“Ibu sibuk ni, pergi main sana!” Walaupun mak ayah sibuk sekalipun jangan cakap begini pada anak. Bimbang anak-anak akan serik dengan sikap mak ayah bila dimalukan sebegini.
Ternyata pada mak, ayah mungkin tidak berniat untuk melafazkan kata-kata tersebut, tetapi kesannya amat berat pada emosi anak.
Sibuk Sekalipun Jangan Cakap Begini Pada Anak
Oleh itu sebelum berkata-kata fikirkan dahulu baik, buruknya. Kongsi Mohd Fhais Salim, kasihan sungguh pada anak-anak yang selalu kena shaming trap.
Shaming trap ini adalah situasi di mana anak-anak di malukan oleh ibu ayah sendiri.
Anak cuma hendak perhatian dan main dengan ibu ayah saja, tapi terkena shaming trap pula.
Pasti dia rasa, – kecewa – kecil hati – serik – sedih – marah – malu – sebak
Ibu Sibuk Ni, Pergi Main Sana!
Sebab itulah walau sibuk mana pun kita dengan kerja tolong jangan cakap begini pada anak, – jangan kacau ayah tengah buat kerja ni. – bisinglah, pergi main dekat luar. – ibu sibuk ini, pergi main sana.
Dan seumpamanya. Tolong jangan ucapkan pada anak-anak ketika dia sedang menagih perhatian kita.
Mingguan Wanita : Sebelum anak-anak tidak pedulikan mak, ayah, lebih baik berubah dan layanilah anak sebaik mungkin. Hargailah masa bersama anak-anak selagi mereka masih perlukan mak, ayah.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Anak menangis jangan terus jerit, suruh diam atau pukul! Mungkin anak hanya ingin perhatian daripada mak ayah.
Kadang-kadang mak ayah terlalu leka dengan urusan harian atau kerja sehingga terlupa anak di depan mata perlu dimanja dan dibelai.
Bayangkan jika mak, ayah dianugerahkan anak-anak syurga atau orang kelainan upaya (OKU) yang tidak mampu menguruskan diri dan hanya harapkan mak ayah untuk uruskan, pasti sukar bukan.
Oleh itu, layanilah anak anugerah Allah ini sebaik mungkin. Waktu kecil anak-anak hanyalah sekejap saja, suatu hari mak ayah pasti akan merindui momen-momen ini seperti mana yang dikongsi oleh Ustaz Firdaus Mokhtar ini.
Ada satu hari tu saya teman ummi pergi temujanji dengan doktor pakar di Hospital Sungai Buloh. Isteri ada sekali memandangkan sesi dia dengan pesakit sebelah petang.
Sedang menunggu giliran nombor terpapar dekat skrin tergantung atas kaunter, sampai seorang akak ni. Tolak anak dia atas kerusi roda. Berhenti betul-betul sebelah aku.
Aku pandang ke akak tu, dia pun balas pandangan. Dia senyum. Pemurah orangnya ni.
Anak dia mungkin sekitar umur 10 tahun kalau ikut saiz badan. Lelaki dan sedikit berisi. Anak kurang upaya. Tak boleh duduk dengan betul, macam menyandar baring tapi sambil duduk. Ada bantal kecil segi empat sama menahan belah kanan badan adik ni.
Tangan semua sempurna rupa. Cuma berlipat ke dalam di pergelangan kedua belah tangan. Yang tak boleh diluruskan. Ada gaya seperti tak boleh uruskan diri sendiri.
Di hidung adik ni ada tiub panjang. Dilekat kemas ke arah bawah melalui tepi pipi kanan. Terus panjang tiub tu masuk ke dalam baju dia melepasi leher. Aku tak pasti tiub apa. Macam tiub makanan pun iya.
Akak tadi berbisik ke adik itu dan dia terus ke kaunter bawa kad biru. Kad temujanji. Mungkin baru nak dapatkan nombor giliran.
