Azab ada jiran Rohingya, siang ikan luar rumah selain anak sengaja patahkan cermin sisi kereta jiran.
Isu Rohingya bukan lagi perkara baharu dalam masyarakat Malaysia. Dari semasa ke semasa, pelbagai aduan dan rungutan terus kedengaran terutama berkaitan sikap segelintir mereka yang didakwa tidak menghormati sensitiviti penduduk tempatan selain membawa cara hidup yang sukar diterima masyarakat setempat.
Situasi ini akhirnya menimbulkan persepsi negatif yang semakin menebal terhadap komuniti tersebut.
Terkini seorang wanita Sarimah Othman di media sosialnya berkongsi tentang betapa azabnya berjiran dengan bangsa Rohingya ini. Dirinya mahu mereka yang menyokong agar etnik ini terus berada di bumi Malaysia untuk merasai sendiri betapa azabnya jika berjiran dengan bangsa ini.
Ads
Azab Ada Jiran Rohingya
Berikut catatannya.
Jiran Rohingya
Kisahnya…
Ads
Bagi orang yang support sangat puak Rohingya ni, cubalah berjiran dengan mereka. Ini gambar ahli yang baru datang siang ikan depan rumah. Isteri baru beranak. Dapur ada tapi suka panggil lalat.
Rumah semak macam hutan, tanam sayur tak berjaga. Anak-anak ramai, bising dan suka buang sampah merata termasuk dalam pagar kita.
Bila kita tak ada di rumah mereka lompat masuk kawasan rumah dan buat khianat, rosakkan pokok-pokok dan tolak pasu bunga. Ada yang pecah. Bila tanya buat bodoh. Bila kata nak report polis baru minta maaf.
Jika park kereta depan rumah (luar pagar), anak-anak dia kepak cermin sisi. Dia mengaku bawa kereta tak ada lesen. Katanya boss bagi kereta. Ada dua buah rumah yang disewakan pada puak ini di lorong ini. Kedua buah rumah padat dengan penghuni yang keluar masuk. Macam rumah transit. Bila tanya ada kad UNHCR ka? Dia buat tak dengar.
Dah nasihat macam-macam, dia buat bengong saja. Ketua lorong pun dah tak larat layan isu berbangkit disebabkan mereka. Tuan rumah masih bagi sewa sebab depa bayar mahal kot!
Pihak immigration patut masuk taman-taman perumahan dan buat spot check.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Teruja mendengar cerita Dr Azura Hashim menerusi podcast baru-baru ini, tentang rezeki yang masuk tiba-tiba dalam kehidupan dia dan suaminya selepas amalkan tahajjud. Apa yang menarik, sebelum ini rezekinya lebih berbanding suaminya namun berubah setelah amalan tahajjud yang dibuat oleh imamnya.
Mungkin sukar untuk sesetengah pasangan terima kenyataan apabila gaji si dia masuk lebih banyak tanpa disangka-sangka. Apa amalannya? Mesti tersoal begitu. Inilah yang Dr Azura cuba sampaikan kepada pendengar setia menerusi podcast bersama Dr Hanzalah Mizi yang dikongsi di media sosial. Kongsinya…
“Allah izinkan saya nak tahajjud. Hobi saya adalah tidur, saya suka tidur. Dhuha saya buat tapi tahajjud saya macam tak boleh.
“Saya cakap, dhuha okay lah. Namun menariknya Allah, Dia jadikan jalan cerita kita ini sebab dulu saya pernah rasa saya ada ‘magic hand’.
“Sebab apa saya pegang, semua jadi. Dia jadi banyak magical benda yang buat saya rasa kita boleh dapat itu ini.
“Suami saya dulu, di mana gaji saya dulu jauh lebih tinggi dari dia. Jawatan saya pun jauh tinggi dari dia. Dan bila dia masuk belajar, dia mula tahajjud. Dia ajar saya, macam mana nak tunjuk kat Allah yang kita sayang Dia. Macam mana bukti dari kita untuk Dia.
“Bagi saya, cukuplah dhuha yang saya dah buat. Tak payah tahajjud. Namun menariknya, apa yang Allah tunjuk pada saya, tiba-tiba saya nampak dulu suami saya kurang daripada saya dan apa yang dia dapat.
“Allah izinkan dia dapat lebih daripada saya. Duit banyak dari saya. Lebih daripada apa yang saya dapat. “Eh, dia dah lebih dari aku..” detik hati saya.
“Owh, rupanya dia amalkan tahajjud. Kemudian saya buat tahajjud juga, disebabkan oleh kita rasa macam tu, Allah datangkan kemanisan untuk kita tahajjud.
“Bila tahajjud dan pergi program Asma’ Husna, saya tertanya-tanya apa nama maksud nama ni..
