dalam diam hanya kerana takut dilabel gila? Realitinya sakit mental ini banyak cabangnya. Bipolar disorder, schizophrenia, depression, anxiety dan banyak lagi.

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah, Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Jangan menghukum. Jangan melabel. Belajar lah memahami, mendengar dan menyokong. Bukan membina sistem untuk mereka semata-mata, tetapi suaranya mesti didengar dan mesti membawa kepada perubahan.

Dalam hidup ini ramai yang sedang berjuang untuk terus hidup. Kadang ada yang pura-pura ‘okay’ untuk elakkan orang simpati dengan dirinya.

Ada seorang anak yang kelihatan ceria di sekolah tetapi menyimpan tekanan yang tidak diketahui sesiapa.

Ada seorang ibu atau bapa yang terus menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga walaupun dirinya sendiri sedang bergelut.

Ada pekerja yang hadir ke pejabat setiap hari tetapi sebenarnya keletihan secara emosi.

Ada warga emas yang kesunyian.

Dan ada seseorang yang mengalami kemurungan, keresahan atau trauma tetapi memilih berdiam diri kerana takut dihukum, dipandang lemah atau diberikan stigma oleh masyarakat.

Ya, ramai yang sedang ‘berperang’ dengan masalah mental yang berbeza tanpa kita sedari. Jadi kesihatan mental tidak seharusnya hanya ditutup dengan kata-kata semangat supaya terus kuat.

Kita sendiri mesti belajar mengenal tanda-tandanya lebih awal, mendengar tanpa menghukum dan menyediakan ruang yang selamat untuk seseorang mendapatkan pertolongan.

Tanda-tanda Awal Sakit Mental

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah, Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Walaupun kadang-kadang tidak ketara tetapi sebenarnya boleh dikesan. Antara tanda-tanda sakit mental ialah…

Ads

1. Bila banyak gangguan pada otaknya, mereka akan makan atau tidur terlalu banyak atau terlalu sedikit.

2. Menjauhkan diri dari orang di sekeliling dan juga aktiviti rutin biasa dilakukannya.

3. Mempunyai tenaga yang terlalu rendah atau tidak ada tenaga langsung. Boleh dikatakan nampak lemah sahaja.

4. Merasa ‘mati’ atau tidak seperti apa-apa.

5. Mempunyai rasa sakit yang tidak dapat dijelaskan.

6. Rasa tidak berdaya atau tiada harapan. Merokok, minum, atau menggunakan dadah lebih daripada biasa.

7. Merasa keliru berlebihan, marah, kecewa, bimbang, atau takut.

8. Berteriak atau bergaduh (besar) dengan keluarga dan rakan-rakan.

Ads

9. Mengalami perubahan mood yang teruk yang menyebabkan masalah dalam hubungan.

10. Mempunyai pemikiran dan kenangan yang berterusan, sentiasa memikirkannya dan tidak boleh dibuang daripada pemikiran mereka. Umpama tidak boleh move on pada perkara tertentu.

11. Mendengar suara asing atau mempercayai perkara yang tidak benar.

12. Berfikir untuk membahayakan diri sendiri (bunuh diri) atau orang lain.

13. Hilang keupayaan untuk melakukan tugas harian.

Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah, Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Hanya yang pernah melalui kemurungan, keresahan, trauma, kehilangan, rawatan psikiatri atau perjalanan pemulihan mengetahui situasi rasa sakit yang paling dalam. Tidak mampu meluah sehingga membuatkan mereka memilih untuk cederakan diri sendiri atau tamatkan riwayat.

Sebab itu suara mereka perlu didengar. Bukan sekadar diminta menceritakan pengalaman. Tetapi dilibatkan dalam membentuk dasar, mereka bersama-sama membentuk perkhidmatan, menilai sistem rawatan dan menentukan apakah bentuk sokongan yang benar-benar diperlukan.

Ads

Inilah maksud sebenar bergerak daripada ‘mendengar’ kepada ‘bertindak’. Pencegahan, pengesanan awal, intervensi awal dan kesinambungan rawatan mestilah menjadi sebahagian daripada sistem kesihatan negara.

