Bukan senang anak lelaki nak buat keputusan apabila mendapat permintaan yang sama, nak-nak apabila sudah berumah tangga.
Tersepit, itu biasa. Hati belah keluarga isteri nak kena jaga dan hati ibu sendiri pun kena pastikan tidak terguris. Untuk tidak mengeruhkan keadaan dan fahamkan anda yang baru masuk alam rumah tangga, boleh baca penjelasan daripada Ustaz Auni Mohamad ini sejenak…
Anak Lelaki Bila Mak Suruh Balik Kampung
Anak lelaki bila mak suruh balik kampung, mak mertua pun suruh balik hari yang sama juga, nak balik mana? Hukum feqah kata wajib dahulukan mak kandung.
Anak perempuan bila makan bersama mak ayah dan suaminya, nak senduk nasi untuk mak ayahnya dulu atau suaminya? Hukum feqah kata wajib layan suaminya dahulu.
Ads
Anak bila ayahnya suruh buat sesuatu, dalam masa yang sama mak pun suruh buat sesuatu yang lain, nak buat yang mana dulu? Hukum feqah kata wajib dahulukan perintah mak.
Antara ibu ayah dan dan ank isteri mana dulu yang wajib diberi nafkah? Hukum feqah kata wajib dahulukan anak isteri.
Kita ada adik beradik yang hidup susah, kawan kita pun ada yang susah. Nak tolong siapa dulu. Hukum feqah kata dahulukan adik beradik.
Ads
Urusan rumah tangga bila bertembung dengan urusan jemaah berbaiah yang kita sertai, mana dulu nak diutamakan? Hukum feqah kata anak isteri dulu.
Wajib Ikut Hukum
Ads
Setuju atau tidak, hukum tetap hukum. Wajib kita ikuti. Kalaulah semua orang faham hukum hakam agama ini, bukankah itu dapat mengharmonikan kehidupan berkeluarga.
Lebih harmoni jika kita dapat bertoleransi dan bertolak ansur. Contoh, bila kita makan dengan mertua, isteri sendukkan dahulu nasi untuk kita(suami). Kita pula beri nasi itu pada mertua.
Kan cantik macam itu. Bila ibu boleh berkata “takpa.. buat dulu apa yang ayah kau suruh buat tu. Pastu buat yang mak suruh”. Inilah Tasawuf.
Wallahu’alam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sempena sambutan Hari Guru 2026 bertemakan “Guru Bitara Nadi Negara”, berikut antara idea hadiah hari guru paling function yang ramai cikgu sendiri approve!
Stapler, penebuk lubang, pita pelekat dan klip kertas mungkin nampak kecil, tetapi sangat penting dalam tugas harian seorang guru.
Ramai guru menggunakan wang sendiri untuk mencetak latihan tambahan pelajar. Sebab itu kertas A4 menjadi antara hadiah hari guru paling berguna.
Marker pen memang cepat habis digunakan di sekolah. Jadi hadiah ini confirm dipakai.
Pen eksklusif dengan nama guru memberi sentuhan profesional dan lebih personal.
Bagi guru yang selalu menggunakan slide presentation, alat ini sangat membantu semasa mengajar.
Nampak simple tetapi sangat praktikal untuk menyimpan alat tulis supaya lebih tersusun.
Guru memang banyak jadual dan urusan harian. Planner membantu mereka lebih teratur.
Minyak masak, gula atau tepung mungkin nampak biasa, tetapi sebenarnya sangat membantu terutama guru yang sudah berkeluarga.
Biskut, coklat, kek atau makanan ringan sentiasa menjadi pilihan popular untuk hadiah hari guru.
Kopi, teh atau minuman coklat 3-dalam-1 memang praktikal untuk guru hilangkan penat di sekolah.
Pes rendang, sambal atau kari sangat membantu guru yang sibuk dan balik lewat dari sekolah.
Minuman yang mudah disediakan di rumah atau ketika jamuan sekolah.
Ini antara hadiah hari guru paling popular setiap tahun khususnya untuk guru wanita.
Sabun, losyen dan syampu memberi rasa relaks selepas penat mengajar sepanjang hari.
Simple tetapi sangat berguna. Ramai cikgu suka simpan di meja sekolah.
Aksesori kecil yang membantu menaikkan seri pakaian guru.
Perfume saiz poket mudah dibawa ke mana-mana dan sesuai digunakan sepanjang hari.
Boleh digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk pakaian dan dekorasi rumah.
Ramai guru mengalami sakit kaki dan lenguh kerana berdiri terlalu lama mengajar.
Hadiah ini membantu menambah keselesaan guru ketika duduk di meja kerja.
Kad ucapan handmade atau crochet buatan sendiri mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi.
Antara hadiah hari guru yang memberi manfaat berpanjangan dan penuh makna.
Ringan, mudah dibawa dan sangat praktikal untuk guru wanita.
Guru bukan melihat pada harga sesuatu hadiah, tetapi keikhlasan dan usaha murid yang memberi.
Sebab itu ramai guru lebih menghargai hadiah hari guru yang:
Hari Guru bukan sekadar sambutan tahunan. Ia juga waktu untuk menghargai insan yang banyak berkorban mendidik anak-anak.
Ramai guru bekerja lebih masa, menggunakan wang sendiri dan berusaha memastikan murid berjaya.
Kadang-kadang ucapan kecil dan hadiah hari guru yang simple pun cukup membuat mereka rasa dihargai.
Tak perlu tunggu hadiah mahal untuk menggembirakan seorang guru. Benda paling simple dan function itulah yang paling diingati.
Dalam dunia seorang guru, penghargaan kecil daripada murid boleh menjadi memori yang disimpan sampai bila-bila.
Simpati dengan apa yang berlaku, niat murni pencinta haiwan nak selamatkan kucing jadi tragedi apabila dia terjatuh ke dalam longkang sedalam 12 meter dalam kejadian di Taman Melaka Perdana, Ayer Keroh, Melaka.
Apa yang menyedihkan, mangsa lelaki berusia 32 tahun mengalami cedera kaki kanan dan terperangkap hampir 30 minit ke longkang sebelum disedari orang awam.
Menerusi portal Sinar Harian, Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 10.58 pagi sebelum sepasukan 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Bukit Katil bersama bantuan Balai Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.
Menurutnya, dipercayai mangsa cuba menyelamatkan seekor kucing yang berada di kawasan semak berbukit di belakang rumahnya ketika cuaca mendung dan hampir hujan.
“Bagaimanapun, mangsa dikatakan terpijak penutup longkang konkrit sebelum terjatuh ke dalam longkang berkenaan.
“Operasi menyelamat segera dijalankan sebelum mangsa berjaya dibawa naik dan diserahkan kepada ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk dihantar ke hospital,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Mangsa dibawa naik menggunakan teknik hauling dengan bantuan Sked Stretcher untuk proses mengangkat mangsa.
Ujarnya, operasi berjaya dikawal pada jam 12.41 tengah hari sebelum tamat sepenuhnya kira-kira 25 minit kemudian.
UPDATE: Menurut cerita mangsa yang dikenali sebagai Naim, dia bukan nak selamatkan kucing tetapi mahu ambil barang dan tiba-tiba penutup longkang pecah.
Tulisnya lagi, “Bomba dan doktor pelik, macam mana aku boleh survive jatuh this deep. Masa kat dalam tu memang I thought it was my last day coz nobody heard me. And stuck sampai at least 3 jam sebab aku tinggi dan longkang ni dalam untuk keluarkan. Dan benar lutut aku terbelah on top of other injuries!
Kadang-kadang begitulah, musibah singgah tanpa diduga. Apa pun, didoakan semoga lelaki itu cepat baik dan boleh bergerak seperti biasa semula.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Setiap wanita hamil pasti pernah mengalami situasi mengidam atau keinginan luar biasa terhadap makanan tertentu.
Namun bagi seorang wanita dikenali sebagai Qalisha, pengalaman makan mangga ketika hamil menjadi detik yang tidak mungkin dilupakan sepanjang hidupnya.
Apa yang pada awalnya kelihatan seperti perkara biasa akhirnya bertukar menjadi pengalaman penuh misteri dan trauma sehingga meragut anak dalam kandungannya.
Kisah yang dikongsikan wanita itu kini menjadi perhatian ramai selepas mendakwa mengalami pelbagai gangguan aneh selepas memakan buah mangga yang dipetik dari luar pagar rumah.
Menurut Qalisha, ketika kandungannya mencecah usia empat bulan, dia tiba-tiba terlalu teringin makan mangga telur.
Secara kebetulan, terdapat sebatang pokok mangga yang menjulur keluar dari kawasan belakang rumahnya dan dipenuhi buah.
Disebabkan menyangka pokok tersebut tidak bertuan, dia mengambil keputusan memetik beberapa biji mangga sebelum memakannya.
Namun dia sama sekali tidak menyangka tindakan makan mangga ketika hamil itu menjadi permulaan kepada sesuatu yang menakutkan.
Pada malam selepas kejadian itu, Qalisha mula mengalami sakit perut yang sangat kuat dan berpanjangan.
Pada awalnya dia menganggap ia hanya masalah biasa dialami wanita hamil.
Tetapi keadaan menjadi semakin pelik apabila dia mula mengalami gangguan ketika tidur.
Menurutnya, dia sering terasa seperti ditindih sesuatu ketika separuh sedar.
Semakin menyeramkan apabila Qalisha mendakwa dirinya sering bermimpi berada di sebuah bilik bersalin yang sunyi dan dingin.
Dalam mimpi tersebut, dia berada seorang diri tanpa kehadiran jururawat atau doktor.
Apa yang lebih menakutkan, muncul satu lembaga hitam tanpa wajah menghampirinya secara perlahan.
Gangguan demi gangguan membuatkan emosinya semakin tidak stabil.
Menurut Qalisha, suaminya juga mula menyedari perubahan aneh yang berlaku padanya.
Satu malam, suaminya terjaga dan melihat dia duduk tegak di atas katil sambil merenung tajam.
Apa yang menakutkan, matanya kelihatan kemerahan dengan wajah yang sangat menyeramkan.
Namun wanita itu sendiri langsung tidak mengingati kejadian tersebut.
Selepas pengalaman makan mangga ketika hamil itu, keadaan dirinya menjadi semakin membimbangkan dari hari ke hari.
Selain gangguan tidur, Qalisha turut mengalami pelbagai simptom pelik.
Dia sering merasa tidak selesa di bahagian perut selain mengalami tekanan emosi yang sukar dijelaskan.
Malah dia mengakui sering berasa takut tanpa sebab terutama ketika waktu malam.
Keadaan tersebut menyebabkan keluarganya mula bimbang dengan keselamatan dirinya dan bayi dalam kandungan.
Menjelang hari bersalin, keadaan Qalisha menjadi semakin serius.
Pada satu malam, dia mengalami kesakitan luar biasa sehingga mendakwa seolah-olah berada dalam sebuah bilik tertutup dipenuhi kain kuning.
Dalam keadaan lemah itu, dia ternampak satu lembaga berambut panjang berada di satu sudut bilik.
Tidak lama selepas itu, dia dilaporkan pengsan sebelum dikejarkan ke hospital.
Pemeriksaan lanjut mendapati bayi dalam kandungan Qalisha meninggal dunia dalam keadaan yang tidak sempurna.
Kehilangan tersebut meninggalkan trauma mendalam kepada dirinya dan keluarga.
Kisah makan mangga ketika hamil itu membuatkan ramai netizen kembali mengaitkan pesanan orang tua tentang larangan mengambil sesuatu tanpa izin terutama ketika hamil.
Walaupun kisah ini sukar dijelaskan secara logik, ramai berpendapat pengalaman yang dilalui mungkin berkait dengan tekanan emosi dan trauma sepanjang kehamilan.
Namun tidak kurang juga yang percaya ada perkara yang tidak dapat dijelaskan secara saintifik.
Apa pun pandangan masyarakat, pengalaman makan mangga ketika hamil itu nyata memberi kesan mendalam kepada wanita berkenaan.
Selepas melalui tempoh pemulihan yang panjang, Qalisha akhirnya kembali hamil setahun kemudian.
Namun pengalaman lalu menjadikannya jauh lebih berhati-hati terutama dalam soal pemakanan dan perkara yang dianggap meragukan.
Dia juga mengakui lebih menghormati nasihat orang tua yang sebelum ini dianggap sekadar petua lama.
Bekas isteri penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek atau Dr. Fie, 36, berharap kes komital yang difailkan pelantun lagu Andai Derita dapat diselesaikan segera untuk membolehkannya menjalani kehidupan dengan tenang.