Debaran buat mak ayah bila anak hari pertama masuk sekolah. Risau, takut dan mula fikir, bolehkah anak-anak berdikari nanti. Semua ini pasti akan dilalui oleh setiap mak ayah.

Mesti perlbagai ragam hari pertama anak masuk sekolah. Menangis tak mahu masuk kelas, nak mak ayah ada bersama dan macam-macam hal lagi. Kebiasaan keadaan ini berlaku pada anak yang darjah satu, pra sekolah atau tadika.

Sebagai mak ayah, jangan cepat kasihan atau sedih bila hari pertama anak masuk sekolah. Biarkan dan lepaskan dia pada guru untuk ‘handle’. Balik dan datang pada waktu yang telah ditetapkan.

Cukup menarik perkongsian daripada Khairul Kamilin ini tentang ragam hari pertama anak masuk sekolah. Hantar dan terus balik. Jangan nak pandang-pandang lagi.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: PESANAN Buat Mak Ayah Hantar Anak Ke Sekolah, Inilah Masa Untuk Anak Berdikari

Cuci Uniform Sekolah Anak Putih Bersih Tak Perlu Sental!

Info Lebih Menarik DI SINI

‘Drama’ Hari Pertama Anak Masuk Sekolah

Kalau ditanya, apa yang paling cikgu pra sekolah atau tadika atau tahun satu harap daripada ibu bapa pada hari pertama persekolahan, jawapannya ialah:

BALIK.

Aku eja semula ya.

B.A.L.I.K.

Balik, balik, balik!

Balik dengan yakin dan bangganya!

Cikgu ni nak halau tak sampai hati.

Tetapi kalau dah cakap lembut-lembut, baik-baik pun tak faham-faham, duk terseret-seret lagi kaki tu, haih, berbulu tahu tak?

Dari dalam kelas, ke pintu. Dari pintu, ke tingkap. Dari tingkap, ke 10 meter.
Dari 10 meter, ke 100 meter. Melambai-lambai, babai-babai. Lambat-lambat.
Haih.

Tolong. Tolong.

Ringkas dan tegaskan “perpisahan sementara” itu. Serius, ia akan membantu perkembangan anak itu 100%, bahkan memudahkan tugas guru lebih 80%.

IKLAN

Masalah cikgu selesai, anak cepat berdikari dan cepat pandai.

Cikgu penat sekali je jaga anak-anak. Bukan sampai penat dua kali nak kena handle mak bapak budak pulak.

Selagi duk ‘tertonggok’ muka depan tu, percayalah anak akan makin mengada.
Bacalah mana-mana buku psikologi pun.

Kadang-kadang kita ini biarkan emosi ‘kasihan’ kita melebih-lebih dan ‘underestimate’ kemampuan anak kita.

Separation Anxiety tu biasa. Menangis, meraung itu biasa.
B.I.A.S.A.

Kita yang dah tua-tua ni pun takut berpisah. 18 kali berpisah pun takut lagi. Mungkin kali ke 19 baru ok. Yang penting, kita lakukan dengan betul dan serahkan kepada guru yang terlatih untuk ‘handle’ juga dengan cara yang betul.

Pesan Pada Anak

Bisikkan lembut pada telinga anak,

“Mama bagi adik duduk belajar dan main dengan cikgu dan kawan-kawan dulu ya. Nanti bila cikgu kata, “Ok kita dah nak balik”, adik keluar dengan kawan-kawan, mesti adik akan nampak mama kat sini (tunjuk tempat menunggu). Mama janji”

Cukup.

Senyum. Lepaskan anak. Lambai sekali. Pergi. Jalan terus. Jangan toleh.

Kalau drama kuat, tarik menarik, sebaik cikgu pegang je anak tu, jangan berlengah. Lajukan langkah. Pergi. Tak payah ngada sangat nak interview cikgu pula.

IKLAN

“Boleh ke ni cikgu?”
“Tak apa ke dia ni?”
“Alolo kecian anak mama ni..”
“Kejap je ya…kejaaaap ja…”

Cikgu pandang muka mama tadi, lalu berkata,

“Hoi, kau blah boleh tak?”

Ayat ni belum lah pernah dikeluarkan oleh mana-mana cikgu di Malaysia atau dunia. Aku yakin. Gila apa nak cakap macam tu.

Tapi kalaulah dunia ini tiada adab dan boleh luah apa saja, mungkin itulah antara ayat yang akan keluar.
Seriuslah.

Percayalah kepada kebijaksanaan guru. Kau percaya aku, aku percaya kau.
Anak-anak itu kita sama-sama jaga.

Kau ibu bapa di rumah, kami ibu bapa di sekolah.
Ini tempat kami jadi ibu, balik rumah ambil alih, jangan pula buat tak tahu.

Cikgu tu pi ngaji mahal-mahal, bertahun-tahun. Belajar psikologi, sosiologi, segala jenis logi diangkut. Tiba-tiba ibu bapa pula mahu ambil alih tempat cikgu tentukan itu ini. Haih.

Lagi parah dan ‘STRICTLY NO, NO!” apabila mak ayah mahu jadi pemantau cikgu pula. Duduk menyibuk dalam kelas sama-sama.

Nanti cikgu keluar ayat,

“Hang duk sinilah ajaq..biaq aku yang balik”,

IKLAN

baru hang ada akai.

Last sekali.
Bila anak nak balik hari pertama, pastikan jemput ON TIME. Ditempat yang dijanji. WAJIB.

Pagi tadi kan dah ada ayat janji, ingat tak?
Mungkir janji hari pertama ini ibarat ‘dosa besar’ yang akan bagi kesan teruk yang agak lama kepada anak.

Kita mahu dia faham, ia perpisahan sementara.
Bukan ditinggalkan sebab tak suka.
.
Boleh faham kan?
Ok, balik!

Mingguan Wanita : betul sangat apa yang dikatakan ini. Tak perlu kasihan pada anak sebab kalu manjakan sampai bila nak berdikari. Kena ajar dari awal. Itulah permulaan dan mungkin inilah yang menjadi kenangan bila ingat balik hari pertama ke sekolah.

Sumber : Khairul Kamilin

 

 

ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!

Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.

Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura

Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita