
Tiada siapa yang keluar dari rumah dengan menyangka pelukan dan lambaian yang ditinggalkan itulah kenangan terakhir buat insan tersayang.
Pelukan dan Lambaian Terakhir

Begitulah yang dilalui oleh keluarga ini, perjalanannya bertukar menjadi detik paling menyedihkan apabila tiga sekeluarga meninggal dunia sekali dalam satu kemalangan tragis di Batu 18, Kampung Jawa, Hulu Langat.
Mangsa dikenali sebagai Hafifi Rahmat yang ketika itu menunggang motosikal bersama isteri dan anak bongsu mereka. Perjalanan mereka berakhir dengan tragedi selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Aruz. Luah bapa kepada mangsa kemalangan itu,
“Waktu itu anak saya hendak hantar isterinya berniaga dan anaknya ke tadika di Nanding.”
Ketiga-tiga mereka disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, meninggalkan keluarga dan insan tersayang dalam tangisan serta kesedihan yang sukar digambarkan.
Tiga Sekeluarga Meninggal Dunia Dalam Satu Kemalangan Tragis

Lebih menyentuh hati, isteri Allahyarham Hafifi merupakan seorang peniaga nasi ayam kukus di Petronas Taman Seri Nanding, Hulu Langat. Sudah pasti ramai pelanggan yang mengenalinya sebagai seorang yang gigih mencari rezeki, namun kini hanya kenangan dan doa yang mampu dihadiahkan buat mereka sekeluarga.
Pemergian tiga beranak dalam sekelip mata benar-benar meruntun hati. Bayangkan sebuah rumah yang sebelum ini dipenuhi gelak tawa kini bertukar sunyi. Tiada lagi suara anak kecil yang menceriakan suasana, tiada lagi pasangan suami isteri yang saling melengkapi kehidupan. Hanya kenangan indah yang akan terus hidup dalam ingatan keluarga dan sahabat.

Kematian tidak pernah menunggu kita bersedia. Ada yang pergi bersendirian, ada juga yang dijemput Allah bersama insan yang paling disayangi. Jadi, jangan tangguh untuk berbuat baik, menghargai keluarga dan memohon maaf antara satu sama lain.
Setiap kali melangkah keluar dari rumah, iringilah perjalanan dengan doa dan tawakal kepada Allah SWT kerana kita tidak mengetahui bila perjalanan itu akan menjadi yang terakhir.
Semoga seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan dikurniakan kesabaran, kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian yang amat berat ini.
Anda mungkin berminat dengan
Al-Fatihah.
Sumber gambar: Media Sosial
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