“Dan di sinilah sebenarnya, boleh tukar hidup kita dan tukar pemikiran kita semua itu datang daripada Allah. Lebih mudah kagta, semua dengan izin Allah,” kongsinya lagi.
Apa pun yang sedang anda lalui dan jika ada masalah, carilah Allah. Buat tahajjud dan fahamkan betul-betul makna Asma Ul Husna, inshaa Allah anda akan dapat sesuatu dalam hidup.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Suri rumah menang tuntutan harta sepencarian, bekas suami gagal nafikan hak bekas isteri. Dianggap tidak menyumbang secara kewangan kepada pembentukan harta keluarga kerana hanya bergelar suri rumah, seorang wanita akhirnya berjaya dalam tuntutan harta sepencarian apabila Mahkamah Rayuan mengiktiraf sumbangan tidak langsungnya sepanjang tempoh perkahwinan.
Perkara itu dikongsikan peguam syarie, Fahmi Ramli dari Tetuan Fahmi Ramli & Co yang menyifatkan keputusan Mahkamah Rayuan tersebut sebagai satu pengiktirafan penting terhadap pengorbanan isteri yang memilih mengurus rumah tangga dan membesarkan anak-anak demi keluarga.
Menurut Fahmi, beliau mula mengendalikan kes berkenaan sejak sebelum pandemik COVID-19 di Mahkamah Tinggi sebelum ia berakhir di Mahkamah Rayuan selepas melalui perjalanan perbicaraan yang panjang.
Katanya, anak guamnya sanggup meninggalkan pekerjaan tetap dan hanya melakukan kerja sambilan supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada urusan rumah tangga serta membesarkan anak-anak sehingga dewasa.
Namun, selepas melalui usia perkahwinan yang panjang, wanita itu diceraikan ketika usia lanjut. Lebih memilukan, tuntutan harta sepencarian yang difailkannya turut dipertikaikan bekas suami sehingga terpaksa diperjuangkan di mahkamah.
“Siapa yang tak sedih bila perjalanan usia perkahwinan yang panjang dengan suami akhirnya dibuang ketika telah capai umur lanjut tanpa sebarang apa-apa harta yang diberikan seolah-olah tiada apa-apa sumbangan dalam kehidupan berumah tangga tersebut,” kongsi Fahmi.
Menurut beliau, masih ada bekas suami yang hanya mahu melindungi harta untuk diri sendiri sehingga cuba menafikan hak bekas isteri, sedangkan pengorbanan seorang suri rumah memberi ruang kepada suami membina kerjaya dan mengumpul harta sepanjang perkahwinan.
Mahkamah, katanya, menerima hujah bahawa sumbangan tidak langsung seorang isteri tidak boleh dipandang ringan kerana pengorbanan mengurus rumah tangga, membesarkan anak-anak dan memastikan keluarga berada dalam keadaan baik merupakan antara faktor yang membolehkan suami memberi tumpuan kepada kerjaya.
“Pengiktirafan berkenaan dengan sumbangan tidak langsung isteri tidak perlu diambil ringan. Pengorbanan melayari bahtera perkahwinan yang lama juga adalah satu sumbangan yang tak boleh dinafikan.
“Dengan sebab mereka adalah suri rumah, anak-anak mereka terurus dengan baik, rumah tangga lebih teratur. Kehidupan suami lebih baik dan boleh fokus untuk mencari nafkah dan mengumpul harta,” katanya.
Susulan itu, Mahkamah Rayuan Syariah mengekalkan hak harta sepencarian kepada anak guamnya dengan pembahagian yang disifatkan adil dan setimpal bagi setiap harta yang dituntut.
Mengakhiri perkongsiannya, Fahmi merakamkan penghargaan kepada anak guamnya yang terus mempercayainya sepanjang proses mendapatkan keadilan.
“Terima kasih puan kerana terus percayakan saya hingga ke akhir perjuangan menuntut keadilan di mahkamah. Yang hak, pasti akan kekal berhak,” katanya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Spekulasi mengenai hubungan penyanyi dan pelakon terkenal Bella Astillah bersama tunangnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi perhatian ramai sejak mereka mengumumkan pertunangan pada Mac lalu.
Terbaharu, timbul pula dakwaan di media sosial yang mengatakan pasangan itu bakal mendirikan rumah tangga pada 26 Jun 2026, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat dan netizen.
Bagaimanapun, Bella Astillah tampil menjelaskan perkara sebenar dan menafikan khabar angin tersebut.
Menurut Bella Astillah, buat masa ini tiada sebarang persiapan perkahwinan dilakukan kerana fokus utama mereka ketika ini adalah menunggu keputusan rayuan akhir melibatkan Syed Saddiq yang dijadualkan pada 30 Jun ini.
Penyanyi lagu Lebih Indah Berpisah itu berkata, soal perkahwinan bukan keutamaan pada masa sekarang kerana terdapat perkara yang lebih penting perlu diberi perhatian terlebih dahulu.
Ketika ditemui pada Konsert Bintang Universe: The Dimension di UiTM Shah Alam, Bella Astillah menjelaskan bahawa segala perancangan berkaitan majlis perkahwinan akan dibincangkan selepas keputusan mahkamah diketahui.
Menurut Bella Astillah, beliau dan Syed Saddiq sepakat untuk memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perkembangan kes yang sedang dihadapi oleh tunangnya itu.
“Persiapan kahwin? Tunggu selepas 30 hari bulan nanti baru saya fikirkan. Sekarang ini kami lebih fokus tentang keputusan rayuan pembebasan Syed Saddiq. Jadi sama-sama kita doakan.
“Kita fokus mana yang perlu diutamakan terlebih dahulu. Biarlah semua kes mahkamah berakhir dulu baru kita fikirkan tentang persiapan perkahwinan.
“Saya percaya ramai orang di luar sana yang mendoakan. Doa-doa kalian itu jauh lebih penting,” katanya.
Kenyataan Bella Astillah itu sekali gus menjawab pelbagai spekulasi yang timbul dalam kalangan netizen sejak beberapa minggu kebelakangan ini.
Dalam masa sama, Bella Astillah turut menafikan dakwaan yang mendakwa beliau dan Syed Saddiq memilih tarikh 26 Jun sebagai hari pernikahan mereka.
Menurut Bella Astillah, tiada sebarang perancangan untuk mengadakan majlis pada tarikh tersebut seperti yang tular di media sosial.
Beliau menjelaskan bahawa keputusan berkaitan perkahwinan hanya akan dibuat selepas segala urusan mahkamah melibatkan Syed Saddiq selesai sepenuhnya.
“Tiada istilah nak kahwin ikut tarikh yang cantik. Seperti saya katakan, kita semua menunggu kes mahkamah YB Syed Saddiq selesai dulu,” jelas Bella Astillah.
Penjelasan tersebut disambut baik oleh peminat yang rata-ratanya memahami situasi yang sedang dihadapi pasangan berkenaan.
Ramai turut mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dan berakhir dengan baik.
Untuk rekod, Mahkamah sebelum ini menetapkan 30 Jun sebagai tarikh keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Syed Saddiq daripada beberapa pertuduhan melibatkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Bersatu.
Kes tersebut melibatkan tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram.
Sebelum ini, pada 25 Jun 2025, Mahkamah Rayuan telah membenarkan rayuan Syed Saddiq dan mengetepikan sabitan serta hukuman yang diputuskan Mahkamah Tinggi pada November 2023.
Keputusan tersebut menyaksikan Syed Saddiq dilepas dan dibebaskan daripada hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan serta denda RM10 juta.
Bagaimanapun, sehari selepas keputusan itu diumumkan, Jabatan Peguam Negara (AGC) memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Disebabkan itu, keputusan yang bakal diumumkan pada penghujung Jun ini menjadi tumpuan ramai termasuk penyokong, ahli keluarga dan sahabat rapat beliau.
Hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq sering menjadi perhatian sejak kedua-duanya mula dilihat rapat dalam pelbagai program dan kempen sebelum ini.
Kemuncak hubungan mereka apabila pasangan itu mengikat tali pertunangan secara rasmi pada 28 Mac 2026.
Berita pertunangan tersebut disambut gembira oleh ramai peminat yang mengikuti perkembangan mereka sejak awal.
Malah, ramai melihat hubungan Bella Astillah dan Syed Saddiq sebagai satu pasangan yang saling menyokong antara satu sama lain ketika berdepan cabaran hidup masing-masing.
Atas sebab itu, tidak hairanlah setiap perkembangan berkaitan pasangan ini sentiasa menjadi perhatian netizen.
Walaupun sering dihimpit spekulasi mengenai perkahwinan, Bella Astillah dilihat memilih pendekatan yang lebih tenang dan matang dalam menguruskan perhatian umum terhadap hubungan mereka.
Bagi Bella Astillah, perkara paling penting ketika ini ialah memastikan segala urusan yang melibatkan Syed Saddiq dapat diselesaikan terlebih dahulu.
Beliau juga menghargai setiap doa dan sokongan yang diberikan oleh peminat sepanjang tempoh yang mencabar ini.
Apa yang pasti, buat masa sekarang, fokus utama pasangan tersebut bukanlah persiapan majlis perkahwinan, sebaliknya menantikan keputusan penting yang bakal menentukan perjalanan hidup mereka pada masa hadapan.
Tester minyak wangi yang pecah secara tidak sengaja menyebabkan sepasang suami isteri terpaksa membayar lebih RM1,000 dalam satu kejadian di sebuah butik minyak wangi...