Ads

seeNI Creator Academy Buka Peluang Jadi Content Creator, Semua Orang Boleh Bermula

seeNI Creator Academy

Content creator bukan lagi sekadar kerjaya impian golongan influencer. Hari ini, sesiapa sahaja berpeluang mencipta nama dalam dunia digital, asalkan mempunyai minat, kreativiti dan kesungguhan untuk belajar.

Menyedari potensi besar industri kandungan digital, seeNI di bawah Nu Ideaktiv Sdn Bhd melancarkan seeNI Creator Academy, sebuah platform pembelajaran yang memberi peluang kepada rakyat Malaysia membina kemahiran sebagai content creator secara lebih tersusun dan profesional.

Tiada Pengalaman? Itu Bukan Halangan

seeNI Creator Academy Buka Peluang Jadi Content Creator, Semua Orang Boleh Bermula

Ramai beranggapan untuk menjadi content creator, seseorang perlu mempunyai ratusan ribu pengikut atau peralatan yang mahal.

Hakikatnya, ramai pencipta kandungan berjaya bermula hanya dengan telefon pintar dan idea yang kreatif.

Melalui seeNI Creator Academy, peserta akan mempelajari teknik penghasilan kandungan, penceritaan (storytelling), pembinaan jenama peribadi, strategi digital dan asas penerbitan video daripada pakar industri.

Ads

Belajar Daripada Penggiat Industri

seeNI Creator Academy Buka Peluang Jadi Content Creator, Semua Orang Boleh Bermula

Program ini dijalankan sepenuhnya secara dalam talian bagi memudahkan penyertaan dari seluruh negara.

Peserta turut berpeluang menimba ilmu secara langsung daripada pengamal industri seperti Zaidi Aziz dan Kamil Hashim yang akan berkongsi pengalaman sebenar menghasilkan kandungan yang relevan dan memberi impak.

Ads

Sesuai Untuk Mereka Yang Ingin Bermula

Bagi memenuhi keperluan peserta, seeNI Creator Academy menawarkan dua pilihan pembelajaran iaitu Pakej Lite selama empat minggu dan Pakej Full selama lapan minggu dengan harga promosi bagi pendaftaran awal. Kohort pertama akan bermula pada 5 Oktober 2026, diikuti kohort kedua pada Disember 2026.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Syamil Fahim, inisiatif ini diwujudkan bagi menyediakan pendedahan, bimbingan dan peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia untuk berkembang secara kreatif serta profesional dalam industri kandungan digital.

Dunia Digital Milik Semua

Kini, media sosial membuka ruang kepada sesiapa sahaja untuk berkongsi ilmu, pengalaman dan minat, sama ada dalam bidang masakan, keibubapaan, kecantikan, fesyen, permainan video mahupun gaya hidup.

Ads

Namun, menghasilkan kandungan secara konsisten dan berkualiti memerlukan ilmu serta strategi yang betul.

Anda mungkin berminat dengan

Atas sebab itu, seeNI Creator Academy bukan sekadar mengajar cara menghasilkan video, malah membantu peserta memahami bagaimana kandungan boleh membuka peluang kerjasama, menjana pendapatan dan membina kerjaya sebagai content creator dalam jangka panjang.

Bagi mereka yang pernah terfikir, “Aku pun boleh ke jadi content creator?”, jawapannya ialah ya. Yang membezakan hanyalah keberanian untuk bermula dan kesediaan untuk terus belajar.

seeNI Creator Academy Buka Peluang Jadi Content Creator, Semua Orang Boleh Bermula

Baca juga artikel: “Penat Belajar Universiti Kerja Gaji RM2,000, Lebih Baik Jadi Content Creator TikTok!”

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Isteri Orang Dicekup Berkhalwat Dengan Lelaki Bujang Ketika Suami Ditahan Penjara

Seorang wanita berstatus isteri orang bersama lelaki bujang ditahan JAINJ selepas disyaki berkhalwat di sebuah rumah di Kluang hasil maklumat orang awam.