
“Memang 13 tahun hidup tanpa elektrik, suami isteri tahan konvoi Sultan Pahang akui baru mohon 2025.
Pasangan suami isteri yang menahan konvoi rombongan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang melalui Kampung Kuala Sat tampil memberikan penjelasan bahawa mereka sebenarnya baru membuat permohonan bekalan pemasangan elektrik tahun 2025. Bukan 13 tahun lalu sebagaimana tular sebelum ini.
“Kami mohon jangan salahkan sesiapa. Pembetulan di sini, “kami memang hidup tanpa elektrik selama 13 tahun tetapi kami mohon elektrik pada tahun 2025 dengan usaha ulang-alik sendiri.
“Kami berkongsi hanya untuk kegembiraan yang kami syukuri atas titah Tuanku. Tuanku ampun Tuanku dan kepada TNB terima kasih kerana menunaikan impian kami. Insya-Allah dalam masa terdekat kami akan update semula apabila semuanya sudah siap 🤗,” kongsinya di media sosialnya, Muhammad Ramadahan9602.Ads
Suami Isteri Tahan Konvoi Sultan Pahang Akui Baru Mohon 2025

Semalam tular video beliau, isteri serta anak kecilnya menahan konvoi kenderaan dipandu Al-Sultan Abdullah yang ketika melalui laluan Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling di mana dirinya mengangkat plakad tertera tulisan “Ampun Tuanku mohon berhenti sekejap” untuk menarik perhatian konvoi kenderaan Sultan Pahang.
@muhammadramadhan9602♬ Oh Tuhan Mudahkanlah Jalan Hidupku – Naylaluthfia
Semalam tular video beliau, isteri serta anak kecilnya menahan konvoi kenderaan dipandu Al-Sultan Abdullah yang ketika melalui laluan Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling di mana dirinya mengangkat plakad tertera tulisan “Ampun Tuanku mohon berhenti sekejap” untuk menarik perhatian konvoi kenderaan Sultan Pahang.
Dalam video yang meraih perhatian ramai dengan jumlah tontonan 1.7 juta, Muhammad Ramadhan berkongsi kisah keperitan mereka sekeluarga yang hidup tanpa bekalan elektrik kepada Baginda Sultan yang terkenal prihatin dengan nasib rakyat jelata.
Dan dengan hanya satu panggilan telefon, nasib keluarga ini yang 13 tahun hidup tanpa bekalan elektrik berubah di mana pihak TNB telah menghantar tiang-tiang lampu bagi memudahkan elektrik dipasang di kampung berkenaaan pada hari yang sama.
Anda mungkin berminat dengan
Walau ramai mengecam tindakan TNB kerana membiarkan ada penduduk tidak menikmati kemudahan asas, namun Muhammad Ramadhan berkata dirinya tidak menyalahkan sesiapa. Malah berkata permohonan baru dibuat tahun lalu. Dirinya sangat bersyukur kerana rayuannya didengari malah berkata akan berkongsi kegembiraan itu kelak apabila menerima kemudahan asas itu kelak.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