Melihatkan itu baru aku perasan, rupanya ramai dalam tempat menunggu tu mak ayah dengan anak-anak sekitar umur yang sama.
“Rasanya hari ini memang hari untuk temujanji kes macam anak-anak ni,” tiba-tiba isteri aku menyatakan pendapat. Aku angguk tanda setuju.
Akak tadi patah balik ke anak dia. Senyum lebar sungguh ke anak dia. Adik tu merespon. Angguk angguk dan senyum juga.
“Hmm.. hmm.. hmm..” suara adik tadi bercakap sesuatu. Aku tak faham. Tapi akak tadi bercakap balik dengan dia. Seolah dia mendengar setiap butir cakap adik tadi. Ajaib. Yang aku dengar cuma bunyi orang kemam mulut.
Kadang-kadang nampak akak tu sapukan mulut anak dia dengan kain sapu. Air liur dia meleleh. Berusaha nak bersembang dengan mak dia. Akak tadi masih tersenyum-senyum melayan anak istimewa dia.
Nampak dia terhibur betul berdua tu. Keadaan yang bising dengan perbualan ramai di kawasan menunggu bagai langsung tak dipeduli. Mak dengan anak tu macam di alam lain, bergembira dan sama-sama menanti sesuatu.
Aku perhati sahaja. Leka sekejap. Aku senyum sendiri.
Tenangnya akak ini. Melayan anak yang sudah besar tapi terbatas pergerakan. Mungkin banyak renyahnya sebab semuanya mak yang kena buat. Nak bergerak ke sana sini, mak kena tolak kerusi roda dan mungkin banyak keadaan kena dukung dan angkatkan dia.
Nak makan pun bersuap. Mandikan, basuhkan rambut dan seluruh badan. Berak kencing semua mak itu juga yang bersihkan siang dan malam.
Bukan waktu kecil bayi tu, ini dah 10 tahun. 10 tahun menguruskan anak dengan gaya menjaga bayi besar. Siap boleh bergelak ketawa dengan anak yang tak keluar pun butir kata percakapan dia.
Allahu.
Kawan-kawan, kita Tuhan bagi anak yang sihat dan sempurna. Tak lama mana pun zaman kanak-kanak dia. Sekejap sahaja sudah besar. Dah pandai urus diri. Dah pandai bercakap memberi kita faham kehendak dan apa yang dia nak.
Memang sifat anak-anak kadang-kadang meragam dan kasar bermain. Baru sikit anak menangis kita dah jeritkan. Kita dah cubit dan pukul suruh diam. Mungkin dia letih. Atau nak perhatian kita.
Teringat pagi hari tu baru marahkan Khalilah. Pagi pagi baru bangun, bergaduh pula dia dengan Abidah. Walidnya geram terus marahkan Khalilah.
Tuhan tunjuk terus depan mata hari ini, orang lain Tuhan uji anak sakit dan tak upaya. Seharian perlukan bantuan bergerak dan upaya daripada seorang mak. Elok je akak tu layan. Kau dah kenapa senang sangat nak marah anak?
Oh Tuhan. Berikanlah kami hati yang tenang dalam membesarkan anak-anak. Dan berilah kesabaran buat semua ibu bapa yang Kau uji dengan anak-anak yang istimewa.
Berikan mereka pahala yang sangat banyak kerana mereka bersungguh menyantuni anak-anak mereka. Ampunkan dosa mereka ya Allah. Berikan mereka syurga-Mu nanti bila mereka kembali kepada-Mu.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Pada mulanya, anak-beranak ini berborak soal agama dan siapa sangka ia berakhir tragedi berdarah. Suami isteri warga emas ini dibunuh kejam anak sendiri.
Perbincangan mengenai agama dan ketuhanan akhirnya membawa tragedi berdarah apabila sepasang warga emas maut ditikam dan dikelar anak sendiri di rumah tidak bernombor di Kampung Kemahang, Benta, semalam.
Dalam kejadian 11.55 malam itu, lelaki berusia 68 tahun dan isterinya berumur 64 tahun maut ditikam dan dikelar di leher oleh anak mereka.
Timbalan Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd Yusri Hassan Basri berkata, hasil siasatan awal mendapati anak mangsa yang berusia 34 tahun adalah penganggur.
“Kejadian berlaku ketika suspek bersama ayah dan ibunya sedang berborak.
“Tidak lama kemudian, ibu suspek masuk ke bilik. Suspek berborak dengan ayahnya mengenai ilmu agama dan ketuhanan,” katanya.
Beliau berkata, suspek mendakwa ternampak mata bapanya bertukar hitam dan seakan hendak menyerangnya menyebabkan dia mengambil parang dalam bilik dan menetak mangsa.
“Ibu suspek yang nampak kejadian cuba membantu tetapi suspek menyerang wanita itu dengan menetak dan menikam di leher dan kepala.
“Ibu suspek sempat melarikan diri keluar dari rumah tetapi rebah berhampiran pagar.
“Suspek keluar mencari ibunya tapi tidak nampak sebelum masuk semula ke dalam rumah. Dia seterusnya keluar dan berjalan sehingga ke tepi jalan besar,” katanya.
Mohd Yusri berkata, suspek ditahan oleh orang kampung dalam keadaan bogel dan berlumuran darah.
Katanya, penduduk kemudian ke rumah suspek dan ternampak bapanya terbaring di lantai manakala rumah dipenuhi darah.
Beliau berkata, ibu suspek pula ditemukan terbaring di kawasan berumput dekat pagar.
Katanya, penduduk menahan suspek sehingga polis tiba dan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Mingguan Wanita : Allahuakbar, sudah pasti kejadian yang berlaku ini menyentap perasaan seluruh ahli keluarga mangsa. Semoga supek mendapat pembalasan yang setimpal jika dia benar-benar bersalah.
Selalu kita dengar, mak-mak cakap anak-anak susah nak tidur awal. Kalau ada pun, sebab siang hari lasak main itu dan ini. Kadang-kadang inilah keluhan yang mak-mak alami dan anak memang lali untuk tidur lambat.
Bukan apa, bila dah bersekolah, tentunya kena tidur awal sebab paginya kena bangun awal. Takutnya tak dapat nak tumpu pembelajaran di sekolah.
Bagi anak kecil pula, walaupun tidak bersekolah, jangan biasakan. Pernah juga mak ayah beritahu, malamnya akan berjaga siang hari akan tidur memanjang. Susah juga macam tu.
Sebenarnya, ada cara mak ayah nak ajar anak tidur awal. Inilah yang dipraktikkan oleh Nuraisyah Abu Husin untuk anak-anaknya.
Selalu kawan-kawan tanya, apa yang aku buat sampai anak-anak confirm akan tidur setiap hari jam 7.40-8.30 malam. Dulu, aku pun tak tahu tip ni. Selalu sangat dia terjaga malam atau tidur lambat. Endingnya, pagi aku dan suami jadi zombie.
Ada juga baca tip dari mak ayah di media sosial dan cuba praktikkan. Alhamdulillah, membuahkan hasil. Kami, suami isteri pun dapatlah ‘me time’ bersama.
Caranya:
Mak ayah boleh praktikkan dengan disiplin selama sebulan. Bila berjaya, mak ayah bolehlah habiskan masa berdua, menonton televisyen atau buat kerja rumah.
Tip ni kena kerjasama suami isteri ye..Tapi, kena ingat, jenis anak yang tidur awal, mereka akan bangun awal jam 5-6 pafi mata dah segar bugar.
Mingguan Wanita : Mak ayah boleh praktikkan juga untuk anak bersekolah. Inilah yang selalu mak-mak risau, kalau tidur lambat mahunya mengantuk dan susah nak bangun pagi.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan