Bagi mak-mak pastinya risau bila anak ada batuk, selsema mahupun berkahak.Selain menggunakan perubatan moden, sebenarnya mak-mak juga boleh cuba petua tradisional semula jadi untuk atasi penyakit ini, iaitu dengan menggunakan Minyak Bawang Putih.
Bergelar ibu muda, Jihan atau nama sebenarnya Nuur Jihan Musa, 35,tidak terkecuali mencuba petua tradisional ini bagi merawat batuk, selsema dan kahak yang dihidapi anaknya, Ungku Arsalan Haq Ungku Hariz Faizal, 4 bulan yang juga digelar sebagai ‘babyninja’.
Menurut pengacara Gegar Vaganza ini, rawatan petua tradisional ini khusus untuk bayi, diperolehi daripada kawan-kawannya dan dikongsikan didalam laman instagramnya baru-baru ini.Jihan turut berkongi cara serta kaedah rawatan yang dilakukan untuk anaknya.
Berikut antara perkongsian oleh Jihan;
Untuk bayi sahaja. Sebab saya dah jadi mak jadi hidup saya lebih teruja bincang pasal anak. So hari ini dapat ilmu baru dari kawan-kawan.
Petua hilang batuk, selsema, kahak.
Kaedahnya :
Bakar 2 ulas bawang putih. Campur 2 sudu minyak zaitun. Ganyang bawang putih sehingga sebati. Selepas itu sapu dekat dada, belakang badan dan tapak kaki bayi. Boleh simpan 2 hingga 3hari.
Kongsi apa petua & cara korang pula. Mungkin boleh cuba dan lebih mujarab. Lain orang lain caranya. Kita bawak berbincang, kongsi pengalaman & ilmu memasing.
Terdahulu, Jihan mendirikan rumahtangga dengan pelakon Ungku Hariz Faizal, 32, pada 20 Mac 2016 dan pasangan selebriti ini menimang cahaya mata lelaki pertama pada 25 Januari lalu.
Jadi buat mak-mak yang anak mengalami masalah batuk, selsema dan berkahak bolehlah cuba petua tradisional yang diamalkan oleh Jihan ini buat anaknya. Semoga bayi cepat sembuh dan sihat seperti sedia kala.
Semoga bermanfaat!
Sumber: Jihan Muse
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mak Ayah HEBAT Bila Berjaya Didik Anak Jaga ADAB & SOPAN Tingkahlaku
Orang cakap, anak ini cerminan mak ayah. Mak ayah yang hebat mampu mendidik anak ke arah yang lebih baik. Pandai, sopan dan cerdik.
Tapi, kalau tengok anak perangainya ‘Ya Ampun’ mulalah orang memperkatakan, mak ayah yang tak pandai didik dan jaga anak. Sebaliknya, mak ayah hebat tapi anak kurang beradab, anggaplah itu sebagai dugaan dan cabaran Allah turunkan pada mereka.
Tak susuah pun nak jadi mak ayah hebat dalam mendidik anak-anak untuk beradab dan sopan. Ikuti perkongsian daripada Cikgu Aminah Mat Yusoff ini.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Jangan Terlalu ‘Overprotect’, Anak Jadi Terlampau Manja, Biar Dia Urus Sendiri
Tanggungjawab Ketua Keluarga Didik ADAB, Pastikan Anak Tahu HORMAT Ibu Sendiri
Info Lebih Menarik DI SINI
Mak Ayah Hebat Mampu Latih Anak Beradab
Petua latih anak lebih beradab
Saya kongsikan petua ibu ayah hebat yang berjaya menjadikan anak-anak mereka beradab serta sopan tingkah lakunya.
1. Apakah adab?
Anak tidak beradab kerana mereka tidak tahu cara beradab, tidak pernah diterangkan dan dipertontonkan kepada mereka apakah sebenarnya “Adab”
2. Aplikasi sunnah dalam keluarga
Ajari anak-anak tentang sunnah yang mudah dahulu seperti cara tidur, cara makan, cara masuk tandas, cara belajar, cara bercakap, cara bergaul dan beberapa perkara yang menjadi rutin dalam kehidupan. Segalanya mesti bermula dari ibu ayah. Jika sunnah ini subur dalam keluarga kita, anak-anak akan terbiasa tanpa perlu memaksa.
Anak-anak akan senang dibentuk dan akan tinggi sifat taatnya kepada ibu ayah.
3. Terima kasih
Ucapan terima kasih nampak simple tapi kesannya sangat hebat. Dari rutin ucapan ini anak-anak pandai menghargai, tidak merendahkan orang lain, menyuburkan rasa kasih dan sayang kepada orang yang ada di samping mereka. Ibu ayah yang mendengar ucapan ini dari seorang anak pasti hatinya sejuk, tenang dan selalu mendoakan kebaikan.
4. Maafkan saya
Saya pernah jumpa murid yang selalu minta maaf, datang lambat minta maaf, cakap kuat sikit minta maaf, tak dapat hadir kelas minta maaf, sampai satu masa dia membuatkan kita rasa sayang. Hanya kerana ungkapan maaf itu membuatkan dia dihormati dan dikasihi. Betul sabda Nabi SAW orang yang lazimi ungkapan maaf akan menjadi individu yang berani, kental, akan beroleh kemuliaan dan diangkat tinggi darjatnya.
5. Ingat pesanan
Teringat pesan imam syafie jangan terlalu keras menghalang anak-anak dalam pergaulan kerana ia membuatkan mereka akan bermusuhan dengan orang lain dan jangan pula terlalu berikan mereka kebebasan sehingga mereka mula bersahabat dengan orang yang tidak baik. Ibu ayah yang pandai seimbangkan akan buat anak-anak kekal dalam posisi yang selamat.
Adab dulu baru ilmu.
Mingguan Wanita : Sikap anak-anak cerminan mak ayah.
Sumber: Aminah Mat Yusoff
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Klik link ini untuk daftar
penyertaan: https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-aura-wanita-pantang-dicabar/ atau
whatsapp : http://www.wasap.my/60196328758/DaftarAura
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anak Buat ‘Drama’ Kedai Makan, Bungkuslah & Balik, Orang Memerhati Bukan Mengeji Tapi SIMPATI
Anak buat drama. Selalunya, mak ayah sudah tahu perangai anak-anak. Ada yang manja, mengada-ngada, kuat mengamuk, tantrum dan sebagainya. Pasti ada cara tersendiri untuk mak ayah kendalikan anak-anak yang peel macam ni.
Setiap anak ada perangainya tersendiri dan bagi anak yang ‘behave’ mak ayah tak perlu risau nak bawa pergi jalan pun. Dengar dan patut. Tapi kalau anak yang lasak, mahunya 2-3 kali mak ayah fikir nak bawa pergi jalan-jalan.
Begitu juga kalau makan kat kedai. Rasanya, baik sebelum atau selepas makan mesti anak buat drama. Setakat bergaduh, sakat menyakat sesama mereka itu sudah pasti. Cuma-mak ayah kena pandai ‘handle’, apatah lagi tempat orang ramai. Tentu ramai yang memerhati.
Perkongsian daripada Nor Afidah ini ada betulnya. Kalau tak nak anak buat drama kat kedai makan. Lebih baik bungkus, balik makan kat rumah.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Mak Ayah Amalkan Ciuman & Sentuhan Ini, ANAK NAKAL Terus Jadi Lembut Hati!
Mak Ayah Elak Cerita ‘Kenakalan’ Anak, Sebab Dia Pun Ada Harga Diri
Anak Buat Drama Kedai Makan, Bungkus, Makan Di Rumah
Kanak-kanak ,walau di mana-mana pun dia akan tetap menjadi kanak-kanak.
Dia akan berperangai seperti kanak-kanak.
Dia akan merengek dan menangis jika ada yang tidak kena kerana dia kanak-kanak.
Dia akan berbuat bising dan berlari-larian apabila bosan, kerana dia kanak-kanak.
Itu semua normal sebagai kanak-kanak.
TETAPI ini bukanlah bermakna kanak-kanak harus dibiarkan dan diabaikan tanpa bimbingan dan batasan oleh ibubapa.
Sekiranya tidak diajar, mereka tidak tahu, jika dibiarkan mereka terus hilang arah.
Kanak-kanak tidak ‘behave’ atau tidak berkelakuan baik bukan kerana mereka jahat, tetapi kerana mereka tidak memiliki skil untuk menjadi tertib dan beradab.
Tip bawa Anak Kedai Makan
Apa yang perlu mak ayah lakukan apabila ingin membawa kanak-kanak ke restoran, warung atau tempat makan awam?
1. BERI PREVIU kepada anak-anak tentang restoran atau tempat makan yang hendak dikunjungi.
Kanak-kanak TIDAK sukakan kejutan kerana itu membuatkan mereka gelisah dan tidak merasa selamat. Mereka lebih mudah ‘behave’ dan bersedia apabila mereka diberi penerangan ringkas terlebih dahulu tentang destinasi yang hendak dituju.
Apa makanan di situ?
Ramai orangkah?
Mungkin kena tunggu untuk dapatkan tempat duduk. Mungkin bising dengan muzik dan sebagainya. Mungkin makanan lambat sebab waktu sibuk.
Ingatkan anak jika inginkan sesuatu tidak perlu merengek, sebaliknya sampaikan dengan baik.
Ingatkan juga anak untuk tidak menjerit-jerit atau meraung kerana mungkin mengganggu ketenteraman orang lain.
Apabila diingatkan dan disediakan dari awal akan kemungkinan-kemungkinan ini, akan lebih mudah untuk kita ingatkan anak kembali apabila berada di restoren nanti.
Persediaan sangat penting jika kita mahu kanak-kanak ‘behave’ di tempat awam.
2. PILIH TEMPAT YANG SESUAI.
Bukan pilihan makanan sahaja yang penting apabila membawa kanak-kanak, pilihan restoran atau warung juga sama penting supaya kanak-kanak ‘behave’.
Carilah tempat makan yang memang diketahui dan disarankan sesuai untuk keluarga dan kanak-kanak, baik dari segi susun-atur mahupun servis yang disediakan.
Kadang-kadang tempat makan yang ‘viral’ mungkin tidak sesuai untuk dikunjungi kanak-kanak kerana kesesakan yang boleh membuatkan kanak-kanak gelisah dan rimas.
Sedangkan orang dewasa pun boleh ‘naik angin’ di kedai makan, apatah lagi kanak-kanak yang hanya mengikut sahaja.
Pilihan tempat duduk dalam restoran juga penting supaya kanak-kanak lebih mudah diurus. Apabila kanak-kanak rimas dan bosan, mereka boleh mengganggu ketenteraman pelanggan yang lain tanpa mereka sedari.
Perkara ini perlu difikirkan oleh ibubapa terlebih dahulu apabila mengunjungi tempat awam.
3. BERSEDIA UNTUK ‘DRAMA’.
Mak ayah harus bersedia untuk anak menjadi letih dan bosan.
Anak yang berusia 6 tahun ke bawah hanya boleh diam di restoren untuk jangkamasa maksima 45 minit sahaja. Sekiranya lebih dari waktu itu anak mula gelisah, perlu bergerak dan perlu bersuara ataupun berbuat bising.
Oleh itu menjadi tanggungjawab mak ayah untuk membuat persediaan agar anak masih boleh bertahan dan bersabar.
Bawalah sesuatu yang boleh mengisi masa anak dari bosan. Sediakan aktiviti yang selamat atau bawa anak berjalan-jalan di kawasan luar restoren untuk menghilangkan bosan.
Adalah menjadi TANGGUNGJAWAB IBUBAPA untuk menguruskan anak masing-masing apabila berada di tempat awam termasuk restoren atau tempat makan.
4. Sekiranya SEMUA sudah diusahakan tetapi anak masih tidak ‘behave’, BALIKLAH.
Ini menunjukkan anak sudah letih dan ‘expired’ dan anak perlukan ruang untuk bergerak dan bernafas.
Bukanlah salah anak apabila menjadi begitu kerana mereka kanak-kanak. Mereka masih perlu dibimbing. Bukan juga salah orang sekeliling yang memerhati. Mungkin orang memerhati kerana simpati bukan kerana mengeji.
Bungkuslah makanan dan baliklah.
Suasana di rumah sudah tentu lebih menenangkan dan mendamaikan, bukan sahaja kanak-kanak, malah diri kita sendiri juga yang keletihan berhadapan dengan DRAMA.
Jadilah ibubapa yang PROAKTIF dan membuat persediaan, bukan mak ayah yang REAKTIF.
Mingguan Wanita : Anak tengah membesar, tak gaduh tak sah. Kalau jenis anak yang ta berapa ‘behave terutamanya kat kedai makan, rasanya eloklah bungkus makan kat rumah. Sekali sekala boleh je, tapi kalau selalu orang yang tengok kita pun rasa simpati.
Sumber: Noor Afidah Abu Bakar
Parent Connect Consultancy
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
‘Jangan Tersalah Pilih.’ Lepas SPM, Tugas Parents Kaji Kursus Sesuai, Ikut Minat Anak
‘Jangan tersalah pilih.’ Lepas SPM (Sijil Pelajaran Malaysia), tugas parents kaji kursus sesuai, ikut minat anak dan jangan pula memaksa anak-anak memilih kursus mengikut kehendak mak, ayah.
Perlu diingat yang perlu menyambung pengajian dan mengadap kelas setiap semester adalah anak-anak.
Sebaiknya mak, ayah jadilah penasihat terbaik kepada anak-anak dalam memilih kursus yang sesuai untuk melanjutkan pengajian ke peringkat seterusnya.
Ikuti perkongsian Dr Zack Zairul MN ini dan fahami bahawa pentingnya memilih kursus yang anak minat untuk melanjutkan pelajaran sama ada di IPTA/IPTS.
Jangan Tersalah Pilih
Selepas SPM, tugas parents adalah mengkaji kursus yang sesuai untuk anak-anak mereka mengikut kepada kecenderungan minat anak-anak.
Bukan memaksa anak-anak mengambil kursus yang tidak mereka gemari. Pelbagai kajian telah dibuat berkaitan simptom ‘burnout’ di kalangan pelajar-pelajar di universiti.
Baca Di Sini:
Walau Dapat SPM 2G Sebaknya Ayah Faham, Doakan Anak Gadis Jadi Solehah & Hargai Usaha
‘Pernah Dapat D7’ Doktor Falsafah Tebus Kesilapan, Ulang SPM Bahasa Inggeris
Anak Cemerlang 5A SPM, Watie & Joey Kongsi Formula, Kena Tegas Jangan Leka Dengan Gajet
Shiera Terkejut Keputusan SPM Anak Dapat A Subjek Matematik, Cemerlang Bahasa Inggeris
Lepas SPM
Ya betul, sebahagian pelajar tidak tahu kursus apa yang sesuai bagi mereka, oleh itu tugas ibu bapalah yang harus memastikan kerjaya yang diambil merupakan kursus yang dapat menyiapkan anak-anak mereka dengan pasaran kerjaya ataupun mencipta kerjaya mereka sendiri.
Tugas Parents Kaji Kursus Sesuai
Pendedahan di luar bilik darjah juga penting seperti kelas-kelas tambahan berkaitan bahasa kedua dan ketiga, skill-skill tambahan berkaitan komputer dan sebagainya.
Di samping kursus berkaitan kepimpinan terhadap anak-anak yang difikirkan perlu dalam masa yang sama memperkuat pelajar dari segi emosi dan fizikal.
Ikut Minat Anak
Akhir sekali, andalah (ibu bapa) yang akan mencorakkan masa hadapan anak anda mengikut acuan yang telah anda tetapkan…
Sekiranya tiada ilmu, hadirkan diri pada kursus-kursus yang berkaitan ataupun banyakkan perkongsian bersama ibu bapa lain yang sudah melalui fasa tersebut. Insyallah.
Dalam masa yang sama, seorang pengikut Dr Zack Zairul MN, iaitu Tuan Ridwan Talib turut berkongsi pandangan bahawa mungkin pihak pensyarah, fakulti dan universiti dapat sama-sama membantu.
Terutamanya di kalangan ibu bapa yang kurang ‘ilmu’ dan pengalaman dalam isu ini khususnya, daripada keluarga B40.
Ramai pelajar yang sekadar layak di atas kertas saja tetapi gagal mencari kursus terbaik di universiti kerana kurangnya maklumat tepat berkenaan realiti belajar di universiti.
Mingguan Wanita: Sebagai mak, ayah sebaiknya berikan kebebesan pada anak-anak untuk membuat pilihan. Kemudian sarankan baik dan buruk setiap pilihan yang dibuat agar anak lebih mudah serta tidak tersalah membuat pilihan kursus yang diminati dalam menentukan masa depan mereka.
Sumber : Dr Zack Zairul MN
Mingguan Wanita boleh diikuti juga di telegram :
https://t.me/bangkitwanitaMW
Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI