Ramai yang suka minum Spanish Latte dan order less sugar dengan niat nak kurangkan minum manis. Haaa… jangan ingat minum air kopi cara itu selamat walau sudah minta zero sugar.
Jangan Ingat Minum Spanish Latte Less Sugar Sudah Cut Gula
Awas, tanggapan anda salah! Masih ada yang tidak tahu Spanish latte itu ada susu pekat? Kompenan dalam Spanish latte adalah espresso, susu segar, dan susu pekat manis.
Dalam susu pekat itu sendiri ada gula. Lebih baik pilih latte biasa. Latte tanpa tambah gula pun sudah sedap rasa lemak manis sebenarnya. Fresh milk itu sendiri ada gula semula jadi, laktosa.
Dalam segelas air yang konon less sugar itu ada lagi gula tersembunyi, jom belajar cara nak order air kopi di kedai tapi cut sugar:
Walaupun minta Less Sugar, susu pekat manis itu tetap ada.
Ads
Satu pump susu pekat = 12 gram sugar
Ini Cara Order Air Kopi Sesuai Untuk Diet
Kalau nak rasa lemak-lemak tapi tidak mahu insulin spike, jangan ambil Spanish Latte.
Ads
Order Caffè Latte with Almond Milk + No Syrup.
Untuk lebih jelas, boleh baca perkongsian info daripada Dr. Mala ini:
Nak lagi sihat, lebih baik minum air kosong tetapi kalau nak rasa sedap dan ada rasa manis boleh tambah Vitamin C Effervescent yang perisa blackcurrant dalam air. Tiada gula, dan boleh bantu sokong sistem imun badan.
Kalau anda boleh berhenti makan dan hanya minum air kosong mula pukul 7 petang dan kemudian hanya makan kembali pada pukul 9 pagi hari esoknya, badan akan berterima kasih kepada anda. Jadikan sebagai rutin harian.
Dipukul isteri lebih 20 tahun, suami pernah patah hidung nekad mohon cerai nekad mohon cerai. Seorang suami nekad menamatkan perkahwinannya bersama isteri selepas menjadi mangsa keganasan rumah tangga selama lebih dua dekad, satu realiti yang jarang diperkatakan apatah lagi melibatkan lelaki sebagai mangsa.
Kisah ini dikongsikan oleh seorang peguam syarie, Tuan Aiman yang menggunakan gelaran @aimansyarie di threadsnya serta banyak berkongsi kes-kes yang berlaku di mahkamah syariah.
Menurut Aiman, permohonan cerai itu difailkan oleh pihak suami (plaintif) atas alasan tidak lagi mampu menanggung penderaan fizikal dialami dan ianya berlarutan sehingga lebih 20 tahun sejak di awal perkahwinan lagi.
Dalam prosiding mahkamah, plaintif secara jelas menyatakan penderitaan yang ditanggungnya selama ini.
“Saya mohon cerai. Isteri saya selalu pukul saya,” katanya ringkas ketika ditanya hakim.
Namun di sebalik jawapan yang pendek itu, tersimpan cerita panjang tentang ketakutan yang menjadi rutin hariannya di mana tubuhnya sering dipukul isteri namun dirinya terus bersabar memandangkan kasihan pada anak-anak yang masih kecil namun kini dirinya nekad selepas anak-anak meningkat dewasa.
Plaintif memaklumkan demi mengelak tubuh terus dibelasah isteri, dia memilih tidak lagi tidur sebilik dengan isteri malah setiap kali pulang dari masjid, dia akan terus mengunci diri di dalam bilik bagi mengelakkan sebarang konflik yang boleh berakhir dengan keganasan.
Malah, untuk mengurangkan risiko dicederakan, dirinya memilih untuk makan di luar sebelum pulang ke rumah. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa rumah yang sepatutnya menjadi tempat perlindungan telah bertukar menjadi ruang yang menimbulkan rasa takut kepada dirinya walau dirinya adalah suami iaitu ketua keluarga.
Dalam masa sama ketika perbicaraan di mahkamah, defendan (isteri) tidak menafikan perbuatannya memukul suami namun cuba merasionalkan tindakan tersebut yang jelas luar dari kebiasaan alam rumahtangga.
“Saya pukul sebab nak tegur dia je… apalah sangat pukulan saya sebagai perempuan, dia lelaki,” katanya.
Kenyataan itu secara tidak langsung mencerminkan persepsi umum bahawa lelaki tidak mungkin menjadi mangsa keganasan rumah tangga sekali gus meremehkan kesakitan yang dialami.
Isteri ini turut mempertikaikan alasan suami untuk bercerai dengan menyatakan bahawa sebagai lelaki, plaintif tidak sepatutnya menjadikan perkara itu sebagai sebab untuk berpisah.
Kes ini menjadi lebih jelas apabila plaintif mengemukakan bukti laporan perubatan.
Menurutnya, dirinya pernah mengalami kecederaan serius termasuk patah tulang hidung akibat dipukul isterinya. Selain itu, terdapat kesan lebam di beberapa bahagian badan malah b mendakwa dipukul menggunakan objek.
“Dia pukul banyak guna barang,” jelasnya. Keterangan ini mengukuhkan dakwaan bahawa kejadian yang berlaku bukan sekadar pertengkaran biasa, sebaliknya melibatkan keganasan fizikal yang nyata.
Plaintif turut mendedahkan bahawa dirinya telah memberi peluang kepada isterinya untuk berubah selama lebih 20 tahun malah dirinya turut bertahan kerana anak-anak namun tiada perubahan ketara berlaku di saat anak-anak sudah dewasa.
Lebih menyentuh, suami malang ini turut memaklumkan sikap agresif isterinya kerana datang dari latar belakang keluarga yang turut berdepan keganasan di mana sejak kecil isteri sudah selalu melihat ibunya dipukul si ayah.
“Saya tak sangka dia kaki pukul bila kahwin. Dia dibesarkan dalam keluarga yang ayahnya pukul mak,” katanya.
Faktor ini menunjukkan bagaimana kitaran keganasan boleh berulang dari satu generasi ke generasi seterusnya jika tidak ditangani.
Namun bagi plaintif, kesabaran yang panjang akhirnya menemui hadnya. Saya dah makin tua… badan tak kuat macam dulu untuk tahan sakit,” ujarnya.
Dalam prosiding tersebut, plaintif turut memaklumkan bahawa anak-anak mereka yang sudah dewasa menyokong keputusan untuk bercerai.
Beliau juga memberi jaminan bahawa isterinya masih boleh tinggal di rumah mereka, manakala dirinya akan berpindah dan tinggal bersama anak.
Perkara ini menunjukkan bahawa keputusan yang dibuat bukan secara terburu-buru, sebaliknya telah dipertimbangkan dari pelbagai sudut termasuk kebajikan keluarga.
Ketika hakim bersedia membuat keputusan perceraian antara pasangan ini, suasana menjadi tegang apabila defendan bertindak agresif.
Isteri telah menghentak meja, menolak plaintif dan keluar dari dewan perbicaraan sambil menghempas pintu.
Tindakan tersebut berlaku di hadapan hakim dan secara tidak langsung menguatkan lagi gambaran tentang sikap agresif yang didakwa oleh plaintif.
Selepas meneliti keterangan dan bukti yang dikemukakan, mahkamah akhirnya membenarkan plaintif melafazkan cerai.
“Mahkamah benarkan plaintif lafaz cerai,” kata hakim. Dengan suara yang tenang, plaintif melafazkan cerai, sekali gus menamatkan perkahwinan yang telah bertahan lebih dua dekad.
Kes ini membuka ruang kepada satu realiti yang sering dipinggirkanlelaki juga boleh menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Persepsi bahawa lelaki harus sentiasa kuat dan tidak terkesan dengan kekerasan fizikal sering menyebabkan kes sebegini dipandang ringan atau tidak dilaporkan. Namun hakikatnya, penderaan tetap penderaan tanpa mengira jantina.
Kisah ini bukan sekadar tentang perceraian tetapi tentang keberanian seorang lelaki untuk keluar daripada kitaran penderitaan yang terlalu lama dipendam.
Dan mungkin juga, satu peringatan bahawa keganasan dalam rumah tangga tidak pernah wajar dinormalisasikanwalau dalam apa jua bentuk sekalipun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Majistret Mazana Sinin menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan ke atas Arif Fahmi dan enam bulan ke atas Nur Adila Najwa Ilham Ameerrullah yang mengaku bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.
Riba kekasih dan bergaduh dengan penumpang
Mengikut pertuduhan, tertuduh secara bersama-sama sebagai pemandu bas Sri Maju Ekspress dengan nombor pendaftaran APE 9588 telah memandu kenderaan tersebut dengan cara yang merbahaya kepada orang awam.
Perbuatan itu dilakukan kira-kira pukul 7.30 petang di susur keluar Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dalam daerah ini pada 12 April 2026 yang mana video keduanya bermesraan tular di media sosial selepas ditangkap layar oleh penumpang yang risaukan nyawa masing-masing.
Bagi kesalahan itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 (Pindaan 2020) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Di kamar mahkamah yang sama, Nur Adila turut didakwa dengan satu pertuduhan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 kerana mengeluarkan kata-kata kesat dan menghina seorang penumpang wanita berusia 44 tahun uang menegur perbuatan tidak bermoralnya itu, iaitu duduk di riba kekasihnya dan tangannya dilihat memegang stereng.
Sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100.
Memetik laporan Kosmo Online, tertuduh Arif Fahmi merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia kini hilang sumber pendapatan susulan telah dibuang kerja oleh pihak syarikat dan masih perlu memberikan kerjasama dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi kes sama.
Tambahnya lagi, kejadian itu adalah kesalahan pertama mereka dan sedar ia memberi impak yang merugikan diri sendiri.
Sementara itu, Nur Adila pula merayu dia ingin melanjutkan pengajian dan telah berhijrah dari Kedah ke Kuala Lumpur kerana ingin mencari wang bagi tujuan tersebut.
Pendakwaan dikendalikan Mohd. Asri Abd. Rahman Sidik dan Syazwani Mohamad Yusri bagaimanapun memohon agar hukuman berat diberikan dengan faktor pemberat peruntukkan hukuman di bawah Seksyen 42(1) APJ 1987 iaitu penjara sehingga lima tahun dan denda maksimum RM15,000 telah mencerminkan keseriusan kes.
Hujahnya lagi, tertuduh juga mencetuskan kegusaran orang awam berkaitan keselamatan menggunakan pengangkutan bas, selain tindakan mempertaruhkan 27 nyawa penumpang dengan aksi berbahaya berkenaan sama sekali tidak boleh diterima.
Selepas mendengar rayuan kedua belah pihak, mahkamah menjatuhkan hukuman 12 bulan penjara dan denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar terhadap Arif, manakala Nur Adila dipenjara enam bulan dan juga denda RM5,000 atau dua bulan penjara jika gagal bayar. Kesemua hukuman itu berjalan dari tarikh sabitan.
Mazana turut memerintahkan lesen memandu kedua-dua tertuduh digantung selama lima tahun.
Nur Adila turut dikenakan denda RM100 atau 14 hari penjara jika gagal bayar bagi Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Penyanyi, Adira Suhaimi agak terkilan kes pengesahan lafaz rujuk yang difailkan bekas suami, Datuk Red pada Disember tahun lalu masih berlanjutan dan dia terkejut apabila bekas suaminhya, Datuk Red tergamak membuat tuntutan RM100,00 jika mahu kes berkenaan dibatalkan.
Menurut Adira, 35, beberapa hari sebelum prosiding (hari ini), Red bersetuju menarik semula kes pengesahan lafaz rujuk jika permintaannya ditunaikan.
Selain menuntut bayaran tunai sebanyak RM100,000, Red juga mahu kes saman sivil yang difailkan ke atasnya sebelum ini turut digugurkan.
“Saya terkejut atas beberapa tuntutan iaitu beberapa hari sebelum ini dengan mengatakan dia boleh batalkan dan mengaku depan hakim yang rujuk tidak berlaku sekiranya saya ikut syarat dia.
Syaratnya, dia meminta saya menggugurkan saman sivil saya terhadap dia atas tuntutan hutang dan nak saya beri dia wang tunai RM100,000 untuk dia batalkan rujuk ini,” katanya.
Adira bagaimanapun tidak bersetuju dengan syarat yang dikemukakan kerana berasakan perkara tersebut tidak masuk akal untuknya membayar dengan jumlah tersebut.
“Malangnya saya tidak bersetuju sebab saya kerja pagi petang siang malam, ada empat tanggungan (anak-anak) di rumah dan tak pernah menyusahkan dia pun.
Tergamaknya dia ya? Sanggup dia beri tuntutan terhadap bekas isteri yang bertungkus-lumus menjaga anak-anak tanpa menyusahkan dia pun sebenarnya.
“Jadi, itu adalah antara tuntutan yang dia beri tetapi saya tidak bersetuju, maka berlakulah bicara di mahkamah hari ini,” ujarnya yang berharap kes pengesahan rujuk dapat diselesaikan secepat mungkin.
Menjelaskan mengenai saman sivil yang disebut, Adira memaklumkan perkara itu membabitkan wang pinjaman yang diberikan kepada Datuk Red selepas mereka bercerai.
Tambahnya, jumlah tersebut mencecah ratusan ribu dan dia menuntut haknya dipulangkan semula mengikut saluran undang-undang.
“Untuk saman sivil itu berkenaan dengan tuntutan hutang tu, saya dah failkan tahun lepas. Tuntutan hutang ini sebenarnya adalah duit pinjaman dia selepas bercerai.
Saya minta dia bayar balik. Bukan sikitlah, ratusan ribu. Dia masih dalam prosiding lagi sebab saya rasa Datuk Red punya nama pun bankrap kan, jadi ada langkah yang kami perlu lalui untuk buat proses ini berjalan dengan lancar,” ujarnya.
Sebelum ini Adira semenangnya memilih untuk mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh mengeruhkan keadaan sehingga menjejaskan prosiding mahkamah.
“Saya tidak minta apa-apa sampailah sekarang dan saya tak pernah pun mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai semua yang berlaku pada hari ini.
Takkanlah saya nak diam saja bila orang dah pijak-pijak begini.
“Bagilah saya bercakap sekali namun hanya benda yang sepatutnya sahaja, perkara perlu saja saya kongsi,” tambahnya.
Dia juga bagaimanapun menyifatkan perkara yang berlaku ketika ini membuat dirinya lebih matang dan sabar.
“Kes memang berlarutan tetapi ini adalah proses untuk menjadikan saya orang yang lebih sabar, tenang dan matang.
Tapi bagi saya benda ini hal kecil saja sebab sudah pernah hadap perkara yang lebih berat dan besar sebelum ini.
“Alhamdulilah saya masih lagi tenang sehingga sekarang ditambah pula ada sistem sokongan yang sangat kuat,” jelasnya.
Hari ini, mahkamah menangguh prosiding pengesahan lafaz rujuk yang difailkan Datuk Red terhadap Adira pada 25 Jun depan.
Perkara tersebut diputuskan Hakim Nurul Hidayah Jani selepas prosiding perbicaraan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini.
Selain menepis dakwaan gila talak, Red sebelum ini menjelaskan tindakannya memfailkan pengesahan lafaz rujuk bukan disebabkan masih berharap dapat kembali kepada bekas isterinya sebaliknya bagi memastikan sama ada perkara yang berlaku sah mengikut hukum atau sebaliknya.
Sementara, Adira pula menafikan dakwaan berlaku lafaz rujuk pada Mei 2024 seperti dakwaan Red.
Untuk rekod, Red dan Adira mendirikan rumah tangga pada 3 Disember 2015 namun perkahwinan berakhir dengan perceraian pada 24 April 2024.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, 3.