Mak ayah ada hoarding disorder, anak menantu sepakat bersihkan rumah ketika orang tua buat  Makkah. Rasa sayang dan suka menyimpan barang-barang  antara “penyakit” yang banyak melanda orang tua.

Merasakan barang tersebut ada nilai sentimental, boleh digunakan lagi antara penyebab mengapa terlalu banyak barang-barang lama khususnya tupperware dan “tippuware”, pinggan mangkuk, pakaian dan lain-lain  disimpan oleh mak ayah hingga rumah tiada ruang kosong lagi. Paling utama ianya buat rumah nampak tidak kemas dan semak.

Mak Ayah Ada Hoarding Disorder

Satu perkongsian dari seorang anak @aainaa.nordin di Tik Toknya mendapat perhatian ramai anak-anak selepas wanita ni berkongsi video anak-anak dan menantu buat projek membersihkan rumah dan memberi nafas baru ke atas rumah pusaka saat orang tua mereka ke Makkah.

Bermula dari barang-barang menimbun khususnya, pinggan mangkuk, Tupperware mahu pun “tippuware” yang bersusun-susun, akhirnya rumah kelihatan bersih selepas banyak-barang disisih dan dibuang berbanding tabiat menyimpan oleh kebanyakan mak-mak kita atas alasan sayang mahu membuangnya dan ada lagi banyak kegunaan.

Tidak hanya menyisihkan Tupperware yang menjadi kesukaan mak-mak, kotak-kotak disusun rapi di bawah dapur masak, rumah keluarga juga turut dicat baru untuk keselesaan keluarga ketika mak ayah berada di Makkah.

@aainaa.nordinPOV : Mak Ayah g umrah, anak-anak & menantu projek declutter & makeover 😎♬ Le Monde – From Talk to Me – Richard Carter

Dapat dilihat, menimbun barangan yang dibuang yang mana sepatutnya khidmat roro digunakan tetapi kerana budget mereka adik beradik sudah “menipis”, ia hanya dilonggokkkan di hadapan rumah sebelum pekerja pembersihan memungutnya dua hari sebelum mak ayah mereka balik.

IKLAN

Saat ditanya oleh mereka yang melihat videonya apakah reaksi ibu ayahnya ketika melihat rumah sudah bersih, lapang dan cantik sebaik sampai dari Makkah, kata Aaainaa dia sudah maklumkan akan bersihkan rumah.

Anak Menantu Sepakat Bersihkan Rumah Ketika Orang Tua Buat Umrah

“Lagi pun  sebelum mak ayahnya berangkat pergi, kami terlebih dahulu memaklumkan akan membersihkan rumah. Mungkin mereka sendiri tidak tahu apa yang kami buang dan sisih kerana video itu ada di part 3,” katanya yang sudah membuat dua video berkaitan hal sisih dan buang ini dan meraih perhatian 2.1 juta orang.

Perkongsiannya jelas menarik minat anak-anak yang lain  bahkan ada yang memaklumkan pernah membersihkan rumah  selepas ayah meninggal.

Tapi  masalahnya, “saya buat camni kat rumah mak saya lepas ayah meninggal. order 4 tong roro ya. lepas tu mak call kampung cakap anak-anak nak halau dia.

IKLAN

Masa yang sama, seorang anak @sya azman berkongsi, “Hahaha sama lps ayah i meninggal baru kitorg kemas umah, arwah ayah i hoarder..kalau i buang something dia check kt tong smpah.

Isu mak ayah ada hoarding disorder ini menarik perhatian @Nadiahbliss apabila berkongsi “Ayah saya duduk sorang, tapi sudu dia ada 100000. Masa dia g kedai, saya buang sudu dia dalam sawah belakang rumah 🤣.

@erin memaklumkan, “saya pernah buat cmni. Pastu die cite kat sume sedara mara erin buang barang dia. Daging rebus die kata baru pun erin buang.. pdhal mase buang tu saya dah rasa.

IKLAN

Moga dipermudahkan urusan mereka bila mak ayah suka menyimpan barang-barang nie ya.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- Derita Lebih 10 Tahun Berjirankan ‘Cikgu’ Hidup Dalam Longgokan Sampah

Mulanya Suka Simpan Sikit, Sampai Barang Takde Nilai Pun Sayang Nak Buang.. Itu Bahaya!

Tabiat Sayang Nak Buang Barang, Nampak Ringkas Tapi Sebenarnya Anda Mungkin Alami Kecelaruan Mental

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Cantik idea TV boleh pusing-pusing tapi pasanglah dengan betul. Anak hampir kena hempap TV sebab pemasangan modern. Syukur panjang umur anak. Cantik idea TV boleh dipusing-pusing ni,tapi kena pastikan ia dipasang dgn betul,tepat,teguh untuk elak kemalangan.

Sumber Video : Tik Tok @imasalsuzaima
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI