Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu, letak timbang statik pada 35 kg. Ermm, memang akal panjang menipu. Boleh balik Rohingya pergi hari begini kalau ikut cara begini.
Dalam kita cuba berbaik sangka, ramai yang cuba mengambil kesempatan dengan menipu cara begini. Menipu cara timbangan sedangkan setiap sen menipu itu, hukumnya haram.
Awas geng Rohingya beli besi buruk cara menipu
Dikongsi dari fb Achik Iqbal, dirinya berkongsi bagaimana sekumpulan Rohingya yang berniaga membeli besi buruk menipu dengan meletakkan timbangan pada angka statik walau beratnya lebih dari sepatutnya.
Bila dia cuba menimbang dirinya sendiri, jelas angka berat badannya hanya 35 kg, seolah berat seorang kanak-kanak sekolah rendah saja.
Alkisahnya petang tadi. Lori besi buruk datang minta beli besi dekat bengkel. Aku pun keluarkan semua besi-besi sisa dan aluminium yang ada. Ada dua geng Rohingya dari Sijangkang katanya.
Lepas besi dan aluminium dah timbang dan dicampak masuk lori, aku pun naiklah atas timbang untuk saja-saja. Hah, tu dia. 35 kilo jee.
Naik atas timbangan yang Rohingya gunakan, berat orang dewasa jadi setakat 35 kg sahaja
Ngam-ngam berat 35 kg. Jadi setiap timbangan besi buruk walau banyak mana pun akan jadi 35 kg
Mereka sudah ada lori sendiri ya. Makin maju Rohingya di negara kita sedangkan pegang kad UNHCR sahaja
Eh eh eh. Mana lagi 40 kilo. Tuhan dah ampun ke. Naik pulak seorang lagi hmm sama 35 kilo. Patut semua yang dia timbang 35 kilo ke bawah je. Pagar second berat-berat tu.
Letak Timbang Statik Pada 35 Kg
Semua tak smpai 35 kilo. Muka soleh & solehah dua orang ni pun dah lain macam. Lepas kena ceramah depa bagi tambahan lagi 20 kilo. Patutlah boleh ada lori. Meniaga kencang puak ni.
Menyesai pulak aku naik atas timbang tu. Sebenarnya tak kisah sangat berapa nak dapat. Sebab besi buruk pun bukan boleh jadi besi baru. Simpan lama-lama bersepah je. Tapi tulah tak menipu tak kaya bro. Perkongsian : Achik Iqbal
Apabila berlaku perpisahanan, perkara yang selalu dituntut bukan saja nafkah tapi juga melibatkan hak jagaan anak untuk diberikan kasih sayang sepenuhnya. Malah, kebiasaan, keutamaan hak jagaan akan diberikan kepada pihak ibunya bergantung kepada keputusan mahkamah.
Namun, lain pula jadinya bagi seorang bapa ini yang telah mencetuskan kontroversi selepas menukar jantinanya secara sah kepada ‘perempuan’ kerana sistem perundangan didakwa memihak kepada ibu dalam kes hak jagaan anak.
René Salinas Ramos, bapa kepada dua anak perempuan telah menghadapi prosiding undang-undang untuk dapatkan hak penjagaan kanak-kanak perempuan yang kini tinggal bersama ibu kandungnya.
Melalui sistem perundangan Ecuador, hak jagaan anak diutamakan kepada ibu tanpa mengira keadaan. Jadi, lelaki ini telah memutuskan untuk menukar jantina secara sah bagi mendapatkan hak anak perempuannya.
Ramos mendakwa bahawa ini tidak ada kaitan dengan seksualiti atau identiti jantinanya dan ia hanya “ujian cintanya terhadap anak perempuannya”.
Dalam temubual bersama media Ecuador memberitahu dia tidak dapat melihat anak perempuan pertamanya selama 1½ tahun dan anak perempuan keduanya pula menjadi mangsa penderaan fizikal.
Walau bagaimanapun, selepas mengemukakan hujah kepada Lembaga Bagaimanapun, selepas mengemukakan hujahnya kepada Lembaga Perlindungan Hak, dia diberitahu anak-anak perempuannya perlu tinggal bersama ibu mereka sehingga perkara ini selesai.
Sebab itulah, dia memutuskan untuk menjadi ibu kepada anak-anak perempuannya juga.
“Kini saya juga seorang ibu. Saya sangat yakin dengan seksualiti ini, apa yang saya cari adalah untuk memberikan kasih sayang dan perlindungan yang boleh diberikan oleh seorang ibu kepada anak-anaknya,” kata René.
René Salinas Ramos juga pergi ke Pejabat Pendaftaran Awam Azuay untuk menukar jantina pada kad pengenalannya dan ia tidak mengambil masa lama untuk perubahan itu menjadi rasmi.
“Undang-undang merampas hak kami untuk menjadi ibu bapa. Pihak berkuasa mengambil jalan mudad dengan meletakkan anak-anak di bawah jagaan ibu tanpa mengira keadaan,” katanya.
Jadi, dengan menjadi ibu, dia berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang nasib bapa lain dalam situasi yang sama seperti dirinya.
Mingguan Wanita: Selayaknya, hak jagaan anak dapat pada ibu tapi kena tengok juga keadaan ibu itu, kalau tak mampu boleh dilonggarkan dan diberikan pada bapanya.
Rasa cinta & tanggungjawab, Dayang martabatkan ritma melayu klasik jadi rujukan generasi baru. Hakikatnya bergelar seorang penghibur bukannya mudah. Apatah lagi untuk mengekalkan kualiti pada naskhah yang dihasilkan.
Siapa yang tidak kenal dengan sosok tubuh kecil molek Dayang Nurfaizah suaranya begitu menambat jiwa si pendengar.
Walaupun lebih 20 tahun dalam industri hiburan namun Dayang tidak pernah puas untuk menghasilkan karya terbaik. Air tangannya sentiasa dinanti oleh para peminat setia wanita yang berasal dari Sarawak ini.
Pemilik nama sebenar Dayang Nurfaizah Awang Dowty ini, setiap kali tampilkan karya sentiasa mendapat perhatian ramai.
Baru sahaja tampil dengan album kontemporari klasik berjudul Belagu II yang juga merupakan kesinambungan daripada Belagu yang dihasilkan pada tahun lalu.
“Penghasilan album ini adalah salah satu daripada usaha saya untuk memartabatkan ritma Melayu klasik supaya terus malar segar dan menjadi rujukan generasi sekarang dan akan datang.
“Atas rasa cinta dan tanggungjawab, saya cuba merakamkan kembali lagu-lagu Melayu klasik ini dengan nafas dan susunan muzik baharu tanpa mengubah keindahan dan nilai sedia ada dalam karya-karya ini,” kongsi Dayang kepada Mingguan Wanita.
Ditemubual pada majlis pradengar album Belagu II baru-baru ini, dayang mengakui melalui proses yang cukup panjang dan rumit.
“Pembikinan album ini dibuat denagn sangat teliti, bermula daripada proses pemilihan lagu, nyanyian sehinggalah kepada gubahan muziknya.
“Proses yang panjang, tetapi sangat berbaloi melihat hasilnya.
“Saya juga tidak pernah terfikir dapat menimba pengalaman berharga bekerjasama dengan Budapest Scoring Orchestra, apatah lagi dalam projek istimewa pembikinan lagu Melayu klasik ini.
”Bangga bukan sahaja kerana peluang itu, tetapi apabila melihat bagaimana karya Melayu klasik kita dimainkan pemuzik luar yang turut sama mengakui akan keindahannya,” sambung Dayang.
Dayang akui jadual seninya pada tahun ini agak padat, dirinya bakal tampil dalam sebuah konsert istimewa, Dayang Nurfaizah & MPO: Belagu yang akan berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas pada 11 Mac depan.
Dayang juga bakal beraksi di pentas AJL37 sebagai finalis menerusi lagu duetnya bersama Amir Masdi, Debu, pada 12 Februari depan.
“Jadual pada awal tahun 2023 ini agak padat dan menyaksikan saya terlibat dengan beberapa acara penting dan memerlukan persediaan yang sangat rapi.
“Mungkin orang fikir sebagai penyanyi berpengalaman, saya tidak ada masalah menyiapkan diri.
“Namun sebenarnya ia bukan perkara yang saya boleh ambil mudah. Sebaliknya memberi lebih tekanan kerana mahu memastikan penampilan saya itu hadir bersama kualiti yang diharapkan,” sambungnya.
Polis miliki Audi A8 RM1.05 Juta & punya isteri dua, kes terbongkar selepas kematian seorang mahasiswi. Jumaat 27 hb lalu, seorang mahasiswi, Selvi Amalia Nuraeni menemui ajal selepas dilanggar sebuah kereta dalam perjalanan ke kampusnya iaitu Universitas Suryakancana Cianjur.
Jika ramai menganggapnya kes kemalangan biasa dalam kejadian di antara jam 14.45 atau 15.45 di Jalan Raya Bandung namun kes ini menjadi tumpuan luar biasa kerana kemalangan ini terjadi ketika berlakunya rombongan mengiringi pegawai tinggi polis dari Jakarta ke lokasi kejadian melibatkan kes pembunuhan berantai Wowon cs.
Dan kes ini menjadi luar biasa kerana dalam rombongan polis itu adanya sebuah kereta mewah Audi A8 yang berharga RM1.05 juta yang mana ia dinaiki seorang wanita dikenali Nur yang mengikut rombongan polis tersebut yang didakwa melanggar mahasiswi ini. Lebih menjadi tanda tanya kerana nombor flat digunakan adalah palsu.
Menambah kepelikan kerana kes kematian mahasiswi ini seakan cuba ditutup seolah tiada pembelaan kerana ia dikatakan melibatkan rombongan polis tersebut. Hal ini menjadi perbahasan di kalangan warga net negara seberang kerana mereka menuntut siasatan penuh ke atas kejadian.
Kereta mewah Audi A8 itu menjadi tumpuan ramai kerana ia tidak sepatutnya berada dalam rombongan polis tersebut. Ternyata ia terus menimbulkan tandatanya di kalangan netizen dan menyangka-nyangka bagaimana seorang anggota polis berpangkat mampu membeli kereta mewah berharga sejuta (kira-kira Rp2.0m) selain nombor digunakan palsu.
Selepas hal ini menjadi kecoh di media sosial, wanita yang duduk di dalam kereta Audi itu terus menjadi tumpuan ramai selepas dirinya muncul.
“Ya, saya isteri kedua seorang anggota polis berpangkat tinggi. Saya mengikuti rombongan dari Jakarta ini atas izin suami kerana kami berjanji akan bertemu di Puncak. Saya ada menelefonnya ketika berada di rumah makan Alam Sunda.
“Ketika sampai di sana saya telefon lagi sama suami kerana melihat rombongan polis ke tempat kes kejadian. Dan suami izinkan kereta saya naiki ini bergerak sama dengannya. Kerana itulah saya adalah dalam rombongan diiringi anggota pengiring.
Dalam pada itu, gadis muda berusia 23 tahun ini mengakui kereta mewah Audi itu milik suaminya dan dia hanya baru menggunakannya sebanyak tiga kali.
“Kereta saya rosak dan sedang diperbaiki di bengkel. Jadi saya guna kereta ini,” katanya memaklumkan kereta itu dibawa oleh pemandunya selain adanya seorang lagi penjaga anak kecilnya berusia 2 tahun,” katanya yang tampil di hadapan media selepas isu ini menjadi kecoh di media sosial.
Di sebalik kejadian ini, ramai warganet mempersoalkan tentang kekayaan dimiliki anggota polis berpangkat tinggi itu. Kata mereka kalau isteri sudah ada Audi A8, isteri pertama pakai kereta mewah apa pula. Dan ia masih misteri kerana nombor pendaftarannya adalah palsu.
Buat masa ini pemandu kereta Audi, Sugeng Guruh Gautama Legiman (40) sudah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Jika sabit kesalahan hukuman enam tahun penjara menantinya. Sumber :- Liputan 6
Sebak mendengar luahan pengasas dan penyampai radio Bapakku FM, Ismahalil Hamzah tentang apa yang dikongsinya bersama ibu tersayang yang kini sudah uzur menggunakan kerusi roda, berusia 86 tahun.