
Empat beradik terbunuh di Gaza mahu jadi doktor menjadi antara kisah paling menyayat hati sepanjang konflik yang berlarutan di Palestin.
Taqwa Mohammed Shabana, Yaqeen Mohammed Shabana, Ihsan Mohammed Shabana dan Iman Mohammed Shabana merupakan empat beradik perempuan dari Rafah berusia di antara 18-23 tahun merupakan mahasiswi yang berkongsi impian untuk menjadi doktor sebelum dilaporkan terbunuh dalam pengeboman di Al-Mawasi, Khan Younis.
Namun, impian itu musnah sebelum sempat menjadi kenyataan.
Keempat-empat mereka dilaporkan terbunuh dalam satu pengeboman ketika berlindung dan berpindah ke kawasan Al-Mawasi, Khan Younis sekali gus mengakhiri cita-cita empat anak muda ini yang mahu mengabdikan hidup mereka untuk menyelamatkan nyawa orang lain.
Lebih memilukan, serangan itu bukan sahaja meragut nyawa empat beradik tersebut malah turut mengorbankan ibu mereka, Nashaat (Ummu Anas) serta adik bongsu mereka, Izzuddin.
Menurut perkongsian sumber dari Gaza, tragedi yang menimpa keluarga Shabana menjadi antara kisah paling menyayat hati sepanjang konflik yang berterusan di wilayah itu.
Empat Beradik Mahu Jadi Doktor Terkorban Di Gaza
Kisah empat beradik mahu dadi doktor terkorban di Gaza ini turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa. Menurut perkongsian sumber dari Gaza, Taqwa, Yaqeen, Ihsan dan Iman merupakan mahasiswi cemerlang dari Rafah yang sedang mengikuti pengajian dalam bidang sains dan perubatan.
Mereka memilih bidang tersebut bukan kerana mengejar kemewahan atau kehidupan yang lebih selesa sebaliknya mahu menjadi doktor bagi merawat mangsa peperangan dan membantu rakyat Gaza yang saban hari hidup dalam ketakutan.

Di sebalik bunyi letupan, kemusnahan hospital dan kehilangan insan tersayang, empat beradik itu tetap meneruskan pengajian dengan harapan suatu hari nanti mampu kembali berbakti kepada masyarakat.
Namun, peperangan merampas impian tersebut sebelum sempat mereka menamatkan pengajian.
Enam Ahli Keluarga Disemadikan Dalam Satu Liang Lahad
Menurut perkongsian yang tular di media sosial, pengeboman di Al-Mawasi bukan sahaja meragut nyawa empat beradik itu, malah turut mengorbankan ibu mereka, Nashaat (Ummu Anas) serta adik bongsu mereka, Izzuddin.
Lebih menyayat hati, keenam-enam ahli keluarga itu dilaporkan disemadikan dalam satu liang lahad selepas keadaan jasad mereka dikatakan terlalu hancur akibat pengeboman sehingga sukar dipisahkan.
Gambar pengebumian mereka yang dikongsikan di media sosial mengundang rasa pilu masyarakat di seluruh dunia dan menjadi simbol penderitaan yang terus dialami penduduk awam di Gaza.
Keluarga Shabana Kehilangan Seorang Demi Seorang
Tragedi yang menimpa keluarga Shabana sebenarnya bukan bermula pada hari Taqwa, Yaqeen, Ihsan dan Iman terkorban.
Menurut perkongsian sumber dari Gaza, keluarga itu terlebih dahulu kehilangan anak sulung mereka, Mahmoud.
Tidak lama kemudian, seorang lagi anak lelaki mereka, Anas turut dilaporkan terkorban.
Kesedihan keluarga itu bertambah apabila Abdul Nasser pula dilaporkan syahid pada malam perkahwinannya, malam yang sepatutnya menjadi detik paling bermakna dalam hidupnya.
Belum sempat keluarga itu bangkit daripada kehilangan demi kehilangan yang dialami, mereka sekali lagi diuji apabila Nashaat bersama empat anak perempuan mereka, Taqwa, Yaqeen, Ihsan dan Iman serta anak bongsu, Izzuddin turut terkorban dalam pengeboman di Al-Mawasi.
Rentetan tragedi itu menjadikan keluarga Shabana antara kisah yang paling menyentuh perhatian masyarakat dunia.

Bapa seorang komander di Briged Rafah
Siapa sangka, empat beradik yang mahu menjadi doktor itu sebenarnya merupakan anak kepada Mohammed Mahmoud Shabana, Komander Briged Rafah dalam sayap tentera Hamas, Briged Izz ad-Din al-Qassam.
Lebih dikenali sebagai Abu Anas, komander Briged Rafah bagi Briged Izz ad-Din al-Qassam ini terkorban bersama pemimpin Hamas lain dalam serangan udara tentera Israel pada Mei 2025 yang menyasarkan terowong di bawah Hospital Eropah di Khan Younis.
Anda mungkin berminat dengan
Di sebalik jawatan yang sering menjadi perhatian dunia, beliau juga merupakan seorang suami dan bapa yang menurut perkongsian sumber dari Gaza kehilangan hampir seluruh ahli keluarganya akibat peperangan yang berlarutan.
Anak-anak lelakinya diragut satu demi satu. Abd al-Nasser dan Mahmoud terkorban di awal fasa perang iaitu Oktober 2023. Anak lelaki sulungnya, Anas, terkorban dalam pertempuran darat di timur Rafah pada Mei 2024.
Empat anak perempuan yang menjadi harapan keluarga pula tidak sempat menamatkan pengajian dan menggapai cita-cita sebagai doktor.
Malah isteri serta anak bongsunya juga menjadi mangsa dalam tragedi yang sama.
Hampir Seluruh Keluarga Shabana Lenyap Akibat Perang
Tragedi empat beradik mahu jadi doktor terbunuh di Gaza menjadi simbol penderitaan rakyat Palestin. Di sebalik angka korban yang terus meningkat saban hari di Gaza, tersimpan kisah manusia yang mempunyai impian, cita-cita dan keluarga seperti insan lain.
Taqwa, Yaqeen, Ihsan dan Iman tidak sempat menyarung kot putih sebagai doktor. Abdul Nasser pula tidak sempat menikmati kehidupan selepas bergelar suami. Mahmoud dan Anas pergi lebih awal manakala Nashaat serta Izzuddin turut menjadi mangsa dalam pengeboman yang sama.
Rentetan kehilangan demi kehilangan itu menyebabkan hampir seluruh keluarga Shabana lenyap akibat perang.
Tragedi keluarga ini menjadi peringatan bahawa peperangan bukan sekadar memusnahkan bangunan dan bandar. Ia turut meragut generasi, memadamkan impian serta memisahkan sebuah keluarga yang suatu ketika dahulu dipenuhi harapan untuk masa depan yang lebih baik. Sumber facebook ريم الميناوي
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

