Ads

Ibu Dah Lalu Lokasi Kemalangan, Tak Sangka Mangsa Yang Ditutup Itu Anaknya Sendiri

Tak sangka, lokasi kemalangan yang sudah dilalui si ibu itu rupanya melibatkan anak sendiri iaitu Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari yang berusia 20 tahun.

Ibu Dah Lalu Lokasi Kemalangan

Ibu Dah Lalu Lokasi Kemalangan, Tak Sangka Mangsa Yang Ditutup Itu Anaknya SendiriPesanan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp supaya dikejutkan awal pagi menjadi komunikasi terakhir antara Muhammad Arif Daniel Mohd Norsha’ari, 20, bersama ibunya sebelum dia maut dalam kemalangan di Maran, awal pagi Selasa.

Ibu mangsa, Zaimizan Silong, 51, berkata, anak kedua daripada lima beradik itu keluar dari rumah pada malam sebelum kejadian selepas memaklumkan mahu keluar bersama seorang rakan.

Menurutnya, Muhammad Arif Daniel yang bekerja sebagai pekerja kontrak di kawasan Chenor turut berpesan supaya dirinya dikejutkan awal pagi kerana perlu hadir bekerja kira-kira jam 8 pagi.

“Saya bangun pagi dan tengok dia sudah tiada di bilik. Saya ingat dia sudah keluar macam biasa untuk bekerja,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.20 pagi itu, Muhammad Arif Daniel bersama dua lagi mangsa iaitu Masitah Mohd Soad, 59, dan Salbiah Mohamad Sah, 76, maut selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit kemalangan.

Ads

Jenazah Muhammad Arif Daniel dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Dalam Chenor, manakala dua lagi mangsa dikebumikan di sekitar kawasan Maran.

Tak Sangka Mangsa Yang Ditutup Itu Anaknya Sendiri

Ibu Dah Lalu Lokasi Kemalangan, Tak Sangka Mangsa Yang Ditutup Itu Anaknya Sendiri

Berkongsi lanjut, Zaimizan bagaimanapun tidak menyangka pagi itu menjadi detik terakhir buat anaknya selepas dimaklumkan anaknya terlibat dalam nahas tersebut.

Ads

Lebih menyayat hati, dia melalui lokasi kejadian ketika menghantar sarapan ke sebuah pejabat kerajaan sebelum mengetahui mangsa yang maut dalam nahas itu ialah anaknya.

“Saya nampak mangsa sudah ditutup dan ada perasan kereta itu macam kereta kawan dia, tetapi saya nafikan dalam hati bahawa itu bukan anak saya.

“Saya langsung tidak sangka orang yang terbabit dalam kemalangan itu sebenarnya anak saya sendiri,” katanya sebak.

Ibu Dah Lalu Lokasi Kemalangan, Tak Sangka Mangsa Yang Ditutup Itu Anaknya Sendiri

Anda mungkin berminat dengan

Ads

Hilang kata-kata untuk menyebut perkataan sabar pada si ibu dengan apa yang berlaku, semoga si anak di tempatkan di kalangan orang beriman dan soleh.

Al Fatihah.

Sumber: Sinar Harian

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Pelarian Rohingya

Pelarian Rohingya Buntu, “Ke Mana Lagi Kami Nak Pergi? Balik Dan...

Masih panas dengan isu pelarian Rohingya di negara kita, malah menjadi perhatian apabila jumlah mereka dianggarkan mencecah lebih 120,000 orang, dengan sebahagian besar masih berdepan ketidaktentuan hala tuju kehidupan.