Anda mungkin berminat dengan

Kesihatan mental juga tidak boleh dilihat secara terpisah daripada kehidupan sebenar. Tekanan kos sara hidup, hutang, kehilangan pekerjaan, konflik keluarga, buli, kesunyian, keganasan rumah tangga, tekanan akademik, penjagaan anak, penyakit kronik dan ketidakpastian masa depan semuanya boleh mempengaruhi kesejahteraan mental seseorang.

Pendekatan Yang Perlu Diambil

Sakit Mental Bukan Tanda Lemah, Suaranya Perlu Didengar & Dapatkan Sokongan

Kalau nampak ada tanda-tanda sebegini pada orang terdekat dengan kita, apa yang perlu kita lakukan?

Menerusi perkongsian seorang wanita di laman media sosialnya, yang pertama sekali jangan terus jump to the gun dan menganggap ini masalah paranormal. Kena rasuk ke, buatan orang ke, sihir ke atau yang seumpama dengannya. Masalah mental ini kalau dirawat awal boleh baik. Tapi masalahnya dengan orang kita bila nampak tanda-tanda macam ini terus bawa jumpa bomoh atau ustaz.

Kalau sakit jiwa seseorang itu berkait dengan tekanan, jangan ditawarkan doa kepada mereka. Ini akan membuat orang yang depresi lebih murung. Kerana percayalah dia tentunya juga selalu berdoa dan masalah tidak juga pergi hence, the depression. Depression perlukan real solution atau solusi nyata jangka pendek dan disusuli dengan jangka panjang. Selesaikan masalah yang membuatkan dirinya murung dan kekalkan momentum untuk pastikan masalahnya selesai terus.

Jangan juga suruh orang yang sakit mental ini untuk bersabar. Sebab dia dah banyak bersabar dan dia simpan di dalam hatilah menjadi salah satu punca otaknya berserabut dan semakin tersimpul. Banyak sakit mental ini berpunca dari sabar dan memendam perasaan. Nasihat untuk bersabar satu nasihat paling tak berguna sekali pada pesakit mental. Yang perlu bersabar ialah kita yang sihat ini. Atau kalau kita tak boleh bersabar cari seseorang untuk kita adukan perasaan kita. Jangan kita pula yang akhirnya sakit jiwa akibat sabar banyak sangat dengan karenah orang sakit jiwa ini.

Mereka perlukan perhatian, pengiktirafan dan kasih sayang bukan semata-mata teguran atau arahan. Kalau mereka rasa diabaikan, ditolak atau tidak difahami, otak mereka akan menafsirkan itu sebagai penolakan total terhadap diri mereka sebagai manusia.

Dan dari situlah boleh timbul depresi, rasa rendah diri, dan tindakan melampau seperti lari dari rumah, memberontak, menyakiti diri atau orang lain.

Hampiri mereka yang sedang bergolak tentang emosi, dekati dan fahami mereka. Usah pandang remeh dan kita semua berpotensi untuk mengidapi sakit mental bila diasak di setiap penjuru.

Namun jika simptom berterusan dan mengganggu kehidupan harian, anda boleh rujuk kaunselor, pakar psikologi, atau doktor. Malah anda  boleh terus menghubungi talian bantuan krisis yang disediakan di Malaysia menerusi:

TALIAN HEAL: 15555
TALIAN KASIH: 15999

Nota Kaki: TALIAN HEAL adalah talian bantuan yang menyediakan sokongan psikologi dan emosi kepada mereka yang memerlukan. Mereka menawarkan perkhidmatan dengan penuh kasih sayang dan empati.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Hantaran Syed Saddiq

Tujuh Hantaran Syed Saddiq Buat Bella Astillah Jadi Tumpuan, Setiap Satunya...

Dulang hantaran Syed Saddiq Abdul Rahman buat Bella Astillah menjadi tumpuan orang ramai dalam majlis penyatuan jiwa antara Ahli Parlimen Muar dan selebriti apabila setiap satunya sarat dengan simbolik masa hadapan dan kesejahteraan keluarga.