Pakai Masker Bedak Sejuk Dari Malam Ke Pagi, Berkesan Baiki Kulit Muka Waktu Berpantang

Masker bedak sejuk ini salah satu masker yang baik untuk kulit. Paling penting, ia boleh dipakai dari malam hari sampailah kita bangun pagi, baru bersihkan. Lagi bagusnya, nak sapu ke seluruh badan pun boleh. Tak ada kesan sampingan.

Cuma sekarang ini bedak sejuk dah jarang sangat orang kita pakai. Selalunya, wanita dalam pantang saja rajin guna bedak sejuk. Sebabnya masa dalam pantang inilah nak rawat balik kulit yang dah lalui perubahan sepanjang 9 bulan kehamilan.

Ibu dalam pantang akan amalkan waktu malam sebelum tidur dan biarkan semalaman. Esok paginya baru dibersihkan dengan air semasa mandi, Ada juga yang pengguna tegar akan amalkan pakai pedak sejuk beras hari-hari atau ketika berada di rumah.

Mereka seronok memakainya sebab, masker bedak sejuk ini tak beri kesan sampingan. MW hubungi Puan Noraziah Othman,yang mengusahakan bedak sejuk bersama suami untuk berkongsi kebaikan bedak sejuk kepada kulit wanita dan cara penghasilannya.

Manfaat Bedak Sejuk

√    Bantu menyejukkan dan membersihkan kulit wajah.

√    Merawat masalah kulit seperti ruam dan jerawat.

 

IKLAN

Buat Sendiri Bedak Sejuk Titik Di Rumah

1. Rendam beras dahulu selama lebih 6 bulan.

2. Bila beras dah betul-betul hancur, tapis dengan kain kasa agar beras yang masih belum hancur dapat dipisahkan.

3. Air beras tadi biarkan mendak.

4. Mendakan itulah nanti yang akan dititik di atas kain menggunakan daun pisang.

 

IKLAN

Pakai Masker Bedak Sejuk Dari Malam Ke Pagi, Berkesan Baiki Kulit Muka Waktu Berpantang

Cara Pakai Masker Bedak Sejuk

1. Biji-biji bedak ambil sekadar perlu dan larutkan dalam air.

2. Sebaiknya air tapisan, air zam-zam atau air mineral.

3. Bila biji-biji bedak dah larut, ambil larutan bedak, sapu pada kulit dan biarkan ia kering.

IKLAN

4. Biasanya pengguna bedak sejuk beras akan amalkan hari-hari atau waktu berada di rumah.

5. Elok amal pakai waktu malam sebelum tidur dan biarkan semalaman.

6. Esok pagi boleh bersihkan kulit dengan air semasa mandi.

 

Cara Simpan Bedak Sejuk Titik Agar Tak Rosak

Simpan bedak sejuk dalam bekas kering yang berpenutup. Elakkan bekas yang lembap atau mencampurkan bedak lembap dengan yang kering.

Sumber/ Foto: Blog Noraziah Othman

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI