“Tolong doakan anak menakan kawan saya masih belum dijumpai, jatuh jet ski dekat tengah laut di pantai cenang, Langkawi petang semalam. Dihempas ombak, masih belum dijumpai.. Rabbi Yassir Wala Tuassir Rabbi Tammim Bilkhair.”
Itulah yang ditulis di medsos oleh seorang wanita tentang seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dipercayai cuba menyelamatkan sebuah jet ski hanyut di tengah laut dalam kejadian di Jalan Pantai Tengah, Langkawi.
Lelaki Jatuh Jet Ski di Langkawi
Menerusi laporan portal Sinar Harian, Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Langkawi, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu daripada orang awam jam 9 malam sebelum tiba di lokasi 22 minit kemudian.
Ads
Seramai lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Persiaran Putra digerakkan ke lokasi kejadian. Arash Nashran Abdul Maser, 23, dipercayai lemas di laut pada jarak kira-kira 100 meter dari pantai.
Mangsa Dihempas Ombak Kuat Sampai Tercampak Ke Dalam Air
Ads
“Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan jet ski yang hanyut di tengah laut sebelum ombak kuat menyebabkan mangsa tercampak ke dalam air. Difahamkan mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika itu,” katanya dalam kenyataan.
operasi pencarian awal turut dijalankan di kawasan persisiran pantai bersama orang awam, namun mangsa masih belum ditemui.
Seronok tengok video menantu sediakan sarapan untuk mentuanya, beruntung mentuanya! Terbukti wujud hubungan baik dalam keluarga ini dan selayaknya dijadikan inspirasi buat wanita yang baru masuk dalam dunia perkahwinan.
Dikongsikan menerusi Squezetlee video tersebut menjadi perhatian ramai selepas seorang wanita dilihat gigih membuat sarapan pagi khas untuk ibu mentuanya di Malaysia.
Apa yang buat netizen tersentuh bukan sekadar menu yang disediakan, tetapi usaha dan layanan manis yang ditunjukkan kepada keluarga mentua.
Dalam video tersebut, wanita itu dilihat menyediakan sarapan pagi stail Malaysia yang cukup sinonim dengan rakyat tempatan. Antara menu yang paling mencuri perhatian sudah tentu kaya toast bersama telur separuh masak yang nampak sangat menyelerakan.
Cara penyediaannya juga nampak begitu teliti dan penuh kasih sayang, seolah-olah mahu membalas segala layanan baik yang diterima daripada ibu mentuanya selama ini.
Ramai yang mengatakan menu seperti itu memang ‘comfort breakfast’ rakyat Malaysia dan sesuai dinikmati bersama keluarga pada waktu pagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memuji usaha wanita tersebut yang sanggup belajar dan buat sarapan pagi ala Malaysia demi menggembirakan mak mentuanya.
Ada juga yang mengakui mereka tersenyum melihat hubungan mesra antara menantu dan ibu mentua kerana perkara seperti itu jarang dikongsikan di media sosial.
Tidak kurang juga yang berkata makanan sememangnya boleh menjadi penghubung hubungan kekeluargaan, walaupun datang daripada budaya yang berbeza.
Gabungan roti bakar kaya bersama telur separuh masak memang antara menu sarapan pagi paling popular di Malaysia. Ringkas, tetapi cukup membangkitkan selera.
Sebab itu ramai netizen mengaku terus terasa lapar selepas menonton video tersebut. Ada yang siap berkata mereka tiba-tiba teringin singgah kopitiam untuk menikmati menu sama.
Malah, ada juga yang berpendapat sarapan seperti ini memang sesuai diperkenalkan kepada orang luar kerana rasanya yang simple tetapi sangat sedap.
Walaupun hanya buat sarapan pagi biasa di rumah, ramai merasakan momen tersebut ‘mahal’ kerana dipenuhi dengan penghargaan dan kasih sayang.
