Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis. (Gambar sekadar hiasan)
‘Terpedaya komisen lumayan.’ Wanita putih mata, hilang duit simpanan RM37,361 sekelip mata. Menyimpan duit bertahun-tahun lamanya akhirnya lebur di tangan scammer.
Biarpun kes sebegini telah banyak berlaku, namun taktik scammer yang semakin bijak dan tak terfikir dek akal membuatkan ramai yang terpedaya dan tertipu.
Terpedaya Komisen Lumayan
Dek kerana terpedaya dengan imbuhan komisen lumayan, seorang pembantu perawatan kesihatan ‘putih mata’ selepas mengalami kerugian sebanyak apabila tertipu dengan urusan tawaran kerja yang tidak wujud secara dalam talian di sini, semalam.
Menurut Ketua Polis Daerah Padang Besar, Perlis, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah, polis menerima laporan daripada mangsa iaitu seorang wanita berusia 26 tahun jam 4.56 petang selepas mangsa menyedari dirinya diperdaya dengan tawaran bekerja menerusi laman sosial Facebook pada Sabtu lalu.
“Mangsa mendakwa diperdaya setelah melihat iklan di Facebook yang menjanjikan pulangan tinggi dalam masa singkat dan telah berurusan dengan individu yang memperkenalkan diri sebagai ‘Agnes’ dari Syarikat ‘SP ECommerce’ untuk tawaran kerja secara dalam talian.
“Dia kemudian dimaklumkan dengan kaedah atau cara membeli pelbagai produk bagi tujuan menaikkan ‘rating’ dan dijanjikan imbuhan komisen setelah barangan itu dijual oleh pihak ‘syarikat’ berkenaan.
“Mangsa melakukan lapan transaksi, selama tiga hari sehingga semalam untuk pembelian barangan dengan jumlah yang berbeza seperti dikehendaki sindiket.
‘Transaksi pertama membabitkan pembelian barangan bernilai RM100 dengan dijanjikan pulangan sebanyak RM130,” katanya.
Malah tambahnya, mangsa yang mengejarkan pulangan lumayan terus melakukan transaksi sehinggalah dia menyedari semua barangan dikehendaki untuk dibeli oleh sindiket itu sememangnya tidak wujud.
Ads
Hilang Duit
Jelas Mohd Shokri lagi, sindiket memberikan pelbagai alasan mengenai pulangan yang dijanjikan, sehingga mangsa kehabisan wang dan mula menyedari dirinya sudah tertipu.
Mangsa yang terpaksa menanggung kerugian wang simpanan peribadi dan wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padang Besar.
Duit Simpanan RM37,361
“Semakan polis mendapati terdapat tiga laporan polis ke atas no akaun ‘syarikat’ itu dan dua laporan polis ke atas nombor talian yang digunakan oleh sindiket sebelum ini ke atas mangsa lain.
“Siasatan kami mendapati modus operandi sindiket ini adalah dengan mengiklankan tawaran kerja yang mudah dan menguntungkan dalam masa singkat secara dalam talian melalui medium media sosial.
“Malah, mangsa pada mulanya akan diberikan pulangan dan setelah mangsa yakin, sindiket akan meningkatkan jumlah pembelian sehingga menyebabkan mangsa terjerat,” katanya.
Ads
Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.
Mingguan Wanita : Semoga kisah ini memberi kesedaran kepada wanita di luar sana agar berhati-hati dengan scammer. Jangan kerana ingin untung cepat, segala duit simpanan tergadai.
11 tahun tempoh perkenalan dan 3 tahun tempoh menyimpan duit kahwin dalam menghalalkan seorang wanita untuk dijadikan isteri, bukan satu tempoh yang sekejap.Kepuasan pastinya dapat dirasai apabila gigih berusaha sendiri, tanpa mengharapkan bantuan kewangan daripada kedua mak ayah untuk mengadakan majlis perkahwinan mahupun belanja urusan hantaran ini.
Pecah Tabung Buluh “Lemang Duit”
Dalam satu perkongsian yang sedang viral di TikTok ‘Paansam’, lelaki ini dan beberapa orang ahli keluarga sedang mengira selonggok timbunan wang kertas nilai RM20, RM10 dan RM5.
Lelaki ini juga berkongsi detik memecahkan sebanyak 5 buah tabung daripada batang buluh yang dinamakan “Tabung Nak Kawen” setelah berusaha gigih selama 3 tahun untuk menyimpan duit di dalamnya.
Alhamdulillah, penantian selama 11 tahun berkenalan dengan pasangan hati, akhirnya pasangan ini berjaya diijabkabulkan baru-baru ini.Tahniah!
Rezeki Selepas Kahwin
Sementara itu, Paan juga menambah berkat rezeki selepas kahwin juga melimpah ruah. Tawaran kerja sebagai Deejay di kenduri majlis perkahwinan juga penuh.
Ramai yang berkongsi rasa terharu dengan kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit untuk belanja kahwin, malah turut mendoakan kebahagiaan pasangan ini.
Kegigihan dan kesabaran lelaki ini dalam mengumpul duit demi tujuan menghalalkan pernikahan dengan pasangan tercinta wajar dijadikan inspirasi buat anak muda lain. Selamat Pengantin Baru diucapkan, semoga perkahwinan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga hendaknya.
Ibu hampir kehilangan anak kerana sebiji belon, sambutan hari jadi bertukar tragedi. Hari yang sepatutnya dipenuhi gelak tawa dan kenangan manis bertukar menjadi detik hitam buat seorang ibu, Nurul Huda Zulkhairi apabila anak lelakinya, Uwais Al Fateh, tujuh tahun tercekik belon yang belum bertiup.
Berkongsi hal ini di facebooknya, Nurul Huda Zulkhairi memaklumkan, perkongsiannya sekadar peringatan buat semua ibu bapa dan boleh dijadikan iktibar.
Ibu Hampir Kehilangan Anak Kerana Sebiji Belon
“Perkara kecil yang kita anggap remeh seperti sebiji belon, boleh menjadi punca musibah besar jika tidak diawasi. Jangan ambil mudah, kerana saya sendiri hampir kehilangan anak saya,”katanya yang mahu lebih ramai ibu bapa berhati-hati dengan insiden agar tidak kehilangan anak disebabkan hal tak disangka-sangka.
Inilah belon belum bertiup yang dikemam oleh Uwais kemudian berlari-lari sebelum terlekat di kerongkongnya. Wajahnya kebiruan ketika jantungnya terhenti 15 minit.
Sambutan Hari Jadi Bertukar Tragedi
Bercerita mengenai tragedi ini, jelas Nurul Huda, segalanya berlaku sangat pantas. Saat dia sibuk melayan tetamu kerana dia menjemput kesemua kawan baik/cikgu dari zaman tadika hingga lah sekolah rendah Uwais untuk meraikan hari bahagia anaknya itu.
“Uwais sendiri happy, minum dan berlari-lari dengan kawan-kawannya sebelum tiba-tiba adik ipar (Zahidah) memaklumkan yang Uwais nampak seperti semput. Suami saya pun cakap sekejab nak mengambil pum gas yg mmg kita dah standby since dulu Uwais selalu kena serangan Asthma dulu.
“Tiba-tiba keadaan kembali tegang apabila adik ipar saya (Nabil) berlari bawa anak saya dekat suami saya dengan keadaan anak saya biru ketika itu. Jantung dah berhenti.
“Suami dan kawannya buat beberapa prosedur. Mereka ingat anak saya mungkin tersedak makanan. Namun setelah cuba CPR dan gunakan satu teknik apa yang saya tak ingat nama utk keluarkan makanan masih lagi gagal.
“Tanpa lengah masa, suami saya cakap dekat kawan, dah jom ke hospital sekarang. Masa ni suami saya cakap 50-50 untuk survice sebab jantung dia dah stop. Muka Uwais jadi biru.
“Kawan suami saya, Dr Rafiq dengan pantas membawa kereta sangat laju ketika ini dan sambil bagi arahan dekat suami saya kena buat apa. Time ni suami saya dah blur, nak kena buat apa. Anaknya terkulai kaku kebiruan atas riba ayahnya,” kata Nurul Huda.
Berkongsi lagi situasi cemas dilaluinya, sepanjang menuju ke hospital, suami terus membuat CPR kepada anaknya bagi mengalir darah ke seluruh badan.
“Dengan harapan juga, darah terus mengalir hingga ke otak. Last option ayahnya terpaksa blowing mulut anaknya sendiri untuk bagi bantuan penafasan. Bila sampai di hospital, semua doktor dan nurse bertungkus lumus untuk selamatkan anak saya.
“Ketika mereka ingin melakukan proses intubate, mereka nampak ada belon di dalam saluran penafasan anak saya. Doktor cepat-cepat keluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR, alhamdulilah nyawa anak saya Allah pulangkan kembali.
“Terima kasih kepada team ED Hosp kulim yang begitu pantas attend anak saya. Terima kasih juga kepada team PICU Hosp Sultanah Bahiyah yang begitu teliliti merawat Uwais.
“Segalanya berlaku begitu pantas. Rupanya Uwais bergurau dengan kawan baiknya, memasukkan belon ke dalam mulut dan sambil berlari-lari dan mungkin anak saya tersedak lalu tercekik,”katanya lagi.
Berkongsi situasi terkini anaknya, selepas kejadian 20 Mei itu, dirinya memaklumkan, yang anaknya masih lagi berjuang dan buat masa ini sedang ditidurkan bagi membolehkan otaknya berehat.
“Update keadaan Uwais 22/5/2025. Dalam tempoh 15 minit jantung terhenti, keadan anaknya boleh parah jika terlewat menerima bantuan. Alhamdulillah dengan rawatan pantas, bahagian otak anak cuma ada bengkak sikit sahaja.
“Buat masa ini, Uwais masih dalam bantuan pernafasan dan direhatkan. Dr cakap HB 7.9. Jadi tambah darah dua beg, paru paru ada kesan pendarahan sikit mungkin kesan cpr.
“Buat masa sekarang tekanan darah, nadi , oksigen semua okay dan stabil. Masih dalam fasa rehatkan otak. Namun Uwais dilihat cuba bangun bila Mama berborak dengannya. Terus berjuang anak mama sayanggg. Kredit:- FB Nurul Huda Zulkhairi.
TONTON VIDEO MENARIK DI SINI :-
“Biarlah hukuman mati itu dikekalkan. Tak ada kekhilafan dalam hukuman sebelum ini. 8 tahun kami sekeluarga menderita menantikan keenam-enam tertuduh melalui detik itu.
Demikian luah Hawa Osman ibu kepada arwah Zulfarhan yang didera kejam ditekap dengan seterika wap sebanyak 90 kali termasuk di kemaluan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Kecoh rumah diserbu, Che Ta tenang kongsi gambar menu ‘lunch,’ sempat muat naik ucapan ‘birthday’ anak. Pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta masih sempat mengemaskini akaun Instagramnya meskipun namanya kini ‘trending’ di mana-mana.
Kecoh Rumah Diserbu, Che Ta Tenang Kongsi Gambar Menu ‘Lunch’
Nama Che Ta menjadi bualan kerana didakwa gagal melunaskan hutang sebanyak RM1 juta.
Selain ucapan hari lahir buat anak keduanya, Aniq Azzra, Che Ta turut berkongsi foto comel anaknya sewaktu kecil. Menerusi Instagram story pula, Che Ta berkongsi menu makan tengahari.
Sempat Muat Naik Ucapan ‘Birthday’ Anak
Happy 26th birthday to anak mummy yang kecik-kecik dulu macam bear. Nasib baik bila dah besar segak.- tulis Che Ta di ruangan kapsyen.
Untuk sekadar info, rumah Che Ta telah diserbu oleh pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada Selasa pagi. Tindakan itu dilakukan bagi membolehkan pihak MARA menilai barangan dalam kediaman untuk disita.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...