tidurkan anak

Bagus perkongsian Puan Masturah Abu bakar ini, dikumpul daripada tip kawan-kawannya dan dia sampaikan pula mak-mak di luar sana yang mempunyai masalah nak tidurkan anak.

Serius, kalau anak jenis tidur lambat esoknya nanti ada yang meragam nak bangun pagi pergi sekolah. Mak ayah juga yang haru. Kalau ikutkan tak susah pun tetapi kena mulakan dan istiqomah ikut tip yang dikongsi. Nah, jemput hadam dulu!

9 Tip Tidurkan Anak Awal

Pernah tak korang rasa lega sangat-sangat bila anak-anak dah tidur? Rasa macam baru menang perang dunia.

Tidurkan anak memang mencabar. Lagi susah kalau kita tak biasakan anak-anak dengan RUTIN TIDUR.

Rutin TIDUR ni kita sebagai mak ayah yang kena BINA dan BIASAKAN.

‘Bina rutin’ ialah bina peraturan dan persekitaran.

‘Biasakan’ maksudnya kena buat secara teratur dan konsisten.

Tapi jangan anggap kita buat peraturan hari ni, anak boleh terus ikut.

Saya pun ambil masa agak lama untuk betulkan waktu tidur Sarah dulu. Masa umur 6 bulan ke atas, Sarah dah pandai ajak main sampai tengah malam.

Bila tanya kawan-kawan, anak mereka semuanya tidur awal. Pukul 7 petang pun ada.

Mereka bagi tips dan saya amalkan. Saya juga buat observasi sendiri tentang anak-anak saya.

IKLAN

Saya bina rutin dan biasakan, lama-lama menjadi.

Antara rutin kami ialah:

1) Ajar rutin waktu tidur

Saya pilih jam 9 pm sebagai waktu masuk bilik. Lepas masuk bilik, anak-anak tak tidur terus. Lompat tilam, main, bergurau, bercakap. Sebab bateri tak habis lagi.

Selalunya dalam setengah jam kemudian barulah mereka akan tidur.

2) Mesti konsisten dan sama

Waktu mestilah sama dan konsisten setiap hari. Supaya anak-anak terbiasa dengan rutin. Bila dah terbiasa, mereka senang untuk tidur awal.

IKLAN

3) Minta anak bersedia

Saya akan beri amaran sebelum masuk bilik. “Anak2, 10 minit lagi kita nak masuk bilik dah ya.”

Jadi anak-anak akan lebih aware, bersedia dan tak terkejut untuk habiskan aktiviti mereka on the spot.

4) Pastikan anak-anak kenyang dan minum air secukupnya

5) Bacakan buku sebelum tidur

Bedtime story sangat bagus untuk perkembangan otak anak-anak. Ia juga boleh create bonding, mengurangkan stress dan merangsang imaginasi mereka.

IKLAN

6) Bina batasan waktu untuk pillow talk

Anak-anak suka bercakap sebelum tidur. Cerita dan soal jawab anak-anak memang takkan pernah habis.

Jadi kita kena bagi masa untuk mereka bercakap dalam 3-5 minit.

Kenapa pillow talk penting? Sebab anak-anak akan bercakap dari hati ke hati tentang hari yang mereka lalui. Sama juga macam orang dewasa yang perlukan pillow talk sebelum tidur.

7) Padam lampu

Suasana gelap membantu badan rembeskan hormon melatonin. Hormon ni membantu manusia untuk tidur. Jadi, wajib tutup lampu sebelum tidur.

8) Pasang bacaan quran atau zikir

9) Jangan layan sekiranya anak ajak bermain atau bercakap

Kita kena tegas bab ni. Makin kita layan, makin galak dia berjaga sampai lewat malam.

Ok, mak-mak… malam ini boleh mulakan tip tidurkan anak ini ya. Moga mampu bersabar dan dapat hasilnya nanti.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI