Mak-mak, jangan sesekali abaikan hubungan dengan Allah. Jangan lupa doa buat anak dan orang tersayang. Mungkin sibuk dengan rutin harian, tetapi kalau terlepas betapa ruginya kita sebab lupa minta pada Allah.

Seperti kehidupan mak-mak yang lain, Puan Mastura Mohd Ismail juga melalui fasa kehidupan yang lebih kurang sama. Keluar mencari rezeki dan ada masa nak doakan orang tersayang pun buat cepat-cepat. Kesannya?

Haaa… mari kita renungkan.

TAK SEMESTINYA DOA UNTUK ANAK

Sejak isu pengasuh dan dera anak ni, saya rasa terpanggil nak share satu perkara yang terjadi pada saya sendiri dan perkongsian daripada seorang ustaz yang merubah pandangan saya.

Ada satu hari tu, The Amnas tak sihat.
Saya ambil cuti untuk jaga diorang dua.
Time tu bulan puasa, saya pun tengah sarat.

Ya rabbi, nak jadi cerita hari tu lah hari yang dua dua decide tak berapa nak behave.

Bangun pagi bocor atas katil, lepastu rebut mainan, tarik rambut sana, gigit sana sini, jerit jerit, taknak pakai baju, conteng sofa conteng dinding.

Sampai saya rasa stress sangat sangat sangat.
Rasa macam tak percaya kenapa tiba tiba diorang macam ni.

At the same time rasa macam memang Allah nak uji sangat and bagi pahala lebih, lagi lagi bulan Ramadhan kan.

Risau saya akan lebih lebih marahkan diorang, cepat cepat text husband. Just bagitau rasa stress je. Perlukan kata kata semangat dari dia.

Sekali lunch hour, husband terus sampai rumah dengan makanan favourite diorang, and terus suapkan makan, settlekan sapa yang nak poopoo and suruh saya rest.

Sempat husband nasihat diorang macam macam suruh behave suruh jaga ummi suruh tolong ummi.

Time tu rasa macam baru tersedar dari lamunan.

Rasa macam, uishh memang emosi perempuan ni macam ombak eh.

Tetiba jadi monster jadi hilang sabar, jadi hilang segala prinsip parenting or whatsoever,
tetiba boleh pulak jadi yg paling sabar, paling penyayang, paling ceria dan banyak lagi.

Saya duduk terdiam lepas husband pergi kerja balik.

Duduk muhasabah balik mana hilangnya kesabaran dan kecekalan saya.

Takkan saya nak anak anak saya bayangkan saya seorang ummi yg garang, suka marah and segala yg tak baik kan.

Nak jadi cerita, apa yang buat saya paling terkesan adalah malam tu.

Time dah nak tidur.
Amna macam biasa akan book nak tidur dengan saya. Aleya kat mana mana dan dengan siapa pun dia boleh tidur.

IKLAN

Tiba tiba Amna panjat katil, duduk tepi saya

“Ummi, ermm boleh tak amna nak cakap sikit dengan ummi?”

Gulpp.

Ayat ni, ayat yang saya akan cakap dengan Amna everytime saya nak slowtalk dengan dia tentang behavior dia.

Tak sangka dia guna sebijik sebijik ayat tu

” Boleh sayang. Amna nak cakap apa? “ saya tanya

” Hurmmm,
” Hurmmm,
” Ummi, ummi memang marah sangat sangat sangat ke kat Amna harini? “

………………………

Saya sedih.

Amna bulan ni baru genap 4 tahun. Tapi kadang mungkin sebab dia petah sangat bercakap, dia sangat independent, banyak benda boleh buat sendiri, saya terlayan dia macam orang besar, mengharapkan dia faham.

Saya tahu dia terkesan haritu, saya tahu hati dia mungkin sedikit terluka dengan ketidaksabaran saya.

Terus saya peluk dan rangkul dia ketat ketat

” Ummi sorry.. ummi sorry Amna, ummi bla bla bla blaa…

IKLAN

Amna pun macam biasa, bila dah dapat explaination, dia pun akan cool dan tenang sikit.

Lepastu dia sambung cakap lagi

” Ummi, ummi kena sabar tau. Kalau kakak buat salah, ummi sabar la…. “

Muka dia penuh pengharapan

Aduh, memang insaf sangat rasa malam tu. Dan malam tu juga, saya terbaca perkongsian dari seorang ustaz ni tak ingat dah sapa.

Yang ni yg saya nak share ni.

Doakan Anak-anak

Katanya, wanita ni darjat dia tinggi.
Bayangkan, doa seorang ibu adalah doa yg paling senang Allah nak makbulkan.

Tapi kadang kadang si ibu ni banyak focus doa utk anak anak.

Doa nak anak pandai
Doa nak anak soleh solehah
Doa nak anak senang solat
Doa nak anak terpelihara
Doa nak anak jadi hafiz hafizah

Semua tu bagus dan sangat penting
Tapi si ibu selalu terlupa untuk berdoa untuk DIRINYA SENDIRI

Doa Allah bagi kekuatan mental, physical, emotional dan spiritual bila deal dgn anak.

Doa Allah pelihara amarah kita dari dilampiaskan kepada anak anak.

IKLAN

Doa Allah pelihara segala tindakan yg tak sepatutnya terhadap anak.

Doa Allah jaga percakapan kita dengan anak anak.

Doa Allah kurniakan setinggi tinggi kesabaran bila anak tantrum.

Doa Allah lembutkan hati untuk sentiasa terima baik buruk anak kita.

Doa Allah sentiasa ilhamkan kita perkara yg terbaik untuk kita didik anak anak.

Usaha Seorang Ibu

Doa doa ni yang selalu para ibu terlepas pandang

Kadang kadang kita rasa atas usaha kita lah anak anak kita behave.

Atas ilmu parenting yg kita gali, anak kita terbentuk.
Atas kekreatifan kita, anak kita tak tantrum.
Atas kerajinan kita sediakan makanan, anak kita bukan jenis picky eater.

Betul semua tu, sebab semua benda tanpa usaha adalah sia sia,
tapi yang sebenarnya, semua tu asbab sahaja.
Semua tu adalah BANTUAN Allah pada kita.

Hubungan Dengan Allah

Sebab tu jadi seorang ibu ni penting sangat kekuatan hubungan dengan Allah.

Sebab segala yang kita nak yang terbaik,
Allah lah yang akan kabulkan.
Allah lah yang akan tunjukkan jalan.
Allah lah yang akan mudahkan

Kalau kita punya hubungan dengan Allah pun fail, kita time solat pun terkejar-kejar.
Solat pun asalkan solat, lepas solat sikit pun tak nak spend masa nak betul betul berdoa. Terus cabut telekung sambung buat kerja rumah dan lain-lain.
Macam mana kita nak kuat untuk teruskan journey mendidik anak kita dengan acuan agama Islam yang sebenar.

Terus saya rasa macam ditampar tampar!

Semua ibu dalam dunia ni nakkan yang terbaik untuk anaknya.

Tapi tipulah kalau kadang kadang kita tak ‘breakdown’ bila deal dengan anak anak terutama fasa diorang baru nak explore macam macam benda.

Jangan Pandang Remeh Pasal Doa

Sebab tu jangan pandang remeh bab DOA dan APA yg kita doakan.

We never know dari celah mana Allah nak tolong kita dan kabulkan doa kita

Just….. jangan lupa, DOA

” Ya Allah, jangan engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri walaupun kadar sekelip mata sekalipun atau kadar masa yang lebih singkat dari itu, ya Allah, ya Tuhan kami, Engkau Tuhan yang Maha Memperkenankan segala permintaan “

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI