Pelajar 14 tahun meninggal dalam tidur, mimpi arwah isteri jadi petanda anak dijemput Allah. Hebatnya ujian Allah ke atas bapa ini. Ujian yang tidak semua orang mampu hadapinya.

Di saat orang lain punya ramai ahli keluarga, namun bagi  Kadri dirinya kehilangan satu persatu ahli keluarga. Bermula dari isteri, diikuti anak perempuan sulungnya yang meninggal akibat keguguran dua tahun lepas, terkini anak lelaki tunggalnya yang berusia 14 tahun, Muhammad Khairul Anuar pula mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia.

Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur

Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur, Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah
Muhammad Khairul Anuar, 14 tahun mengikut jejak ibunya ke alam baqa. Betul-betul sehari selepas pada tarikh kakak sulungnya meninggal dunia dua tahun lalu.
Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur, Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah
Jenazah pelajar ini selamat dikebumikan selang beberapa baris dari kubur kakak sulungnya, Shulnanif Kadri.

Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama. Arwah sepatutnya mewakili sekolah dalam  pertandingan acara memanah peringkat negeri Pahang namun takdirnya berubah apabila ditemui sudah meninggal.

Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah

Sebelum kejadian tidak terduga  menimpa  satu-satunya anak lelaki yang ada, bapa tunggal ini mengakui dirinya ada bermimpi bertemu arwah isteri.

“Patutla saya rindukan dia. Ketika dirinya masih di asrama. Dah dua tiga hari perasaan rindu itu datang. Malam tadi saya mimpikan mak dia cikgu. Rupanya ini petanda saya akan kehilanganya” katanya yang berkongsi perasaan sedihnya dengan seorang guru, Mohamad Afbrar Sulaiman.

 

IKLAN

Apa yang lebih menyayat hati, di saat dirinya diuji berterusan dengan kematian ahli keluarga, terkini seorang lagi anak perempuan keduanya, Ustazah Maisarah sedang bertarung dengan kanser. Penyakit yang sangat ditakuti ramai kerana kesannya.

Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur, Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah
Kunjungan dari ahli politik DS Ismail yang menyampaikan sumbangan buat keluarga ini
Pelajar 14 Tahun Meninggal Dalam Tidur, Mimpi Arwah Isteri Jadi Petanda Anak Djemput Allah
Ustazah Maisarah yang juga anak kedua sedang menderita kanser. Moga diberi kesembuhan buat keluarga ini yang diuji satu persatu dengan kematian.

Sementara itu  perkongsian fb dari ahli politik Datuk Seri Ismail Mohamed Said dalam ziarah kasih kepada keluarga yang diuji ini.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Siang tadi ziarah ke rumah Abg Kadri di Flat C Rantau Perintis ekoran khabar duka yang kami terima semalam.

IKLAN

Anak bongsunya, Muhammad Khairul Anuar, pelajar Tingkatan 2 Maahad As Sultan Ahmad Shah Ad Dini Bandar Jengka dijemput Ilahi ketika dalam tidur di asrama..Semoga abg Kadri tabah dan sabar..Mohon doakan juga kesihatan buat anak ke 2 Abg Kadri yang menghidap kanser, semoga diberi kesembuhan.. InsyaAllah

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui segala-galanya. Moga ujian sebesar ini menguatkan semangatnya untuk kekal tabah.

BACA ARTIKEL MENARIK DI SINI :- 51 Tahun Berkahwin Tak Pernah Berjauhan, Ajal Suami Isteri Meninggal Dunia Bersama Ketika Tidur!

IKLAN

Takdir Ajal Bersama Sehidup Semati, Suami Isteri Meninggal Kemalangan Motosikal Berkuasa Tinggi

Pasangan Sehidup Semati, Isteri Meninggal Hanya 34 Minit Selepas Suami Dijemput Ilahi

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Semoga Shila tabah harungi dugaan bersama adik beradik. Shila sememangnya wanita kuat dan dari kecil sudah bekerja untuk keluarga tersayang. Besar pengorbanan anak perempuan ND Lala ni.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI