Bila tinggal bersama dengan adik beradik, memang tak sah kalau tak bermasam muka atau tak puas hati. Mesti ada saja yang tak kena di mata. Dengki dan cemburu itu pasti ada walaupun sekelumit.

Namun, bermasam muka, kecil hati atau dengki tidak akan berterusan. Sebabnya, air dicincang tak akan putus. Marah macam mana sekali pun kalau dah nama adik beradik tentu kita tak akan sampai hati.

Mungkin bagi kita, tapi ada juga adik beradik yang bermasam muka sampai bertahun-tahun tak bertegus sapa. Sedihnya, ada sepanjang hayat berdendam hinggakan ada yang putus saudara.

Ingat, adik beradik walaupun bermasam muka, kecil hati sekalipun, pada merekalah kita akan minta tolong atau bantuan. Tidak sesekalipun rasa malu sebab itulah darah daging kita.

Kalau ada adik beradik yang lebih mementingkan kawan-kawan, setakat manalah kawan itu boleh tolong. Mereka pun ada keluarga sendiri. Ingat tu.

Ruginya, kalau adik beradik bermasam muka dan saling berdendam. Ikuti luahan perkongsian daripada Firdaus Shakirin. Betul apa yang dikatakan itu.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Untungnya Adik Beradik Bersepakat, Kumpul Duit Bantu Mak Ayah, Hidup Pun Berkat!

Tak Guna KAYA Kalau TAK MAMPU Bantu Adik Beradik Sendiri, Dahulukan Ahli Keluarga

Info Lebih Menarik DI SINI

IKLAN

Tak Perlu Bermasam Muka Atau Kecil Hati

Adik beradik kalu gaduh, masam muka dan tak bertegur sapa, RUGI.

Nanti bila orang tua dah tak ada, bila orang tua dah meninggal, siapa lagi yang kita ada kalau bukan adik beradik sendiri…?

Nak mintak tolong dengan kawan? Nak bermalam kat rumah kawan? Beraya dengan kawan? Nanti sakit kawan jaga? Semua kena cari kawan sebab dengan adik beradik sendiri lama dah tak jumpa sebab bersengketa.

Smpai bila kawan tu nak tolong kita? Nak ada untuk kita…?

Dia bukannya ada pertalian apapun dengan kita. Bukan keluarga kita, darah daging kita, dia ada keluarga sendiri, adik beradik sendiri dan dia ada masalah lain jugak.

Adik beradik ni, walaupun kita tak rapat, walaupun kita jarang jumpa, jarang bersembang, tapi ikatan tu tetap ada, takkan putus sampai bila-bila.

IKLAN

Tak Sampai Hati

Abang, kakak, adik…sulung ke, tengah ke atau bongsu, kalau dah namanya adik beradik, kita tak boleh nak biarkan adik beradik yang lain jadi susah, walaupun kita tak mampu bagi wang ringgit atau harta benda, sekurangnya kita tetap tawarkan sesuatu untuk membantunya…

Kita tak smpai hati…

Kalau hari ni kita bergaduh dengan adik beradik kita, hari ni kita tak bercakap langsung dengan adik beradik kita dan kalau hari ni tengok muka adik beradik kita pun kita benci, meluat, nanti bila orang tua dah tak ada, dah meninggal dunia, siapa lagi yang kita ada…?

Mula-mula rasa boleh hidup tanpa adik beradik yang lain, tapi lama-lama bila berlakunya sesuatu dalam hidup kita, masa tu baru kita nak cari adik beradik kita, kemungkinan adik beradik kita pun dah tak ada.

Kita pun dah tak tahu kat mana dia tinggal…

Manfaatkan ikatan kekeluargaan yang terjalin, jangan dirosakkan dengan dengki, cemburu, tak puas hati dan sebagainya…

IKLAN

Walaupun dia adik beradik kita, tapi rezeki kita takkan pernah sama dengan dia. Jangan pernah bandingkan rezeki kita dengan adik beradik yang lain. Kena ingat sampai bila-bila.

Mingguan Wanita : Ingat, seribu kali minta tolong dengan adik beradik pun tak kisah. Tapi kalau dengan kawan mesti malu kan. Jadi, jagalah ikatan kekeluargaan ini sebaiknya.

Sumber: Firdaus Shakirin

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI