Ads

Gagal Tidurkan Anak Awal Waktu Malam, Petanda Ibu Ayah Tak Berjaya Disiplinkan Anak

Tidurkan Anak Awal
Tidurkan Anak Awal

Gagal tidurkan anak awal pada waktu malam adalah antara kesilapan utama ayah dan ibu dalam membentuk disiplin anak. Nak-nak jika sampai lewat malam pun, anak masih pegang telefon dan berada dalam dunianya sendiri tanpa kawalan.

Gagal Tidurkan Anak Awal Waktu Malam

Gagal Tidurkan Anak Awal Waktu Malam, Petanda Ibu Ayah Tak Berjaya Disiplinkan Anak

Menurut perkongsian Abdullah Al Hafiz, anak yang tidur lewat akan sukar bangun awal, mudah terlepas Subuh, kurang fokus belajar, cepat letih dan akhirnya terbentuk rutin hidup yang tidak teratur.

Akhirnya ibu bapa marah anak kerana sukar bangun pagi, sedangkan puncanya bermula malam sebelumnya.

Jangan biarkan anak menentukan sendiri waktu tidurnya. Anak belum mampu melihat akibat jangka panjang. Ayah dan ibulah yang mesti menetapkan batas.

Ads

Petanda Ibu Ayah Tak Berjaya Disiplinkan Anak

Gagal Tidurkan Anak Awal Waktu Malam, Petanda Ibu Ayah Tak Berjaya Disiplinkan Anak

Didikan bukan bermula ketika anak bangun pagi. Didikan sebenarnya bermula pada malam sebelumnya — apabila ibu bapa menentukan bila anak perlu berhenti bermain, meletakkan telefon dan masuk tidur.

Ads

Kalau sejak kecil anak dibiasakan hidup berjadual, insya-Allah apabila besar dia lebih mudah menjaga solat, masa, tanggungjawab dan disiplin dirinya.

Kadang-kadang, ibu bapa perlu mengguna kuasa veto untuk memerintah anak supaya tidur awal. Namun perlu diingat, ini untuk kebaikan anak kita sendiri. Mahukah anda melihat anak lesu dan murung sepanjang perjalanan ke sekolah? Atau anda ingin melihat anak yang cergas setiap pagi?

Ads

Gagal Tidurkan Anak Awal Waktu Malam, Petanda Ibu Ayah Tak Berjaya Disiplinkan Anak

Anda mungkin berminat dengan

Jangan hanya marah anak kerana susah bangun pagi, kalau malamnya kita sendiri gagal mendidiknya untuk tidur awal. Kalau malam anak tidak terurus, jangan hairan apabila paginya menjadi kelam-kabut.

Dan jangan tunggu sehingga anak mula gagal memberi tumpuan, emosi tidak stabil, berat badan meningkat atau tertidur di dalam kelas menjadi kebiasaan.

Disiplin pagi sebenarnya dibina pada malam hari. Dan antara hadiah terbesar ibu bapa kepada anak bukanlah telefon mahal atau permainan mahal, tetapi rutin hidup yang baik sehingga memudahkan mereka taat kepada Allah.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Suami Sakit

Hilang Sumber Pendapatan Sejak Suami Sakit, Ibu Anak Empat Niaga Dalam...

Diuji suami sakit secara tiba-tiba kerana sakit buah pinggang dan kanser darah limfoma, ibu anak empat ini tetap gigih berdiri di bawah payung kecil yang dipacak di tepi bonet kereta demi mencari sesuap nasi dan selesaikan komitmen bulanan.