Ads

Suami Mahu Sebar Video Intim, Peguam Syarie Dedah Isteri PJJ Diperas RM3,000 & Ugut Bunuh Anak

Suami Mahu Sebar Video Intim

Suami mahu sebar video intim, peguam syarie dedah isteri PJJ diperas RM3000 & ugut bunuh anak.

Menjalani kehidupan sebagai pasangan jarak jauh (PJJ) bukan mudah, lebih-lebih lagi apabila anak-anak tinggal bersama salah seorang pasangan. Namun bagi seorang isteri ini, keadaan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila video peribadi yang diberikan kepada suami didakwa digunakan untuk mengugutnya.

Suami Mahu Sebar Video Intim
Suzana dedah ada isteri diugut oleh suami yang malas bekerja dan modalnya adalah video isteri tengah mandi

Kisah tersebut dikongsikan Perunding Keluarga & Peguam Syarie, Suzana Ghazali mengenai seorang wanita yang menjalani PJJ selepas menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik. Dalam tempoh tersebut, anak-anak tinggal bersama suaminya yang tidak bekerja dan menguruskan mereka.

Suami Mahu Sebar Video Intim

Dalam perkongsian di media sosialnya, selepas jalani kehidupan PJJ, suaminya ada meminta isteri menghantar gambar bogel ketika sedang mandi. Atas dasar percaya kerana lelaki tersebut merupakan suami sendiri, isteri ini memenuhi permintaan tersebut.

Namun kerana video itu jugalah nasibnya mula huru hara apabila suami jadikan modal untuk mengugutnya.

“Kami PJJ lepas saya dapat offer kerja yang baik. Suami tak kerja tapi dia urus anak-anak yang tinggal dengan dia. Ada sekali tu, dia minta video saya masa mandi.

Ads

“Fikirkan dia suami, saya ikut saja… tak sangka dia guna video tu untuk ugut saya. Dia minta duit ribu-ribu. Baru semalam minta pula RM3,000. Kalau saya tak bagi, dia ugut nak sebarkan video tu… dia juga ugut untuk bunuh anak-anak…”

Tambah Suzana lagi, bagi kes di atas dirinya sedang membantu klien ini dan meminta doa agar urusan ini dipermudahkan.

Namun info yang perlu wanita tahu bila dalam suasana begini.

Bukan Kena Pukul Baru Dikira Keganasan Rumah Tangga, Ini Isteri Perlu Tahu

Keganasan rumah tangga tidak terhad kepada penderaan fizikal. Di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521], definisinya turut merangkumi perbuatan mengugut mangsa dengan niat menyebabkan mangsa takut akan keselamatan dirinya, hartanya atau keselamatan pihak ketiga, selain menyebabkan mangsa mengalami kesedihan.

Ads

Akta sama turut merangkumi perbuatan berhubung dengan mangsa atau pihak ketiga mengenai mangsa dengan niat mengaibkan kehormatan mangsa melalui apa-apa cara, sama ada secara elektronik atau sebaliknya.

Perlindungan di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 juga bukan hanya untuk isteri, malah merangkumi individu lain yang menjadi mangsa keganasan dalam rumah tangga.

Minta Wang Dengan Ugutan, Boleh Buat Laporan Polis

Kes melibatkan permintaan wang bersama ugutan juga boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang berkaitan. Seksyen 3 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 menetapkan Akta 521 perlu dibaca bersama Kanun Keseksaan [Akta 574] atau undang-undang bertulis lain berkaitan keganasan rumah tangga. Kuasa menjalankan siasatan berada di bawah Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ads

Di bawah Seksyen 383 Kanun Keseksaan, pemerasan antara lain melibatkan perbuatan sengaja mendatangkan ketakutan bahawa sesuatu bencana akan berlaku terhadap seseorang atau orang lain sehingga mendorong mangsa menyerahkan harta.

Anda mungkin berminat dengan

Justeru, wanita yang menerima ugutan bersama permintaan wang boleh membuat laporan polis. Simpan bukti seperti mesej WhatsApp, tangkap layar, rakaman suara, rekod transaksi dan komunikasi berkaitan untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Suami Mahu Sebar Video Intim
Suami ugut nak sebar video isteri tengah mandi. Gambar ilustrasi
Isteri Boleh Dapatkan Perlindungan

Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 turut menyediakan beberapa bentuk perlindungan kepada mangsa termasuk Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO).

IPO boleh dipohon di mahkamah sementara menunggu siasatan polis oleh mangsa, peguam mangsa atau Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi pihak mangsa. PO pula dikeluarkan oleh mahkamah dalam prosiding yang melibatkan aduan keganasan rumah tangga.

Wanita yang berdepan ugutan sebegini tidak perlu berdiam diri hanya kerana individu yang melakukannya ialah suami sendiri. Buat laporan kepada pihak berkuasa dan dapatkan perlindungan yang disediakan undang-undang terutama jika ancaman turut melibatkan keselamatan anak-anak.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Sepak Anak

Anggota Tentera Didakwa Sepak Anak 5 tahun Di Restoran, Isteri Boleh...

Rasa marah membuak-buak selepas melihat video seorang ayah sepak anak di sebuah restoran baru-baru ini. Apakah langsung tiada rasa belas pada seorang kanak-kanak sehingga sanggup perlakukan sedemikian di tempat awam?