Serina mohon hadiahkan Al-fatihah & yasin untuk nenek yang sedang tenat.  Ibu Datuk Chef Wan, Noraini Abdullah atau lebih mesra dipanggil Cik Ani yang berusia 90 kini sedang tenant.

Seperti mana yang dikongsikan oleh Serina yang juga anak perempuan Chef Wan, dirinya memohon doa agar orang ramai menghadiahkan Al-Fatihah dan Yasin.

Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin

Serina menerusi perkongsian juga memaklumkan neneknya kini berada di Hospital.

“Assalamualaikum semua minta jasa baik bantu Nenek Serina Cik Ani Sayang, hadiahkan Al Fatihah dan Yasin untuk nenek mudahkan urusan dia sedang tenat di Hospital Kanser tahap 4 dah merebak.

“Moga Allah mudahkan urusan & perjalanan nenek ku, beri kekuatan buat papa @_chefwan58 & seluruh keluarga kami yang dalam kesedihan.

“We ❤ You so much Nenek. 😭 Moga Allah ampunkan dosa dosa nenek, terima segala amalan ibadah nenek, insan yang cukup kuat semangat & sentiasa ceria. Moga di angkat segala kesakitan dan diberi ketenangan,” luah Serina.

Al Fatihah Hajah Noraini Binti Abdullah

Chef Wan Terima Segalanya Dengan Hati Terbuka

Seperti yang diketahui, Chef Wan sentiasa menjaga dan mengambil berat mengenai tahap kesihatan ibunya yang sudah uzur. Malah Chef Wan juga berkata dia berjaya mendapatkan ‘suite room’ di sebuah hospital swasta buat ibunya.

Malah menerusi perkongsian yang dimuat naik sebelum ini, ibunya kelihatan tenang dan tidak nampak sakit meskipun sudah terlantar di hospital.

Bagaimanapun, kegagalan hati disebabkan pertumbuhan kanser yang besar telah membuatkan otak Cik Ani berada dalam keadaan keliru dan ‘hilang’.

IKLAN

Malah bapa kepada Serina juga mengakui bahawa sampai suatu masa dia akan kehilangan ibu tercinta. Oleh sebab itu, dia menerima segala yang berlaku dengan hati yang terbuka. Sebagai anak, Chef Wan bersyukur kepada Allah kerana mengurniakannya seorang ibu yang hebat, disayangi dan dihormati oleh ramai orang di luar sana.

Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin Untuk Nenek Kini Sedang Tenat “Moga Allah Mudahkan Urusan Perjalanan”   Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin Untuk Nenek Kini Sedang Tenat “Moga Allah Mudahkan Urusan Perjalanan”  

“Moga Allah Angkat Segala Kesakitan Buat Nenek” Rakan Artis

Menerusi ruangan komen rakan artis dan juga warganet memberikan doa yang terbaik buat nenek Serina.

Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin Untuk Nenek Kini Sedang Tenat “Moga Allah Mudahkan Urusan Perjalanan”   Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin Untuk Nenek Kini Sedang Tenat “Moga Allah Mudahkan Urusan Perjalanan”   Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin Untuk Nenek Kini Sedang Tenat “Moga Allah Mudahkan Urusan Perjalanan”  

Serina Mohon Hadiahkan Al-Fatihah & Yasin Untuk Nenek Kini Sedang Tenat “Moga Allah Mudahkan Urusan Perjalanan”  

IKLAN

Baca Disini : “Sedekah & Kebajikan Ibu…”, Chef Wan Sediakan Jururawat Khas Jaga Maknya, Dibayar RM5800 Sebulan

Sekian Lama Jaga Emak, Chef Wan Hiba Mak Ani Disahkan Kanser

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Sumber / Sumber Foto : Instagram Serina Redzuawan

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.
Reen Bakal Dirikan Rumah Tangga Tak Lama Saja Lagi

Rajinnya Datuk Sheila Majid Berolahraga Untuk Pastikan Badannya Sentiasa ‘Fit’

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI