Perhati HP anak-anak kita. Peguam dedah bermula dari satu video intim, pelajar IPT terjebak keldai akaun. Jelas semakin menakutkan kerana di luar sana begitu banyak manusia yang “berhati binatang” dan akan menjerat kita semua tanpa sedar. Kisah dikongsikan oleh seorang peguam ini,

Dengan Lafaz Bismillah dan Selamat Sejahtera.

KELDAI AKAUN

Apa khabar semua? Moga semua pembaca dalam keadaan baik dan sejahtera. Hari ini min nak cerita pula kes tentang kena scam sampai jadi keldai akaun. Asyik kes dadah sajakan. So cerita kes hari ini adalah dikendalikan oleh firma Zahid Ahmad & Associates. Kes ni kami kendali di peringkat reman lagi sebab kena road show (maknanya reman di beberapa balai di seluruh negara).

Keldai akaun ini nak faham mudah sahaja. Kita benarkan orang lain menggunakan akaun kita tanpa kita tahu niat orang yang menggunakan itu salah di sisi undang-undang. Walau apa pun, kita bertanggungjawab terhadap akaun kita sendiri sebab itu kita juga dianggap melakukan kesalahan walaupun tiada niat melakukannnya.

Satu kes yang ingin kami ceritakan ini adalah sangat tragis. Ini kerana anak guam kami ini menjadi keldai akaun dengan secara terpaksa dan tidak sengaja.

IKLAN
Perhati HP Anak-Anak Kita. Peguam Dedah Bermula Dari Satu Video Intim, Pelajar IPT Terjebak Keldai Akaun
Nasihat peguam ini, mak ayah perhatikanlah handphone anak-anak kita.Kalau ada mencurigakan jangan diam kerana ia boleh merosakkan masa depan anak-anak juga.

BACA ARTIKEL BERKAITAN DI SINI :- ‘Terpedaya Komisen Lumayan.’ Wanita Putih Mata, Hilang Duit Simpanan RM37,361

‘Terpedaya Selepas Berkenalan Dengan ‘Doktor’ Dari Iraq.’ Kasihannya Nenek Penjaga Stor Hilang RM565,700

Kesnya bermula apabila anak guam kami merupakan seorang pelajar IPT tempatan telah dihubungi seorang wanita Indonesia(dialek ckp indonesia) secara rambang. Wanita ini menggunakan aplikasi ‘we chat’ menghubungi anak guam kami. Selepas beberapa komunikasi berhubung. Anak guam kami telah digoda untuk membuat panggilan video secara berbogel di mana wanita tersebut juga akan berbogel.

Anak guam kami bujang belum berkahwin dan teruja mengakibatkan termakan godaan tersebut. Akibat godaan dan kesilapan beliau,maka anak guam kami
membuat panggilan video dan berbogel.Wanita indonesia itu juga berbogel sama. Dengan satu panggilan sahaja tidak sampai seminit panggilan terus dimatikan.

IKLAN

Kemudian satu nombor tidak dikenali telah menghubungi anak guam kami. Seorang lelaki Indonesia (dialek indonesia) telah mengugut menyatakan telah merakam video anak guam kami berbogel dan mengatakan jika tidak mahu disebarkan sila beri wang sebanyak RM2000. Anak guam turuti. Memasukkan wang ke dalam akaun yang diberikan lelaki tersebut.

Namun anak guam kami masih risau dan takut. Ayah beliau juga tidak tahu. Oleh itu anak guam cuba hubungi lelaki itu lagi dengan harapan video itu dipadamkan. Lelaki tersebut bersetuju dengan syarat memberikan nombor akaun anak guam kami kepada lelaki tersebut. Anak guam ikut sahaja perintah lelaki tersebut dengan memberikan nombor akaun beliau kerana lelaki indonesia tersebut berjanji untuk padam video anak guam kami.

Akhirnya setelah 3 bulan peristiwa itu berlaku. Bank telah memaklumkan kepada anak guam kami akaun beliau telah dibekukan kerana terlalu banyak transaksi. Tidak lama kemudian anak guam kami telah di tangkap. 

IKLAN

Terdapat 60 LAPORAN POLIS ke atas akaun anak guam kami

Sehingga kini anak guam telah dihadapkan ke mahkamah dalam 20 kes mahkamah seluruh Malaysia. Sehingga kini masih ada lagi yang belum dituduh. Pertuduhan kebanyakan dikenakan Seksyen 424KK atau Seksyen 29 Akta Kesalahan Kecil.

Bila kami kendalikan kes ini. Pegawai penyiasat ada memaklumkan bukan sahaja pelajar IPT, guru, peguam, doktor juga menjadi mangsa dengan modus operandi begini. Kesilapan besar pertama anak guam kami adalah tidak membuat laporan polis apabila diugut kali pertama. Kesilapan kedua terbesar anak guam kami adalah memberi nombor akaun beliau. Simpati kami pada ibu bapa anak guam yang mengeluarkan wang banyak untuk anak guam kami.

Tiba-tiba kami terbayangkan anak-anak kami yang mempunyai handphone. Sesungguhnya teknologi ini adakalanya merumitkan keadaan. Ini salah satu cara scam yang digunakan. Ada pelbagai cara lagi. Hati-hati apabila mendapat panggilan telefon. Dan RAJIN-RAJINLAH TENGOK TELEFON ANAK. Moga bermanfaat
-LAWAN SAMPAI MENANG-
Disclaimer: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komen-komen berunsur fitnah dan hasutan. Sumber : FB Zahid Ahmad & Assioctes

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

@mingguanwanita “Al Quran menghidupkan jiwa yang mati, Memberi ketenangan hati yang sepi. Bacalah walau sepotong ayat sehari” Eksklusif bersama @farhatulfairuzah Juara Tilawah Al Quran Antarabangsa 2019. #fyp #mingguanwanita #tilawahalquran ♬ original sound – MingguanWanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI