Duka kehilangan cahaya mata, mohon doakan isteri, “Setiap Hari Ada Masa Dia Menangis, Rindukan Afnan” begitulah luahan hati vokalis kumpulan Caliph Buskers, Azmi Saat berkongsi rasa tentang kehidupannya dan isteri terkini selepas anak sulungnya, Khairul Afnan disahkan meninggal dunia 30 September lalu.
Sememangnya kehilangan orang yang tersayang sangatlah menyedihkan apatah lagi penantian untuk menimang cahaya mata selama 10 tahun berakhir dengan linangan air mata, selepas beberapa hari dilahirkan anak mereka Khairul Afnan telah meninggal dunia.
Difahamkan, arwah Afnan berdepan dengan masalah fungsi otak selepas doktor mengesyaki otak bayi itu tidak berfungsi kerana dia tidak bergerak. Sejak hari pertama dilahirkan pada 27 September lalu, Afnan dipakaikan alat bantuan pernafasan dan sepatutnya menjalani ujian Pengimejan Resonans Magnetik (MRI), namun doktor tidak sempat berbuat demikian.
Duka Kehilangan Cahaya Mata, Mohon Doakan Isteri
Kini sudah sebulan berlalu dan pemergian Arwah Afnan sentiasa dikenang, apatah lagi perasaan seorang wanita dan isteri. Menurut Azmi isterinya ada kalanya menangis rindukan anak mereka.
Sempena sambutan hari kelahiran Nazira, Azmi memohon orang ramai mendoakan buat isterinya.
"Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
"Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
"Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya-Allah," ungkapnya.
Dialah Isteri, Sahabat, Kawan & Nyawa
Azmi menerusi perkongsian di akaun Instagramnya juga meluahkan agar orang ramai menghadiahkan kata-kata positif buat isterinya.
“Hari ni hari ulang tahun kelahiran orang yang sangat bermakna dalam hidup saya. Dialah isteri, sahabat, kawan dan nyawa saya.
“Mohon kawan-kawan doakan dia agar sentiasa dirahmati, diberkati, dilimpahkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam kebaikan di dunia dan akhirat.
“Kalau sudi, tolonglah hadiahkan kata-kata positif untuknya. Hari ini genap sebulan Aruah Afnan lahir. Ternyata, dia masih belum betul-betul boleh melupakan saat-saat indah bersama cahaya mata kami.
“Walaupun keadaannya semakin baik, tapi setiap hari akan ada masa dia menangis kerana rindukan Afnan dan detik-detik indah itu.
“Mudah-mudahan kata-kata positif kalian dapat memberi seribu kekuatan buat dia. Insya Allah.
“Selamat ulang tahun kelahiran Nazira Muhammad,” pinta Azmi.
Dibanjiri Doa Dari Orang Ramai
_roziehadie_ – Selamat hari lahir Nazira, semoga Allah SWT permudahkan segala urusan dan semoga dilimpahi kebahagiaan di dunia dan di akhirat
Hasibahbasir – Happy birthday Nazira semoga di sebalik dugaan ada seribu hikmah amiin
Nurulsaada – Happy birthday…semoga sentiasa dlm kasih sygNya Afnan menunggu Di syurga
Kimikhaiessa – Apa yg lebih sempurna & indah adalah Afnan kini menanti ibubapanya di syurga… sabar ye Nazira & Azmi.
Norzilasarman – Syukuralhamdullilah Selamat hari ulangtahun untuk Nazira Muhammad, dilimpahi rezekinya, dikurniai kesihatan yang baik, sejahtera dunia akhirat Aamiin
delz_deqayla – Selamat hari lahir Nazira.. semoga terus kuat dan sentiasa dibawah rahmat & lindungan Allah..
ummiasmohd – Aamiin2..Happy birthday..
puan.miyo -Selamt ulng tahun ….moga di beri limpah rahmat bt kalian….
khairulhakiminmuhammad – Selamat hari lahir Puan Nazira! Semoga Allah sentiasa memberi rahmat dan kasih sayang selamanyaaa
rohayatimeorali72 – Happy birthday nazira..moga ada hikmah dng apa yg terjadi..diberi rezeki yg lbh nnt insyaallah..aamiin
Sumber / Sumber Foto : Instagram Azmi Saat
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI