
Dihempap blok konkrit tiba-tiba, kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) kategori ketidakupayaan intelektual atau autisme sempat memohon agar ibu tidak memarahinya sebelum maut apabila dia dihempap blok konkrit semasa bermain dan menggali lubang di kawasan pasir di depan rumah di Kampung Dalam Rhu, Pasir Puteh.
Sayu hati membaca nasib ini, dan bapa kepada kanak-kanak 12 tahun itu meminta orang ramai tidak menyalahkan isterinya atau keluarga berhubung kejadian menimpa anak sulungnya, Mohammad Yusof Nor Ismail.
Anak Autisme, Cukup Aktif

Nor Ismail Nasir,52, berkata anaknya adalah orang kurang upaya (OKU) masalah pembelajaran yang sukar dikawal kerana mengalami autism hiperaktif.
Kejadian berlaku ketika dia bekerja di Pasir Mas memasang cermin sebelum menerima panggilan isterinya, Nurul Anis Abdul Rahman, 36, memaklumkan anak terjatuh dan meminta isterinya membawa ke hospital.
“Ketika tiba di rumah, saya lihat ada polis, anak saya jenis autisme yang agak buas. Saya reda dengan kejadian yang berlaku,” katanya ditemui di Kampung Bukit Gedombak.
Salah Seorang masih Dirawat Di Hospital

Sebenarnya ada dua kanak-kanak OKU pembelajaran yang juga murid Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan (SK) Dalam Rhu, terjatuh ke dalam lubang telaga pasir sebelum mereka dihempap simen konkrit akibat hakisan pasir di Kampung Telaga Papan, Semerak.
Namun seorang daripadanya maut, manakala seorang lagi mangsa yang cedera di leher masih dirawat di hospital.
Nor Ismail berkata, sebelum ini anaknya tidak pernah bermain di kawasan konkrit seberat lebih 200 kilogram itu, namun mengakui anaknya sukar dikawal kerana terlalu aktif, namun isteri dan keluarga menjaganya dengan baik.
Kanak-kanak Dihempap Blok Konkrit Sempat Beritahu Nak ‘Pergi’ Dah

Sementara itu, Nurul Anis berkata, kejadian berlaku ketika dia berada di rumah bersama tiga anak, Muhammad Sharif, 8; Muhammad Hadif,6, dan Muhammad Ammar, 2, manakala Mohammad Yusof dan adiknya, Siti Nur Amaliana,10, bersama bapa saudara mereka, Mohd Yunus Nasir, 12, bermain di halaman rumah.
Baca Artikel: Ibu Sebak Anak Maut Dihempap Pokok Kelapa Sawit Reput -“Dia Pakai Cantik, Wangi Sangat”
Katanya, Siti Nur Amaliana kemudian pulang ke rumah memaklumkan Mohamad Yusof dan Mohd Yunus terjatuh ke dalam lubang pasir dan ditindih batu.

Anda mungkin berminat dengan
“Saya ke tempat kejadian dan melihat anak terlungkup dalam lubang pasir, lalu memanggil orang kampung membantu mengalihkan konkrit itu, malah saya sendiri turun dalam lubang itu untuk mengambil anak.
“Ketika bawa dia keluar, anak masih bernyawa dan sempat beritahu ‘Mat dah nak pergi, tak dapat pergi sekolah dah’,” katanya.
Jenazah kanak-kanak itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Wakaf Berangan jam 1.20 pagi tadi selepas urusan bedah siasat selesai di Hospital Tengku Anis (HTA).
Seorang lagi mangsa, Mohd Yunus kini mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.
Sumber: Berita Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