Nampak biasa tetapi perkara kecil seperti ini pun sebenarnya sudah cukup untuk membuatkan seseorang rasa dihargai dan disayangi.
Perkongsian ini juga membuktikan bahawa makanan bukan sekadar untuk mengenyangkan perut, tetapi turut menjadi cara paling mudah untuk merapatkan hubungan keluarga.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tular video seorang pelajar perempuan tingkatan dua berdepan detik mencemaskan apabila dipercayai hampir menjadi mangsa cubaan culik ketika berjalan di sebuah lorong di Pekan Simpang Kuala, Alor Setar.
Situasi ini membuatkan mak ayah makin risau nak melepaskan anak-anak keluar rumah, banyak penjenayah yang buat kerja dalam diam tanpa disangka-sangka.
Menerusi paparan video daripada saudari Saadiah Rahmat, dalam kejadian kira-kira jam 8.26 malam itu, mangsa dikatakan dihampiri seorang lelaki tidak dikenali yang menaiki motosikal sebelum suspek bertindak memberhentikan motosikal di hadapan remaja terbabit.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Syed Basri Syed Ali berkata, suspek kemudian memeluk mangsa serta menutup muka pelajar itu menggunakan tangan.
Namun, mangsa berjaya menyelamatkan diri selepas menggigit tangan suspek sebelum terus berlari ke sebuah pusat tuisyen berhampiran untuk mendapatkan bantuan.
Mangsa kemudiannya tampil membuat laporan polis dan kes kini disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan serta Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
Pihak polis turut mendapatkan bantuan Unit Forensik D10 Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah bagi menjalankan pemeriksaan serta mendapatkan sampel di lokasi kejadian.
Usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan pihak berkuasa.
Apa pun, ibu bapa perlu pesan pada anak-anak untuk lebih berwaspada apabila keluar dari rumah. Nak-nak apabila waktu malam, pilihlah tempat orang ramai dan elakkan berjalan seorang diri di tempat sunyi.
Sekarang walau CCTV merata-rata pun, masih jenayah berleluasa. Sangat membimbangkan dan rasa takut nak biarkan anak keluar rumah tanpa orang dewasa.
Dalam kesibukan harian hari ini, ramai ibu bapa sebenarnya semakin sukar memastikan anak-anak memulakan pagi dengan sarapan yang lengkap dan gaya hidup aktif.
Ada yang terkejar-kejar ke sekolah, ada pula yang terlalu sibuk bekerja sehingga waktu pagi menjadi rutin paling kelam-kabut dalam rumah tangga.
Disebabkan itu, ramai keluarga mula mengabaikan kepentingan sarapan pagi sedangkan ia merupakan sumber tenaga utama untuk memulakan hari.
Menyedari situasi tersebut, Milo Malaysia Breakfast Day 2026 kembali dianjurkan tahun ini dengan misi lebih besar — mengajak rakyat Malaysia terutama keluarga dan anak-anak membina rutin hidup yang lebih sihat sejak awal pagi.
Ramai mungkin menganggap Milo Malaysia Breakfast Day 2026 sekadar acara larian biasa.
Hakikatnya, program tahunan ini sudah berkembang menjadi platform gaya hidup sihat yang menggabungkan aktiviti fizikal, pendidikan pemakanan dan masa berkualiti bersama keluarga.
Acara ini dijangka menghimpunkan lebih 70,000 rakyat Malaysia di enam negeri utama seluruh negara.
Apa yang menarik, konsep Milo Malaysia Breakfast Day 2026 sangat mesra keluarga dan sesuai disertai semua peringkat umur termasuk kanak-kanak serta peserta kali pertama.
Tahun ini, Milo Malaysia Breakfast Day 2026 membuka tirainya di Kota Kinabalu, Sabah pada 24 Mei 2026.
Menariknya, sambutan diterima sangat luar biasa sehingga tiket penyertaan habis dijual dalam tempoh singkat.
Selepas Sabah, siri jelajah ini akan diteruskan ke:
Sebelum acara kemuncak berlangsung di Putrajaya pada 12 Julai 2026.
Pendaftaran sebenarnya sudah dibuka sejak 13 April lalu dan orang ramai digalakkan mendapatkan slot lebih awal.
Dalam dunia moden hari ini, ramai kanak-kanak keluar rumah tanpa sarapan lengkap.
Ada yang hanya minum air kosong, ada pula sekadar makan ringan sebelum ke sekolah.
Sedangkan menurut pakar pemakanan, sarapan penting untuk membantu:
Sebab itu Milo Malaysia Breakfast Day 2026 bukan hanya fokus kepada aktiviti fizikal, tetapi turut membawa mesej penting mengenai pemakanan seimbang.
Salah satu kekuatan utama Milo Malaysia Breakfast Day 2026 ialah suasana kekeluargaan yang dibawa dalam acara ini.
Selain larian 3km yang direka khas untuk keluarga, peserta juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik seperti:
Bagi peserta yang mahukan cabaran lebih besar, kategori larian 5km turut diperkenalkan khusus di Putrajaya.
Ini menjadikan Milo Malaysia Breakfast Day 2026 lebih inklusif kerana sesuai untuk semua tahap kecergasan.
Tak kira sama ada baru nak mula aktif atau memang minat bersukan, semua boleh turut serta.
Menurut Pegawai Eksekutif Perniagaan Milo, Nestle (Malaysia) Berhad, Ng Su Yen, program ini mencerminkan komitmen berterusan Milo dalam memperjuangkan gaya hidup sihat rakyat Malaysia.
Katanya, Milo Malaysia Breakfast Day 2026 bukan sekadar acara tahunan tetapi satu gerakan untuk menggalakkan rakyat membina tabiat pemakanan yang lebih baik setiap hari.
Sejak diperkenalkan pada tahun 2013, program ini sudah menyatukan lebih setengah juta rakyat Malaysia.
Satu lagi tarikan utama dalam Milo Malaysia Breakfast Day 2026 ialah kemunculan semula Trak Imersif 360° Milo Goodness.
Trak interaktif ini memberi pengalaman menarik kepada pengunjung untuk melihat proses penghasilan Milo selain memahami nilai dan sejarah jenama tersebut.
Kanak-kanak biasanya paling teruja dengan pengalaman interaktif seperti ini.
Acara kali ini juga bakal dimeriahkan dengan kehadiran dua sahabat Milo iaitu:
Kehadiran mereka dijangka menjadi inspirasi kepada golongan muda untuk mengamalkan gaya hidup lebih aktif dan sihat.
Hakikatnya, gaya hidup sihat anak-anak bermula dari rumah.
Jika ibu bapa sendiri tidak mengambil berat soal sarapan dan aktiviti fizikal, anak-anak juga akan terbiasa dengan rutin yang sama.
Sebab itu program seperti Milo Malaysia Breakfast Day 2026 sangat penting kerana ia membantu membentuk budaya hidup sihat secara bersama sebagai sebuah keluarga.
Dalam dunia yang semakin sibuk hari ini, kadang-kadang perkara paling asas seperti sarapan pagi pun mula diabaikan.
Namun melalui Milo Malaysia Breakfast Day 2026, rakyat Malaysia diingatkan semula bahawa hidup sihat sebenarnya bermula daripada rutin kecil setiap pagi.
Mungkin, perubahan besar dalam sesebuah keluarga juga boleh bermula hanya dengan satu pagi yang lebih aktif, lebih sihat dan lebih bermakna bersama insan tersayang.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Mengimbas kembali peristiwa menyayat hati, tiada siapa menyangka sebuah pertengkaran yang bermula kerana masalah duit akhirnya meragut nyawa seorang ibu kepada tujuh orang anak.