“25 tahun kahwin, tidak dikurniakan anak.” Isteri ini tak menyesal, berhenti kerja jaga suami kanser. Suaminya disahkan mengidap kanser usus.
Sebagai seorang isteri, wanita ini sanggup berhenti bekerja semata-mata untuk menjaga suaminya yang menghidap kanser usus sejak dua tahun lalu.
Tak Menyesal
Menurut Azizah Ismail, 57, suaminya, Mohamad Salim Lim Abdullah, 77, yang juga seorang mualaf dikesan menghidap kanser itu selepas mengalami kesukaran untuk membuang air besar.
Katanya, disebabkan itu dia tekad untuk menjaga suaminya apabila doktor mengesahkan kanser itu sudah merebak ke tahap tiga selain menghidap asma.
“Perkahwinan kami sejak 25 tahun lalu tidak dikurniakan anak, namun saya tidak menyesal kerana selagi ada kudrat, saya akan menjaga suami.
“Sebelum sakit, suami menjalankan perniagaan sendiri namun terpaksa berhenti selepas disahkan menghidap kanser dan sejak itu kami tiada mata pencarian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Taman Mawar, Hutan Kampung, Alor Star, Kedah.
Ads
Tidak DiKurniakan Anak
Menurut Azizah, suaminya menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM500 sebulan namun wang yang diterima digunakan sepenuhnya untuk membawa suaminya berulang alik ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) selain makan minum mereka.
“Saya perlukan bantuan kewangan kerana sekarang wang yang ada tak cukup untuk menampung kehidupan kami kerana saya tak bekerja apatah lagi menghidap kencing manis.
“Suami sudah menjalani rawatan kimoterapi sebanyak enam kali tetapi disebabkan tidak tahan, dia tidak dapat meneruskan rawatan seterusnya,” katanya.
Katanya, suaminya boleh makan dengan baik dan minum susu formula khas dan najis atau air kencing akan terus disalurkan menerusi saluran pembuangan di perut menggunakan beg stoma.
Ads
“Beg stoma itu disumbangkan oleh pihak Majlis Kanser Nasional (MAKNA) hanya untuk tempoh enam bulan dan ini bulan terakhir kami menerimanya.
“Satu beg itu digunakan untuk sehari tetapi kadangkala tidak cukup menyebabkan saya beli sendiri dengan harga RM11 sekeping.
“Suami juga kerap penat kerana paru-parunya juga mempunyai masalah. Saya perlukan katil pesakit khas untuk membantunya bernafas dengan baik,” katanya.
Sehubungan itu, orang ramai yang ingin menyalurkan sumbangan boleh menghubungi Azizah di talian 014-3036234.
Sementara itu, Pengerusi Cancer Survivors Malaysia (CSM), Zuraini Kamal menziarahi pasangan itu hari ini dan pihaknya membantu menyalurkan sumbangan barangan serta wang tunai untuk kegunaan mereka.
Mingguan Wanita : Semoga suaminya dikurniakan kesembuhan dan isteri terus tabah berdepan dengan ujian berat ini. Insyallah.
Walaupun sudah tujuh tahun menempuhi hidup sebagai ibu tunggal namun Sakilla Hanis Mohamed, 38 atau lebih senang disapa dengan panggilan Killa mampu menyara tiga orang anaknya. Malah dia juga kini sudah bergelar kontraktor wanita yang berjaya.
APA YANG WANITA INI BUAT
1. Pegang kata-kata yang diungkap untuk dirinya dan ibu tunggal di luar sana, “Bangunlah! Bersemangatlah! Senyumlah! Kita insan yang terpilih.
2. Muhasabah diri dan terus-terusan perbaiki diri ke arah yang lebih baik dan diberkati Allah.
3. Pedulikan apa sahaja kata-kata yang melemahkan. Kita insan dan wanita yang kuat!”
INI CERITA LEPAS…
“Saya berkahwin pada tahun 2006 dan telah dikurniakan tiga orang cahaya mata. Pada awal perkahwinan lagi saya telah berkecimpung di dalam bidang perniagaan. Semasa mengandungkan anak yang pertama terhasillah sebuah ladang orkid saya dan suami ketika itu.
Alhamdulillah berkat usaha, saya berjaya menjadi petani contoh dan petani terbaik negeri Selangor serta memasuki beberapa pertandingan orkid peringkat kebangsaan dan menang beberapa kategori antara orkid terbaik. Kejayaan saya makin kemuncak di mana perniagaan yang saya jalankan membuahkan hasil.
DIDUGA BERCERAI
“Namun langit tidak selalu cerah, rumah tangga saya dilanda musibah. Saya bercerai dengan suami pada tahun 2010 dan ketika itu anak-anak masih kecil. Yang paling menyedihkan penceraian saya telah membawa satu titik hitam iaitu segala apa yang saya usahakan (perniagaan saya dan ladang orkid saya) habis musnah. Bermulalah kehidupan ‘struggle’ saya bersama-sama anak-anak.
“Saya dilanda kemurungan selama tiga bulan. Anak-anak saya abaikan. Arwah abah dan maklah orang yang menjaga saya dan anak-anak ketika itu. Sehingga satu ketika arwah abah panggil dan nasihat. Malam selepas peristiwa abah menasihati saya, saya menangis sepuas-puasnya. Alhamdulillahlah keesokan hari satu semangat baru datang dalam diri dan saya tekad bangun dan belai semula anak-anak saya.
“Allah sentiasa bersama-sama dengan hambanya yang sabar. Saya diberi peluang oleh Lembaga Zakat Selangor dalam bantuan perniagaan dan juga Jabatan Pertanian. Saya mula balik dari bawah. Kebangkitan saya diiringi doa dan kata-kata semangat daripada arwah abah dan mak. Pada tahun 2012 saya dinobat sebagai Usahawan Asnaf Terbaik dan diberi penghargaan dan hadiah berupa wang tunai, sijil, dan set persalinan Melayu oleh Sultan Selangor,” ujar Killa yang cukup bersemangat mahu berkongsi kisah hidupnya bersama pembaca Mingguan Wanita.
ABAH PERGI…
“Sekali lagi saya diuji pada tahun 2015 saya jatuh dalam perniagaan semula atas sebab rakan kongsi perniagaan saya berbuat perkara yang tidak baik di atas kepercayaan yang diberi. Di saat saya dan anak-anak memerlukan seorang ketua keluarga, abah saya yang menjaga kami anak beranak sejak saya menjadi ibu tunggal, dipanggil menghadap Ilahi. Ya Allah dunia seakan menghempap saya. Dengan siapa lagi saya boleh berkongsi cerita dan mendapat kata nasihat. Selama ini abahlah tempat saya mengadu, tempat saya berpaut. Di mana saya bekerja pasti abah bersama. Apa pun yang hidup pasti akan mati..
“Sekarang saya berdikit untuk bangun semula dan kejatuhan tak pernah membuat saya terus berduka dan merenung nasib. Berapa kali jatuh bangun pun kita, yang penting bangunlah kembali. Allah bersama-sama dengan orang yang sabar dan berusaha. Anak-anak dan mak penguat saya. Saya kena dan wajib terus kuat untuk anak-anak dan mak.
“Pengalaman pahit juga saya alami iaitu dianiaya oleh rakan niaga. Sehingga along pemungut hutang mencari saya kerana rakan niaga telah silap percaturan menggunakan nama syarikat atas pinjaman dia. Alhamdulillah saya berusaha selesaikan sebanyak RM26 ribu walaupun itu bukan masalah daripada saya,” jelas Killa yang sudah terlibat dalam dunia perniagaan kontraktor iaitu melakukan kerja sivil dan pertukangan selama 10 tahun.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Makin menjadi-jadi penangan gajet dalam rumah tangga pasangan suami isteri ini. Semuanya gara-gara ‘games’ mahupun media sosial yang suami rasanya, lebih menarik dari layan isteri sendiri.
Sudahnya, suami lebih rela pegang gajet lama-lama, berbanding pegang isteri sendiri. Makan hati sungguh isteri yang terpaksa isytihar perang saudara dengan gajet suami ini.
Kalau boleh nak sorok diam-diam, lepas itu buat tak reti. Tapi nanti jangankan perang saudara, mahu perang dunia ketiga meletus. Jadi, sebelum melarat hadamkan nasihat daripada Ariff Ismailini.
“Bang…tolong sayang beli roti kat bawah jap”
Rayu bini.
“Jap la, bagi abang 5 minit, tgah online mobile legend ni..nanti kalah.”
Jawapan Suami.
Seharian kita dah keluar bekerja, bila balik rumah tangan tak lepas dengan “handphone “. Begitu juga hujung minggu, sesaat tak pegang gadget boleh dapat “rasukan ablasa”.
Bini dah sibuk urus rumah urus dapur, kita pulak tetap sibuk dengan gajet, mobile legend la, PUBG la, football manager la. Bila nya ada “QUALITY TIME” dengan bini.
Cuba bayangkan en abang sekalian, cik bini yang sibuk dengan gajet kita yang buat semua benda pulak? Mau tak keluar suara komander kita jeritkan bini.
Dalam rumah tangga ni kena saling memahami,
jangan esok esok naik mahkamah bercerai sebab gajet. Mau viral satu Malaya. Baru ada akal masa tu.
Saya pun sama bukan nak cakap orang lain la, bila balik kampung tangan tak lepas dengan gadget, bila tak ada line internet boleh meroyan. Tapi saya adakan “QUALITY TIME ” dengan ayah saya.
Borak dengan beliau tanya perkembangan kampung. Haha melawak je, tanya pasal diri beliau la, tanya pasal kampung saya bukan YB. Luangkan masa yang berkualuti untuk yang tersayang.
Jangan Tanya Kenapa Bini Layan Tak Layan Je Kita
Bila masa saya ambil anak, gajet pun saya ketepikan kecuali berkaitan hal hal penting business dan kecemasan. Sebab saya tak nak anak saya ikut apa yang saya lakukan.
Hati perempuan ni lain brother, mula mula dia akan berleter marahkan kita, tapi lama lama dia biarkan aje kita dengan gajet kita. Masa ni baru tahu langit tinggi rendah.
Jangan tanya kenapa bini layan tak layan je kita. Sebab kita pon lagi pentingkan gajet dari dia.
Nak guna gajet ni tak salah brother, yang salah jika kita letak gajet melebihi dari keutamaan kita yang lain.
Ini tidak, pagi petang siang malam dengan gajet, sampai nak tido pon dengan gajet, ni tidur dengan bini ke dengan gajet?
Jom kita ubah…mungkin kita boleh mulakan satu hari satu jam tanpa gajet. Jangan nak cakap time tido tu pulak 1 jam tanpa gajet.
Penyanyi bersuara emas, Shila Amzah meluahkan rasa syukur dan kelegaan apabila majlis pernikahan ibunya, Fauziah Sarman, dengan pasangan baharu berlangsung dengan penuh sederhana namun sarat makna.
Majlis tertutup yang diadakan semalam itu menyaksikan detik manis ibu tersayang kembali disatukan selepas melalui fasa kehidupan yang tidak mudah.
Bagi Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 35, pengalaman kali ini cukup istimewa. Malah mencatat sejarah peribadi apabila dia sendiri menguruskan perjalanan majlis pernikahan tersebut.
Jadi “Mak Pengantin”
“Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar semalam. Pertama kali menjadi mak pengantin, lucu pula rasa bila salam kaut diberikan kepada saya (tapi sudah pasti masuk dalam beg mak),” tulisnya berseloroh dalam Threads.
Shila juga berkongsi kisah lucu bagaimana ibunya dan bapa tirinya, Zainal, tidak pernah menghadiri kursus kahwin, hingga membuatkan mereka seketika menjadi panik apabila dimaklumkan perlu berbuat demikian.
Namun di sebalik gelak tawa itu, Shila paling bersyukur kerana suaminya, Ubai, sentiasa berada di sisi membantu memudahkan segala urusan.
“Terima kasih suami, Ubai kerana mengiringi perjalanan ini,” tulisnya penuh penghargaan.
Doa Seorang Anak: Bahagia Itu Hak Setiap Jiwa
Melihat ramai yang turut menitipkan doa, Shila berharap agar perkahwinan yang dibina ibunya kali ini terus diberkati dan berkekalan hingga ke akhirnya.
“Kebahagiaan itu milik semua, insya-Allah cepat atau lambat sahaja. Perjalanan kita tak akan pernah sama, tetapi semua mahu ke pengakhiran yang serupa juga.”
Semalam, Fauziah selamat bergelar isteri kepada Zainal dalam sebuah majlis yang sederhana namun penuh kasih sayang. Sebelum ini, Fauziah pernah mendirikan rumah tangga dengan penyanyi era 80-an, Datuk ND Lala, dan mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Shila, Amir Syafiq, Amir Syahir dan Nur Syuhada.
Namun pada 2 Ogos 2023, perkahwinan itu berakhir selepas ND Lala melafazkan cerai di masjid dan memaklumkan kepada Fauziah melalui WhatsApp. Lafaz tersebut kemudian disahkan sebagai sah oleh Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.