Ads

Keluarga Irene Sofiya Kecewa Dan Sedih, Harap Pelaku Terima Hukuman Setimpal

Irene Sofiya
Irene Sofiya

Keadaan Irene Sofiya Mohd. Khairool Faisal cukup tragis, keluarga kepada pelajar perempuan tingkatan empat yang ditemukan meninggal dunia dipercayai dibunuh di sebuah sekolah di Yong Peng, berharap pelaku menerima hukuman setimpal dengan perbuatannya.

Keluarga Irene Sofiya Kecewa Dan Sedih

Keluarga Irene Sofiya Kecewa Dan Sedih, Harap Pelaku Terima Hukuman Setimpal

Datuk arwah, Khyar Abbas berkata, dia amat kecewa dan sedih dengan cara cucunya yang dipelihara sejak berusia sembilan tahun itu menemui ajal.

Menurutnya, Irene Sofiya merupakan seorang cucu yang baik dan pemergiannya secara tragis itu amat sukar diterima seluruh keluarga.

“Saya sungguh sedih dengan pemergian cucu saya ini, dengan cara yang tragis. Kalau dia pergi dalam keadaan sakit atau apa sekalipun, mungkin saya boleh terima.

“Tetapi keadaan dia ketika ditemui semalam, saya sendiri tidak sampai hati untuk menggambarkan bagaimana keadaannya.

Ads

“Dia budak yang baik. Semoga dia dirahmati Allah,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Parit Selamat di sini hari ini.

Khyar berkata, keluarga berharap proses undang-undang terhadap individu yang bertanggungjawab dapat dilakukan sebaik mungkin dan hukuman sewajarnya dikenakan.

Harap Pelaku Terima Hukuman Setimpal

Keluarga Irene Sofiya Kecewa Dan Sedih, Harap Pelaku Terima Hukuman Setimpal

Ads

Sementara itu, ibu saudara arwah, Siti Nur Faeza Khyar berkata, Irene Sofiya merupakan seorang pelajar yang pendiam, namun tidak pernah menyusahkan keluarga dan mampu berdikari dalam urusan pembelajarannya.

“Kalau tanya saya secara jujurnya, dia seorang budak yang sangat pendiam. Senang cerita, dia bukan orang yang susah untuk dijaga.

Ads

“Kalau pasal pelajaran, dia akan jalan sendiri. Dia tahu apa yang dia perlu buat,” katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Keluarga Irene Sofiya Kecewa Dan Sedih, Harap Pelaku Terima Hukuman Setimpal

Arwah merupakan anak tunggal dan ibunya yang juga seorang doktor pakar meninggal dunia akibat kanser kira-kira lapan tahun lalu.

Jenazah Irene Sofiya kini masih menjalani proses bedah siasat di Hospital Sultanah Nora Ismail dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam berhampiran kediaman datuknya selepas solat asar hari ini.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Cerita Lain

Pelajar Perempuan 16 Tahun

Pelajar Perempuan 16 Tahun Ditemui Tidak Bernyawa Di Dewan Sekolah

Satu lagi berita yang cukup menyayat hati apabila seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun, dilaporkan ditemui tidak bernyawa di dalam sebuah dewan sekolah menengah di Yong Peng, Batu Pahat, Johor, pada petang Sabtu, 3 Oktober 2026.